Fahami Fungsi Laluan Kecemasan

KM 447-8
Lebuhraya Plus
arah Utara
5 Nov 2009
Lain pula yang berlaku di seberang jalan.
Kemalangan ini pula berlaku melanggar objek di hadapan.
Dan, saya sebenarnya dah penat menulis mengenai kemalangan di laluan kecemasan.
Laluan kecemasan (jika ada) bukan laluan untuk motosikal atau kenderaan yang bergerak.
Laluan kecemasan adalah laluan kenderaan berhenti, iaitu laluan paling kiri sebelah satu garisan putih.
Senario di lebuhraya 3 lorong + 1 lorong kecemasan ialah -Laluan paling kanan ialah laluan laju/memotong, tengah- sederhana laju atau pemanduan biasa dan laluan kiri ialah laluan perlahan atau persediaan memandu secara perlahan untuk memasuki laluan kecemasan dan berhenti di laluan kecemasan.
Kejadian ini berlaku ketika sebuah kereta mengalami keroasakan dan diletakkan di lorong kecemasan.
Bagaimanapun, sebuah motosikal tiba-tiba merempuh sisi belakang sebelah kanan kereta terbabit.
Dan pada mulanya, mangsa disangka telah meninggal dunia kerana keadaannya yang tidak bergerak dan menimbulkan panik kepada orangramai.
Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa kelihatan bergerak-gerak anggota badannya, dan tindakan segera mengalaihkan motosikalnya dilakukan.
Mujur kejadian berlaku tidak jauh dari Hospital Sg Buloh, yang mana ambulan tiba kira-kira 10 minit setelah panggilan dibuat.
Kepada pembaca terutama penunggang motosikal, ingatlah, jika berlaku kemalangan membabitkan anda kerana merempuh kenderaan di laluan kecemasan, ianya menimbulkan banyak masalah kepada anda terutama membabitkan aspek perundangan.

Post Lain Yang Berkaitan

18 Comments

  • Pada 2009.11.06 04:19, ShaZMi menulis:

    teringat suatu ketika dulu. sorang nyonya tengah seberang jalan kena langgar moto. masing2 duk tengok je sebab nyonya tu dah senyap je..

    kendian tiba2 dia gerak2 pulak.. masing2 terus pakat2 tolong…

    • Pada 2009.11.06 05:19, AmierNooN menulis:

      best arr blog ni.. keep up.. thanks ye.. :D

      • Pada 2009.11.07 04:05, Patroler menulis:

        Media patut beri peranan penting dlm keadaan sekarang ni.. sebarkan iklan yg boleh memberi kesedaran.. kebanyakan pengguna jalan raya gagal mematuhi undang²..

        apepun pihak Miros perlu mengkaji dan perhebatkan lg utk memperbaiki sistem laluan jalanraya.. sistem di malaysia kekurangan laluan utk motosikal..

        • Pada 2009.11.07 09:30, EncikG@LoL menulis:

          hmmm.. mcm mana ler nak motosikal nak guna lorong selain lorong kecemasan?? moto2 kat malaysia nie smua tahap2 cubchai.. ex5 tunjuk top speed yer lah dlm 120/130 km/h.. tapi tengok kat meter kereta mungkin baru 100km/j.. dah ler laluan kiri tue kereta2 speed dlm 110km/h purata.. nak tak nak pengguna2 moto cupchai nie terpaksalah duduk lane kecemasan.. caranya, tambah laluan motosikal di hiway, tak pun kurankan rega utk motosikal cubchai.. cubchai nie naik kat hiway mmg kena sayur la..

          • Pada 2010.11.19 09:11, noni menulis:

            yup..saya setuju..tak kan laa moto nak ikut laluan 3 lorong…kereta..bus..lori..semua tu pandu laju semacam..smpi rase nak melayang kami yang bawa moto ni..risau keselamatan kami..untuk kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan sila beri tanda mcm lampu emergency, penanda segi tiga etc, supaya penunggang moto atau kenderaan lain nampak..

          • Pada 2009.11.07 09:35, aMoore menulis:

            siapa yg perlu dipersalahkan dlm hal ni.. tentula kementerian pengangkutan dan jalan raya.. MIROS pun mcm x buat keje je.. buatpe wujud… merayau pusingpusing borakborak goyanggoyang kaki..

            • Pada 2009.11.07 11:15, lol menulis:

              kalau bawak moto kapcai laju sangat takut ade angin kuat lak dari sebelah huhuu

              • Pada 2009.11.07 13:37, Anonymous menulis:

                ade berita jambatan dari kg. kertas menghala ke kg. laksamana (gombak)runtuh lepas hujan lebat hari ini.

                • Pada 2009.11.08 11:48, Anonymous menulis:

                  jambatan hanya ditutup kerana dikhuatiri runtuh.

                  • Pada 2009.11.09 05:44, Tuah menulis:

                    masalahnya biler motor lalu kat laluan kiri yg ketiga..lorii..buss..kete.. hon2 n cucuk2 motor suruh ke tepi….

                    nak tak nak motor kene ke tepi..kemana lagi…lorong kecemasan lahh..

                    gue setuju kene war warkan SELALU kat media pasal menda nieee…igtn utk rider motor dan juga driver kenderaan lain

                    • Pada 2009.11.09 07:06, Anonymous menulis:

                      btol tu…t'pkse gne laluan kecemasan..lg2 ble lori dok sebok cucok dr blkg…nk xnk t'pkse gne lrg kecemasan..

                      • Pada 2009.11.09 08:40, ondscene menulis:

                        shazmi – betul, kadng2 kita ingat tak bernyawa lagi, tp rupanya masih hidup…

                        amiernoon- tq…cuma kdng2 terlebih busy sampai tak sempat nak update

                        patroler- betul.setuju.sokong. memang jalan kat malaysia boleh dikategorikan tidak mesra penunggang motosikal. tapi, bila dah dibuat lorong moor, lain pula jadinya. contohnya di federal hway dan nkve. ada pulak yg pedajal tabur paku atas lorong motor.
                        dan kerana beberapa ekor penunggang yg kurang ajar, maka imej penunggang motor juga tercalar…

                        encikgalol-semuanya kerana sikap.tu belum lagi pengguna kenderaan yg jalan slow kat lorong laju, belum lagi motor sesuka hati memecut dan cilok di lorong laju di jalan 3 lane teruitama hiway.belum lagi memotong di sebelh kiri sebab org di sebelah kanan pandu perlahan…
                        sebenarnya sikap…

                        amoore – miros ke jkjr ke atai apa jua agensi berkaitan, mereka hanya buat kajian, demi kejian demi kajian tanpa melihat realiti sebenar.jikalah ditakdirkan mereka baca blog ini, harap, tataplah, kajilah juga entry2 seumpama ini di sini.tp jgn kaji sahaja, kena ada tindakan.

                        lol-sebenarnya, bermotosikal di lane kiri dah kira ok, dan angin tu sebab kenderaan berat dipandu lebih hadlaju. tu yg jadi bergoyang. bukan saja motor, kalau berselisih dgn kereta pun, kereta akan bergoyang. nama je tulis speedlimit kat bodi tu below 100, tapi, bwk rasanya ;lebih 120km/jam

                        anon + anon- saya tak ke lokasi sebab memikirkan betapa buat liputan banjir di waktu malam, hujan lebat, dan jalan penuh air, maka saya tak pergi walaupun dapat maklumat. betul, jambatan tu ditutup utk keselamatan. sekarang dah ok.

                        tuah n anon- itu memang masalah.sebab lori, treler bas ni pun bukan dia kira nak bawak laju mana, lorong mana.
                        sebenarnya sikap.. xtaula macamana nak ubah.
                        pemanduan di malaysia antara yg terburuk di dunia di tambah dgn kadar kemalangan maut antara tertinggi di dunia juga…

                        • Pada 2009.11.09 15:26, karlz_kampau menulis:

                          kalau ikut pecahan kaca di lokasi kemalangan, impak perlanggaran adalah di lorong tengah bukan lorong kecemasan, ini bermakna penunggang m/sikal masih berpeluang untuk menuntut suatu gantirugi atas kecuaian pemandu m/kar tersebut.

                          • Pada 2009.11.09 15:33, BAHARUL KALAM ZAINUN menulis:

                            tapi ikut kod lebuhraya memang benar tiada kenderaan dibenarkan berada atau menggunakan lorong kecemasan kecuali kenderaan yang mengalami kerosakan atau tidak lagi bergerak, tetapi pemandu mempunyai kewajipan untuk mengalihkan kenderaan tersebut ke tempat yang lebih selamat dalam kadar segera yang mungkin umpamanya ke kawasan hentian rawat dan rehat.

                            • Pada 2009.11.10 10:19, Anonymous menulis:

                              kalau nak diikotkan dua2 pon salah sebab kereta tuh tak nyalakan hazard light dan meletakkan kon atau segitiga menandakan kereta tersebut berhenti. saya sendiri pon penah kemalangan disebabkan kereta yg pancung masuk lane saya dan berhenti mengejut.

                              • Pada 2009.11.11 09:11, karlz_kampau menulis:

                                Dalam soal undang-undang tiada fakta kesimpulan atau andaian, tetapi isu yang berbangkit adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang dikemukan di hadapan kita dan benar-benar wujud pada masa material. Kes yang bergantung kepada andaian dan kesimpulan adalah satu kes yang lemah. Saya berpendapat perlanggaran berlaku bukan di lorong kecemasan, sebalik di lorong tengah ataupun kiri.

                                • Pada 2009.12.05 23:13, Wan Hashim menulis:

                                  Memang kemalangan sebegini melibatkan sikap pemandu. Tetapi rekabentuk lebuh raya juga memainkan peranan dimana rekabentuknya adalah khusus untuk kereta dan juga kenderaan berat bukannya motorsikal terutamanya motorsikal sisi rendah. Apabila motorsikal menggunakan lebuh raya mereka memang dalam dilema. Kelajuan maksima motorsikal tersebut menyebabkannya menjadi road hazard di lebuhraya. Mereka secara terpaksa memandu di lorong kecemasan sebab lorong kiri pun kenderaan bergerak pada kelajuan 110 km/jam. Bagaimana mengatasi masalah yang tidak teratasi ini. Semua pihak kena ambil peranan. Yang mengkaji sama-sama dengan yang membina lebuh raya dan juga yang menguatkuasakan undang-undang, perlu lihat semula reka bentuk Lebuh Raya. Untuk makluman reka bentuk tersebut adalah berdasarkan reka bentuk luar negara (bilangan motorsikal terutamanya kapchai hampir diabaikan disana).

                                  • Pada 2010.07.27 09:26, TimReka.Com menulis:

                                    saya setuju, setiap jalan atau highway baru, patut ada laluan motosikal. Memang laluan kecemasan bukan untuk motor, tapi bila atas highway semua kereta laju2..kapchai pulak kelajuan selamat dalam 80 kmh. Kami yg bawak kapchai ni tak mungkin nak lalu tengah lawan kete yg bawak laju2 tu, maka lorong kecemasan lah di gunakan.

                                    You must be logged in to post a comment.