KM 6.3
Lebuhraya Sprint
susur Jalan Semantan/Jalan Maarof
Kuala Lumpur
13 Jun 2012
12.10 tengahmalam
Nama mangsa : Brian Reginal Thomas @ Mohamammad Abraham Thomas, 56 tahun
Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna Kia Ria dipandunya terbabas ke arah pembahagi jalan sebelum merempuh tembok pembahagi lebuhraya.
Mangsa , warga New Zealand merupakan Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat yang beribupejabat di Petaling Jaya dan Perth Australia.
Mangsa yang menginap di sebuah hotel tidak jauh dari tempat kejadian, dalam perjalanan arah pusat bandaraya.
Mohamammad Abraham yang beristerikan warga Malaysia, kerap berulang-alik ke negara ini atas urusan perniagaan.
Ketika kejadian, isteri mangsa berada di Australia.
Keadaan menjadi sayu apabila adik iparnya (adik isterinya) dan suami serta beberapa ahli keluarga lain tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
















Al Fatihah untuk mangsa, Takziah untuk keluarga dan semoga mereka lebih tabah
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Takziah kepada semua keluarga.