Jalan 11/48A, Bandar Baru Sentul
Kuala Lumpur
21 Januari 2013
3 petang
Untuk ambulan sampai ke sesuatu kes sebaik menerima maklumat, bukanlah sekelip mata.
Selain dari faktor jarak antara hospital dan lokasi kejadian, faktor kesesakan jalanraya juga mesti diambil kira.
Itu belum lagi jika alamat lokasi kejadian diberikan tidak tepat.
Ada pemanggil atau orangramai, akan menelefon secara berterusan ke talian kecemasan selagi ambulan tidak sampai walaupun baru 5 minit membuat panggilan.
Tidak kurang yang menyumpah-nyumpah – kerana mereka menganggap, sebaik sahaja menelefon meminta bantuan, ambulan akan muncul dalam masa 3 minit di lokasi.
Dalam kemalangan yang berlaku ini, sebuah motosikal dinaiki 2 orang, memasuki susur ini, manakala laluan sebelah, sebuah van kawalan keselamatan juga memasuki laluan ini.
Motosikal dipercayai tersasar ke laluan sebelah menyebabkan bergesel dengan van kawalan keselamatan terbabit menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh dan cedera di kaki.
Saya kebetulan tiba di lokasi ketika kejadian baru sahaja berlaku, dan orangramai sedang menelefon talian kecemasan.
Seminit kemudian, keajaiban berlaku apabila tiba-tiba kedengan siren ambulan, dan muncul ambulan dari Hospital Kuala Lumpur.
Ambulan berhenti dan petugas ambulan keluar mendapatkan kedua-dua mangsa yang cedera di kaki dan tidak boleh berjalan.
Sebenarnya, ambulan ini baru sahaja mengambil seorang pesakit untuk di bawa ke HKL dan kebetulan melalui jalan ini…














Miracles do happens, especially when Abang Sham is on the scene!
Assalamualaikum,
Bukan senang nak jumpa kebetulan yg sebegitu
wah kebetulan…kuasa tuhan kan
Saya setuju, mmg sukar ambulan hendak sampai dalam masa yang singkat kecuali secara kebetulan melalui tempat kejadian. Ada berlaku kes, ambulan lalu tapi tak boleh nak ambil mangsa sbb mereka sebenarnya dalam perjalanan ke tpt lain untuk mengambil mangsa lain. Pada masa beginilah fungsi orang ramai untuk cuba membantu mangsa sebaik dan semampu yang boleh
ambulan bukan helikopter. Tak boleh sampai sekejap mata seperti mana dikatakan oleh Webmaster. Ada masa, ambulan pun terpaksa melalui trafik jam di kota raya. Faham-faham la trafik jam kat KL…..
pernah alami saat ni…hospital dr tpt saya kemalangan tak sampai 15 minit tapi jammed punya pasal hampir 30 minit baru ambulans sampai….
cuma terfikir…kesesakan jalanraya kat kl ni dah ‘bunuh’ berapa orang yang sepatutnya boleh diselamatkan kalau jalan tak jammed..mungkin ada yang kata..dah sampai ajal mereka…erm..entahlah…adakah kita se pasrah itu..
Emm… mmg biasa kalau lambat setengah jam ker… tambah2 lagi jalan kotaraya yang penuh sesak… lagi terukk
btul.. bg saya selaku paramedic ambulan. itu la yg kami alami. maklumat tak lengkap, tiada kerjasama antara pemanggil, nak cepat. ingat bila lepas call, ambulan terus sampai ke??? kalau kejadian tu sebelah hospital tak pe la. 5 minit bleh sampai. ni tidak. bru je call, x smpi 5 minit call balik kenapa ambulan tak sampai2 lagi. ingat, semua panggillan dirakam suara serta masa & tarikh. jika pemanggil berkelakuan biada, anda boleh dikenakan tindakan kerana mengganggu kerja penjawat awam.
bila bawa ambulan laju sbb nk sampai lokasi kata plk pemandu ni memandu dengan bahaya. bila bawa ikut had laju kata servis teruk. komplen ambulan lambat sampai. nak bagitau semua, kami yang dalam ambulan ni bersabung nyawa untuk selamatkan anda semua masa berkejar-kejar ke lokasi kejadian@ rumah.. kalau eksiden kami jugak yang disalahkan sbb cuai memandu.
BUnyi siren ni jugak rasanya paling jauh 2km dan bleh dengar. tapi tu la. ambulan dok terpacak belakang kereta ni, siren bkn main kuat, siap hon lagi tu, bleh plak kereta depan tu wat bodoh je bila dengar bunyi ambulan. tau la ambulan ni lampu merah, bukan lampu biru macam polis. kalau lampu biru macam polis, dari jauh lg da bagi laluan. ini la sikap mentaliti pemandu di malaysia. mementingkan diri sendiri.
abis tu, apa yang anda semua nak supaya kami dapat puaskan hati? tepuk dada lu pikir la sendiri.
Ni belum yang call ambulan utk kes yg bukan kecemasan. contohnya
1.demam, pening.
2.sakit kaki, tangan kebas.
3.sakit kepala,sakit perut
4.pura-pura pengsan. sbb bergaduh dgn boyfren/girlfrend/laki/bini. ni kes yg paling menyakitkn hati.)
5.tangan panas krn bru lepas tumbuk sambal belacan (kisah benar. ada ke kes mcm ni mnta ambulan)
6.nak ambulan utk ke hospital utk ada temujanji dengan klinik (apa malaysia ni da tak ade teksi ke? igt ambulan ni teksi? mentang2 la free)
dan macam2 lg la. yang tak masuk akal pun ada. ada 1 kes dimana berlaku kemalangan antara kereta dengan lembu. yang paling lawak pemandu kereta tu tak de apa. yg pemanggil dok sibuknya suruh ambulan datang alihkan lembu tu takut nanti ada orang lain yang langgr. ni bukan cerita rekaan. cerita benar… pening den dok mikiornye. tp tu la.. hilang jugak stress kalau ada kes lawak mcm ni.
tu blum yg panggilan palsu lg. yg berlakon sakit & macam2
saya ada cdgn kalau betul nak ambulan cepat sampai lokasi.
1. kebanyakan ambulan telah melepasi usia 5 tahun ke atas. bnyk benda yang rosak & mudah rosak. kadang2 ambulan baru 6 bln pkai da rosak (ambulan baru keluar kilang ni. bkn sebuah, tp byk buah yg problem).
2. Peralatan & equipment dalam ambulan semua up to date. kdg2 malu dgn ambulan swasta. diorg lg up to date dari ambulan kerajaan.
3. man power.(staf). pengalaman saya sendiri sehingga skrg. kekurangan staf amat2 kritikal di semua hospital. sampaikan terpaksa kerja syif berganda. kadang2 pergi kerja anak blum bgn tdo. blk keja anak da tdo. masa dgn family terabai. tido tak ckup. badan penat.
harap sesiapa yg baca ni dapat faham dan dapat sampaikan kepada semua. bkn nak mengadu atau mengeluh tp itu lah kenyataan.
maaf jika terkasar bahasa… untuk bro shamsul.. maaf bos.. panjang sangat.. hehehe
? Isu ni penting untuk dibawa ke Pak Najib yang suka mendengar denyut nadi rakyat.Kata Transformasi.Ambulan untuk rakyat pun semput dan uzur macam TAIK.Apa-apa pun Respect kepada petugas Paramedic yang bekerja pagi petang siang malam sampai keluarga pun terabai.
Sekian,
Terima Kasih