Jalan Kiara
Kuala Lumpur
21 Feb 2011
4 petang
Menyangkakan kereta Perodua Myvi di hadapannya di laluan bertentangan hendak meletakkan keretanya, seorang pemandu memperlahan dan memberhentikan keretanya untuk memberi laluan.
Bagaimanapun pemandu tersebut terkejut apabila kereta Perodua Myvi itu terus meluncur dan menyerong ke arah keretanya.
Dan berlaku perlanggaran kecil secara berdepan antara kedua-dua kereta.
Impaknya tidak memungkinkan sesiapapun akan menemui ajal ataupun kecederaan.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah, pemandu Perodua Myvi ini sebelumnya dipercayai diserang sakit jantung ketika sedang memandu di laluan sebelah.
Pemandunya dipercayai telah tidak sedarkan diri menyebabkan Myvi ini terus melencong memasuki laluan sebelah di hadapannya lalu bertembung dengan kereta tersebut.
Pemandu kereta keluar dan terkejut melihat pemandunya telah tersandar di tempat duduknya – dan dia mengenali pemandu Myvi ini.
Orangramai mula datang ke lokasi, dan rupanya, ramai yang mengenalinya.
Oleh kerana pintu kereta berkunci, berbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkannya yang dipercayai masih bernyawa ketika itu, dan akhirnya cermin sisi dipecahkan untuk membukanya.
Bagaimanapun, mangsa, Eric Simon74 tahun, meninggal dunia tidak lama kemudian.
Menurut anak lelakinya yang tiba di lokasi, ayahnya, Eric, bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat hartanah, tidak jauh dari lokasi.
Dia amat dikenali di kawasan ini, menyebabkan ramai kakitangan syarikat tersebut datang ke lokasi.
Begitulah kisahnya, jika sudah ajal, di mana dan cara manapun, ia akan sampai juga.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.


















Tiada siapa boleh menyangkal kalau sudah tiba waktunya..sesungguhnya bagi kita yg masih bernyawa,sentiasa mengingati mati itu akan tiba bila sampai waktunya cuma kita yg tidak tahu bila,dimana,bagaimana dan waktunya….
Takziah kepada keluarga Mendiang.
Mujurlah impak kemalangan itu tidak mencederakan pemandu yang seorang lagi. Jika tidak, lain pula kisahnya.
Macam-macam yang kita temui dalam hidup ini.
Hari kita nanti, entah bagaimana pula.
betul tu abg zul,hari kematian kita nnt xtau la mcmana..mnta dijauhkan dari mati dalam kekufuran dan keaiban..
sesungguhnya mati tu pasti datang…
tidak dilewatkan sesaat dan tidak diawalkan walaupun sesaat..
bila tiba masanya….
Takziah kepada keluarga mendiang..
takziah… ajal maut dimana sahaja.
nasib x melibatkan kecederaan kepada org lain.
takziah..~
; ( kesian uncle eric..
Salam,
Takziah kepada keluarga mendiang. Kalau orang itu baik, walaupun dah di hujung kehidupan, orang akan membantu.
takziah pada keluarga mendiang…
Yang datang tetap akan kembali..umur beliau pun telah menjangkau 74 tahun..umur bonus ni..walaubagaimanapun salam takziah kepada keluarga mangsa..
mati itu pasti, hidup insyaAllah.
Takziah kepada keluarganya.
Mati sedang membawa kereta, nasib baik tak bawak laju, kalau tak ada lagi yang ikut sekali kan?
takziah kps keluarga mangsa….sama2lah kita beringat…ajal itu pasti….dalam tidur pn boleh….
takziah pd keluarga uncle….
‘Uncle Eric’ itulah nama panggilannya dikalangan kami pekerja2 SUNRISE BHD. Konsultan Landskap. semua landskap di Kondo yg dibangunkan oleh Sunrise di Mon’t Kiara adalah dari sentuhannya… “klu ucap selamat pagi atau ptg pdnya …. pagi atau ptg dah tentu selamat… tapi kita ni belum tentu lagi selamat… bila tiba waktu sembahyang, mesti pegi sembahyang…” itulah kata2 pesannya yg masih saya ingati walaupun berlainan agama….
ajal maut di tangan tuhan