Reality in Real Life

BMW 640i vs Van Daihatsu Lemang Pak Ali

IMG_20140711_091604 
KM 21.2 Jalan Lingkaran Tengah 2
Hulu Klang arah Taman Melati
Ampang, Selangor
11 Julai 2014
9 pagi
 

Kemalangan ini berlaku hanya kira-kira 1 kilometer dari kejadian Kereta Rosak Di Harijadi pada 9 Julai lalu.

IMG_20140711_091750

Kes ini melibatkan sebuah BMW 640i dari Singapura yang terbabas yang berlaku di hadapan gerai Lemang Pak Ali – penjual lemang yang popular sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Walaupun kejadian ini tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, ia menarik perhatian ribuan pengguna jalanraya.

IMG_20140711_092206

Kesesakan sepanjang lebih 5 kilometer dari arah Ampang – kerana kereta ini turut melintang 1 laluan jalan.

BMW 640i versi convertible CBU ini mengikut harga pasaran dikeluarkan BMW Malaysia ialah RM868,800 tidak termasuk insuran.

IMG_20140711_092159

Tidak dapat dipastikan, yang mana berlaku dahulu – samada gandar belakang patah dahulu, atau patah akibat rempuhan atau setelah membelok kerana mungkin tayar hadapannya pecah.

IMG_20140711_091639

Kereta mewah ini terbabas dan merempuh sisi belakang van Daihatsu milik Pak Ali, dan turut merempuh sisi kanan sebuah Kia Sportage yang diparkir di hadapan gerai.

IMG_20140711_101414

Apa yang pasti, van Daihatsu ini hanya mengalami sedikit ‘kecederaan’.

Manakala BMW ini mengalami kerosakan teruk yang mungkin melibatkan kos puluhan ribu untuk membaikinya.

IMG_20140711_093234

BMW ini dipandu seorang lelaki yang kemudiannya ‘menghilangkan’ diri di deretan kedai tidak jauh dari lokasi.

Setelah polis tiba di lokasi, lelaki ini kemudiannya muncul dan keadaan dapat ditenangkan.

IMG_20140711_094500

Setelah perbincangan dengan Pak Ali dan memohon maaf akan apa yang berlaku, lelaki ini dibawa ke Balai Trafik Ampang untuk diambil keterangan.

Dalam kes-kes sebegini terutama yang tidak melibatkan sebarang kecederaan, perkara telahpun berlaku, yang penting jangan bertindak mengikut emosi.

IMG_20140711_100820

Antara soalan yang kedengaran di lokasi, apabila ada yang meletakkan ‘tanda soal’ – adakah insuran akan membayar pampasan pada kenderaan yang dirempuh, tetapi kenderaan diparkir di tempat yang bukan untuk parkir kenderaan (bahu jalan/laluan kecemasan).

Dan soalan lain yang bermain di kepala orang ramai apabila beranggapan, kenderaan semahal itu, turut boleh berlaku kerosakan mekanikal yang teruk sehingga menyebabkan kemalangan.

 

 

3 Comments

  1. bibikbiru's Gravatar bibikbiru
    14/10/2014    

    bmw nak kejar Lemang Pak Ali??

  2. bibikbiru's Gravatar bibikbiru
    18/07/2014    

    “drebar BMW tak kelihatan di tempat kejadian…..”

    Mungkin nak pi minum kopi, selepas eksiden kot?? atau pun malu lepas kena eksiden

    BMW tuh special species. kete rare katakan. Nak repair mesti mahal. Tunggu spare parts pun berbulan-bulan

    • Jalot's Gravatar Jalot
      19/08/2014    

      Nampak sangat BMW cuma mahal gila, tapi tak tahan lasak.
      Buat malu je…
      BMW baru/mahal kalah pada kereta Jepun yag buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting