Destinasi Akhir Seorang Cikgu…

Km 429-2

Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara

sebelum susur Bukit Beruntung
Hulu Selangor
21 Ogos, 2010
11-50 pagi
Memang menyayatkan hati apabila mengenangkan, ini merupakan kematian ketiga di dalam keluarga mangsa dalam tempoh sebulan.
5 Ogos lalu, ibunya meninggal dunia setelah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur
Mac lalu, kakaknya pergi meninggalkannya dahulu.
Dan hari ini, Cikgu Zamirudin Abdu Rahaman, 34 tahun, pula pergi buat selama-lamanya.
Segalanya berlaku dengan pantas dan tanpa diduga.
Jam 11-50 pagi tadi, ketika melalui laluan ini, saksi terlihat Zamirudin menunggang dalam keadaan terhoyong-hayang.
Laluan ini memang sibuk sepanjang masa.
Setibanya di KM 429-2 , kira-kira 100 meter sebelum susur Bukit Beruntung arah utara, sebuah Proton Savvy dipercayai gagal mengelak motosikal ditunggangnya kelihatan terhoyong-hayang dan seperti di luar kawalannya.
Kereta terbabit merempuh belakang motosikal ini menyebabkan mangsa tercampak ke arah cermin kereta sebelum terpelanting beberapa meter ke arah besi penghadang jalan.
Kereta ini dipandu seorang lelaki bersama dua ahli keluarganya, dalam perjalanan pulang ke kampung di Changkat Jering dari Kuala Lumpur untuk berbuka puasa.
Zamirudin Abdu Rahaman, berasal dari Kg Berchang, Kuala Lipis, Pahang dalam perjalanan pulang ke Trolak, Perak.
Zamirudin merupakan seorang guru di SK Trolak Utara dan baru 3 tahun mengajar di situ.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.
————————————————————————–
Di bilik mayat Hospital KKB, isteri arwah, yang dikenali sebagai Marhayu, tiba bersama ahli keluarga , saudara mara dan rakan lain untuk menuntut jenazah.
Marhayu merupakan seorang guru Pra-sekolah di sekolah tempat arwah mengajar.
Mereka baru dikurniakan cahayamata dan berusia 1 tahun 3 bulan.
Semakan menemui akaun Facebook arwah di sini dan sehingga saat kematiannya, ada beberapa mesej masuk tanpa menyedari bahwa arwah telah tiada.

Untuk rekod, dalam tempoh seminggu, 3 guru sekolah sekitar daerah Batang Benar, Perak terlibat dalam kemalangan maut.

.

Post Lain Yang Berkaitan

25 Comments

  • Pada 2010.08.21 07:10, Allen menulis:

    Salam.Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Berhati2 menunggang motor dan memandu di jalan raya.Wassalam.

    • Pada 2010.08.21 07:54, izahdaut menulis:

      takziah buat keluarga mangsa yang juga saudara sekampung saya..mangsa yang meninggal baru juga kehilangan ibu yang meninggal sebelum bulan puasa baru ini.ujian buat keluarga mangsa.al fatihah..

      • Pada 2010.08.21 08:23, aReaL menulis:

        Al-Fatihah Buat Mangsa.. Semoga Pengorbanannya Kepada Murid2 Tidak Di Lupakan….

        Koleksi Lagu Raya Part 3 – MediaFire Link
        Gambar Waheeda Berpurdah

        • Pada 2010.08.21 08:55, Sam menulis:

          Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa

          • Pada 2010.08.21 09:08, CERITAKUASN menulis:

            Ya Allah tabahkanlah ahli keluarga mangsa. Mangsa adalah saudara saya dan adiknya sahabat rapat saya. Semoga nor tabah menerima berita ini.

            • Pada 2010.08.21 10:19, calla menulis:

              Mungkinkah mangsa mengantuk kerana perjalanannya yag jauh?

              Innalillah, kepada-Nya kita kembali.

              • Pada 2010.08.21 14:39, safrinz menulis:

                seorang guru yg dedikasi..seorang rakan yg penuh dgn udi pekerti..seorang sahabat yg x pernah mengeluh bila mintak khidmat bakti..perginya tiada galang ganti..bersemadilah dgn aman ..Al fatihah..

                • Pada 2010.08.21 16:13, aieda menulis:

                  salam takziah untuk keluarga mangsa… smoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman… amin…

                  • Pada 2010.08.21 17:25, E-Invest menulis:

                    Pembetulan, Daerah Batang Padang, Perak

                    • Pada 2010.08.21 21:51, Mia Liana menulis:

                      takziah ke atas keluarga mangsa…

                      mia dah follow..follower ke 1313…

                      • Pada 2010.08.22 04:41, Pan menulis:

                        kawan tu dah mati..Ikut suka org hidup la
                        nak kata kawan tu hoyong hayang ka, tengah angkat tayar depan ka..

                        • Pada 2010.08.22 06:59, mohd aiman bin saleh menulis:

                          fuck you bro,berani ko kutuk cikgu aq,ko nak mati awal ke

                          • Pada 2010.08.22 11:03, Pan menulis:

                            aduyai…anak murid dah mengamuk..
                            sbb tak faham bahasa org tua-tua..
                            aku maksudkan, pandai-pandai la org yg hidup mereka-reka cerita nak menyalahkan org mati sbb org yg dah mati tak blh lagi nah berlawan hujah..
                            Harap posting Aiman yg mencarut dan mengugut itu dipadamkan dari blog yg baik-baik ini..

                            • Pada 2010.08.22 15:40, paskal menulis:

                              biasanya kita dengar "aiman tak kisah"

                              tapi kat sini, aiman ni bukan setakat kisah, siap mencarut lagi. agak2 arwah cikgu aiman suka tak bile dengar aiman mencarut? mengugut nak bunuh orang pulak tu. beristighfar lah. ingat pada tuhan. dari dia kita datang pada dia kita pulang..

                              on topic : mungkin arwah terhoyong hayang kerana tayar motornya kena paku/benda tajam.. saya pun tiap2 hari berulang naik moto ketempat keje.. pernah terkena paku di hiway sg besi. masa tu bwk 100km/j. tuhan saja yang tahu susahnya nak kawal moto bila tayar belakang dah bocor..

                              apa2 pun Alfatihah pada arwah..

                              • Pada 2010.08.22 18:51, fais menulis:

                                ya Allah.. aku follow blog ni.. semalam bace blog ni.. then malam tadi pak aku call…abaq mai sdara kak ipar alu dok lipis eksiden.. xsgke arwah ni yg dimaksudkan kt blog.. Al-fatihah buat arwah

                                • Pada 2010.08.22 23:44, scid menulis:

                                  kalo terhoyong hayang pon mcm mane kereta tuh bleh langgar straigt moto tuh..sepatutnye kalo aku akan hon bg dier sedar n amek lorong tgh utk elak moto tuh..tiap kali dkt highway aku akan amek side jauh dr moto takot tibe moto tuh nak elak lobang ker takder ar bergesel dgn keta kite…pemandu2 kereta yg tak pernah bwk moto mmg jarang memahami penunggang motosikal..silap2 kenyataan pemandu tuh pon sbb nak lepaskan tekak sendiri smpi menyebabkan seorang isteri menjadi balu dan anak menjadi yatim…tlglah wahai pemandu2 kereta sekalian fikirlah sedikit tentang penunggang2 motosikal…tp kite yg takder kat tmpt kejadian tak layak nak komen takot terfitnah…papehal takziah buat arwah..alfatihah

                                  • Pada 2010.08.23 04:05, Sarkes menulis:

                                    Yup…
                                    Aku setuju…
                                    Kalau motor tersebut kelihatan terhuyung-hayang, pemandu kereta pasti menyedari lebih awal dan melakukan respon keatas arwah…
                                    Agak janggal laporan yang diberikan…
                                    Sedangkan kucing melintas boleh kiter auto brek atau mengelak, inikan pula statement mengatakan kelihatan mangsa terhoyong-hayang…
                                    Tapi yang dah berlaku tetap berlaku. kiter tak bley la nak patah balik…
                                    Lagi pun arwah ada kaitan dengan aku!!!
                                    Aper2 pun al-fahihah kat Pak Chu Zami…

                                    • Pada 2010.08.26 12:34, Karim Daud menulis:

                                      Kita tiada di tempat kejadian semasa kemalangan berlaku tidak boleh membuat andaian. Boleh jadi juga motor terhuyung hayang masuk ke lane kereta, tapi kereta tidak sempat mengelak kerana boleh menyebabkan die berlanggar dengan kereta lain. Apa-apa pon boleh diandaikan. Apa-apa pon sedekahkan al-fatihah kepada aruah & moga di tempatkan dengan orang-orang yang beriman.

                                    • Pada 2010.08.23 01:03, jun menulis:

                                      Alfatihah….
                                      arwah adalah rakan saya semasa bekerja di KL dulu.
                                      moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau… amin

                                      • Pada 2010.08.23 02:02, zura menulis:

                                        betul ckp scid tu..sokong sgt2….

                                        sedihnya…dah ajal dia nak buat mcm mane…kalau dia tk meninggal kena langgar, maybe dia akan meninggal dgn cara lain..semua adalah kententuanNya..

                                        takziah buat keluarga mangsa…

                                        al-fatihah

                                        • Pada 2010.08.24 02:27, faiesh menulis:

                                          hope kalo ak mati.. xmati di jalanraya ya Allah..
                                          hope kalo aku mati.. xmninggalkan anak murid yang kurang ajar ya Allah..
                                          hope kalo aku mati.. mati dalam iman..
                                          hope kalo aku mati.. biarlah tidak meninggalkan balu ya Allah.. amin ya Rabbulalamin

                                          • Pada 2010.08.24 16:04, Jenglot menulis:

                                            Sedih betul aku baca cite2 macam ni. Semoga ALLAH pelihara roh Arwah Cikgu ni dan sentiasa melindungi beliau dengan rahmat dan belas ehsan Nya. Amin.

                                            • Pada 2010.08.24 20:49, mas menulis:

                                              Al-Fatihah. Moga roh Zamirudin, bekas murid SK Berchang dicucuri rahmat yang esa. Masa majlis tahlil ibunya (Ahad, 8.8.2010) beria-ia dia menjaga anakku supaya aku dapat menjamah hidangan(makan tengah hari). Keluarganya dah seperti keluarga angkatku. Kakaknya yang meninggal terlebih dahulu terlalu rapat denganku. Pemergiannya ke Rahmatullah mengundang seribu kesyahduan. Kehilangan 3 insan yang amat kusayangi…

                                              • Pada 2010.09.06 16:54, Melayu Ganas menulis:

                                                kASIHAN….
                                                Beginilah akhirnya riwayat seorang cikgu yang telah berjasa kepada anak2 muridnya.
                                                Terlalu muda dan masih banyak lagi ilmu yang tak dapat arwah curahkan.

                                                • Pada 2010.12.13 22:01, Siti hawa Saad menulis:

                                                  moga roh arwah ditempatkn bersama org2 soleh.

                                                  You must be logged in to post a comment.