Reality in Real Life

Gara-gara SPAD – 6 Parah – Kemalangan Bas Ekspress,Kontena, Van dan 4 Kereta

KM 13.8
Lebuhraya Elite arah Utara
Putra Heights
Subang Jaya, Selangor
12 April, 2012
11.50 malam
 

Kecuaian pihak manakah dalam kemalangan yang saya rasa paling bodoh dan tidak sepatutnya berlaku jika prosedur penguatkuasaan dipatuhi.

7 + 2 kenderaan terlibat dalam kemalangan ini –

1  Proton Inspira Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD , 1 bas ekpress, 1 lori kontena, 1 BMW, 1 Perodua Viva, 1 Toyota Camry dan 1 van Nissan Vanette serta sebuah Proton Persona dan sebuah lori.

Akibatnya, 6 orang cedera parah – pemandu kontena dan 5 pelancong warga Thai.

Semuanya bermula apabila sebuah Proton Inspira SPAD dengan nombor siri 001, melakukan rondaan di lebuhraya Elite dari arah Putrajaya ke Shah Alam.

Pasukan ini terserempak sebuah bas Ekpress yang dipercayai dipandu laju lalu bertindak cuba menahan bas terbabit untuk dilakukan pemeriksaan.

Bas Ekpress malang ini, KKKL Ekpress membawa kira-kira 20 penumpang, semuanya pelancong warga Thai .dan beberapa pelancong warga Singapura dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Hatyai, Thailand.

Proton Inspira SPAD kemudian berhenti di laluan kecemasan setelah memintas bas terbabit.

Ini menyebabkan bas berhenti dan memasuki laluan kecemasan dan berhenti di belakang Proton Inspira.

Dan ketika itulah, sebuah lori kontena tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang bas terbabit.

5 penumpang bas cedera termasuk 2 darinya parah.

Bas turut merempuh belakang Proton Inspira.

Lori kemudian terhumban ke tebing lebuhraya dan terhumban serta terbalik  ke arah tebing sedalam kira-kira 50 meter.

Pemandu lori juga cedera.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya.

Tidak habis di situ, apabila 4 kenderaan yang mengekori dari belakang juga tidak sempat mengelak lalu merempuh pula sesama sendiri.

Kenderaan itu termasuk sebuah BMW, sebuah Toyota Camry, sebuah Perodua Viva dan sebuah van.

Kejadian berlaku hanya kira-kira 300 meter sebelum susur keluar ke Putra Heights.

Laluan ini juga agak gelap.

Persoalannya sekarang, jika benar bas dipandu laju, adakah satu keperluan untuk menahan bas tersebut dan perlu  berhenti serta- merta mengikut arahan penguatkuasa SPAD?

Di mana-mana sahaja kelajuan melebihi had berlaku terutama di lebuhraya.

Pemandu bas seharusnya diberi peluang untuk mendapatkan ruang supaya dapat berhenti dengan keadaan selamat kemudian barulah diikuti oleh kenderaan penguatkuasaan di belakang.

Selaju manapun bas tersebut dipandu, penguatkuasa pasti akan dapat mengejarnya dan tidak semestinya berhenti di tepi lebuhraya.

Berilah peluang untuk kenderaan berat ini berhenti di mana-mana kawasan rehat atau memintas untuk memasuki susur keluar terdekat.

Siasatan penuh polis sahaja yang boleh menentukan keadaan sebenar yang berlaku dan adakah prosedur dipatuhi ketika menahan kenderaan.

Jangan kerana terlalu ghairah dalam melaksanakan tugas, tetapi mengabaikan pelbagai aspek terutama keselamatan.

Sudah pasti kejadian akan menjadi bualan terutama di kalangan pelancong warga Thai terbabit yang ‘kagum’ dengan penguatkuasaan di negara ini.

Terdapat juga suara-suara nakal mengeluh ketika melihat keadaan kemalangan ini –

Apa kejadahnya tahan bas di tempat gelap dan di tepi highway ni. 

Yang malu dan mendapat nama buruk, serta kesusahan akibat kecederaan dan kerosakan pada kenderaan , – siapa?

Siasatan dilakukan di bawah Seskyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nota:

Dalam kes ini, penguatkuasa telah memberhentikan keretanya dan 2 anggota telah naik ke atas bas untuk melakukan pemeriksaan, apabila lori kontena terbabit merempuh belakang bas ekspress.

Difahamkan , bas berhenti di lorong kecemasan dan kemalangan ini berlaku dipercayai akibat lori kontena merempuh belakang bas, dan bas pula merempuh belakang Proton Inspira SPAD.

Jika kedudukan Proton Inspira dan bas ekpress di dalam lorong kecemasan, kon-kon keselamatan seharusnya berada di belakang bas sebagai penanda bas berhenti.

Memandu laju atau tidak memakai talipinggang keledar contohnya, bukanlah perlakuan jenayah sehingga pihak berkuasa terpaksa mengejar dan/atau terpaksa memintas sesuatu kenderaan dan berhenti di tempat yang tidak sepatutnya.

Melainkan jika kenderaan terbabit dikejar oleh kereta peronda polis kerana akibat perbuatan jenayah seperti dadah, maka kes ini sudah jadi lain dan siasatan bukan di bawah kesalahan trafik.

Cukup sekadar menyalakan lampu ‘beacon’ , maka pemandu akan mengetahui bahwa mereka dalam perhatian dan perlu berhenti untuk pemeriksaan, dan itu adalah prosedur yang digunakan oleh polis yang tidak mengejar sewenang-wenangnya pengguna jalanraya.

SPAD harus belajar lebih tekun lagi akan kejadian-kejadian di lorong kecemasan terutamanya yang banyak berlaku.

Malah bukanlah sesuatu yang sesuai, kenderaan penguatkuasa berhenti di hadapan kenderaan yang ditahan, tetapi sepatutnya berada di belakang, kerana lampu ‘beacon’ boleh dijadikan sebagai penanda kepada pemandu di belakang.

45 Comments

  1. sifu's Gravatar sifu
    07/09/2012    

    Orang cakap pandai…..tapi tak ada apa pun ….dok komplen jer…………….

  2. Najib's Gravatar Najib
    21/08/2012    

    SPAD!!! kamu bukanlah tolong orang ramai tetapi menyusahkan ada.

  3. kamalqr's Gravatar kamalqr
    27/06/2012    

    Bas, teksi memang menjadi buruan SPAD, tetapi ulat Arab dibiarkan….
    cuba p lihat genting, cemaron, penang, afamosa, dan tempat2 pelancungan lain, banyak ulat warga arab yang pandu van dan mpv membawa pelancung arab, tapi SPAD buat apa?

  4. kamalqr's Gravatar kamalqr
    27/06/2012    

    Saya memang tak puas hati dengan SPAD, SPAD hanya tahu nak tangkap pemandu pengangkutan awam yang sah, tetapi ulat warga Arab dibiarkan, bila dipersoalkan, jawapan dari SPAD, mereka kekurangan kakitangan operasi dan alasan paling saya tak boleh terima, JENUH kalau selalu nak buat operasi. Itulah jawapan salah seorang kakitangan SPAD….

  5. kamalqr's Gravatar kamalqr
    27/06/2012    

    saya sokong bro Abang Zul, walaupun saya pertama kali terjumpa blog ini, tapi saya yakin tuan yang punya blog ini bukan calang-calang orang, sebaliknya tuan / puan Muhian lebih bertanggung jawap sebelum nak komen gila.

  6. kamalqr's Gravatar kamalqr
    27/06/2012    

    Tak perlu cek air kencing kakitangan SPAD, sebab mereka tak kencing dan tak berak, mereka bukan manusia biasa….

  7. kamalqr's Gravatar kamalqr
    27/06/2012    

    Terlalu banyak sangat ejensi, akhirnya semua dok main tolak sana tolak sini.

  8. kamalqr's Gravatar kamalqr
    27/06/2012    

    SPAD adalah sebuah ejensi kerajaan yang merugikan, mereka gagal menjalankan tugas, sebelaiknya mereka hanya menyusahkan, contoh permit pengangkutan dulunya perlu diperbaharu setiap 5 tahun, tapi kini setiap 1 tahun. Meraka tak habis-habis nak menyusahkan rakyat Malaysia yang mencari makan dengan secara sah, kalau nak ikutkan kesalahan, adatlah manusia mana nak sempurna, pasti ada yang melakukan kesilapan, baik sengaja mahupun tidak sengaja. Tetapi kalau warga asing terutama warga Arab, mereka memberi pelbagai alasan untuk membenteras. Maksud saya ulat warga Arab yang mencuri penumpang di Kuala Lumpur, P.Penang dan banyak tempat lagi. Warga Arab kini dengan berani telah menghujudkan beberapa syarikat pengangkutan secara tidak sah, dan pihak SPAD tahu perkara itu, tetapi pihak SPAD memberi alasan JENUH untuk membuat operasi terhadap mereka. Setiap hari SPAD boleh pacak dekat KLIA dan LCCT, tetapi mereka tak sanggup nak buat operasi di Afamosa Melaka, Bandar Melaka, Genting Highland, Cameron Highland, dan banyak lagi tempat pelancungan…. SPAD merugikan duit rakyat Malaysia.

  9. Matlie's Gravatar Matlie
    01/05/2012    

    Salam… selepas hampir 2 tahun mengikuti blog ini…ni kali pertama rasa nak turut comment utk entry nih.

    Pada pengelaman saya, jarak untuk sebuah kenderaan berat berhenti bila membrek agak panjang berbanding dengan kenderaan ringan. Sebab itu banyak kes lori @ bas terlanggar dengan kenderaan lain yang secara tiba keluar simpang, memasuki lorong didepan kenderaan berat ataupun berhenti mengejut di depannya. Bukan sengaja para pemandu kenderaan berat nak langgar, tapi momentum ini yang menyebabkan kenderaan tetap gelongsor dan mungkin terlanggar. Ini yang kita kena faham bila berdepan dengan jenis kenderaan berat begini. Ada kemungkinan situasi ini berlaku pada kes ini.

  10. 27/04/2012    

    Muhian :

    Terima kasih lah kerana sudi bookmark blog kecik saya.
    Tapi komen anda bernada seolah anda memang tak kenal siapa Abg Sham ? Kalau betul anda dah baca blog ni sejak 2010, anda tak kan komen macam di atas sana.
    Abg Sham bukan seorang yang bias apa lagi nak buat entri yang berat sebelah, walaupun beliau bertugas dengan sebuah media besar.
    Selama ini telah banyak entri beliau yang bernada ‘keras’ sekiranya ada yang tidak kena di mana-mana.
    Itu pandangan peribadi beliau selaku seorang Blogger Bebas. Kita kena hormati apa yang beliau tulis.
    Namun begitu, beliau masih sedia menerima teguran dan pernah beberapa kali mengedit entri dalam blog ini sekiranya ada yang menegur dan teguran itu kena pada tempat dan caranya.

    P/s – Saya tak kan online atau komen di blog ini atau blog sendiri pun jika dalam keletihan selepas memandu. Saya tidur…

  11. farious's Gravatar farious
    23/04/2012    

    kebal giler SPAD ni..semuanya nak salah pemandu2 lain.apa salahnya kalau SPAD kuarkan statement mcm ni-“SPAD AKAN MENGKAJI DAN MENELITI SEMULA LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN @ SOP PENAHANAN KENDERAAN UNTUK MENGELAKKAN KEJADIAN YANG SAMA BERULANG”..rasanya JPJ pun x mcm ni.

  12. Q's Gravatar Q
    23/04/2012    

    aik? sungguh tak bertanggungjawab statement SPAD, ujian air kencing pemandu SPAD takmau cek ker?

  13. sinqay's Gravatar sinqay
    18/04/2012    

    apa guna ada Suruhanjaya macam ini? dulu ada Lembaga pun tidak berguna. yang guna cuma wang rakyat dan pembayar cukai untuk operasi mereka. jadi JPJ nak buat apa? kos operasi untuk SPAD agak tinggi jika dibandingkan dengan agensi penuh kerajaan. Pengerusi dan Lembaga Pengarah siapa yang bayar gaji mereka? Apa yang saya nampak mereka cuma nampak menunjuk dengan kenderaan yang mereka milika walhal kemahiran memandu masih tahap amatur. Pemandu teksi di LCCT di halau macam anjing kurap di KLIA.

    bila kemalangan terjadi tengoklah reaksi mereka di sini :-
    http://www.spad.gov.my/news-events/media-releases/kenderaan-penguatkuasa-spad-terlibat-dalam-kemalangan

  14. adzlee's Gravatar adzlee
    17/04/2012    

    salam semua..apa apa jua agensi penguatkuasaan haruslah mengikut prosuder yang ditetapkan oleh Kerajaan..SPAD kalau pun nak tahan bas yang dipandu laju tu bukan bidang kuasa SPAD nak tahan kenderaan perdagangan yang melebihi had laju..itu bidang kuasa Trafik..Andaikata terima laporan bas tu bawa pelancong haram ke..itu bidang kuasa Imegresen..kalau bas tu bawa dadah pun..itu bidang kuasa PDRM dan selalunya kalau trafik ataupun JPJ tahan kenderaan…MPV mereka letakkan di bahagian belakang kenderaan yang mereka tahan dan lampu beacon(Biru) tu akan memberi peringatan kepada kenderaan di belakang,,belajar lagi dan berhati hati di jalanraya…

  15. fazron80's Gravatar fazron80
    17/04/2012    

    Betul penahanan bas ni ikut prosedur? Berhenti di tempat yang betul? Adakah membahayakan kenderaan lain atau tidak? Yang tak betul tetap tidak akan betul dan yang salah akan tetap salah. Jadi jangan yang membetulkan yang salah. Penguatkuasa juga seperti pengguna kenderaan lain di jalan raya tertakluk kepada undang-undang dan mereka mesti menjaga keselamatan orang lain juga malah keselamatan orang lain itu lebih penting dari keselamatan mereka sendiri. Seorang penguatkuasa tidak boleh menjalankan tugas seperti penjenayah jika orang yang ingin ditahan berkelakuan begitu. Tiada latihan untuk mana-mana penguatkuasa pun yang melatih mereka menjadi seperti penjenayah. Semua penguatkuasa di Malaysia setahu saya sangat berdisiplin dan akan mengelakkan dari terlibat dengan provokasi jika keadaaan terdesak. Bukannya sama-sama jadi penjenayah seperti penjenayah. Kereta SPAD ni sepatutnya berada di belakang bas dan ada anggota yang mengawal lalulintas di belakang untuk mengelakkan kemalangan. Memanglah risiko kepada penguatkuasa tersebut untuk dilanggar tapi itu lah tugas mereka. Hormati mereka kerana penguatkuasa di Malaysia sanggup menggadai nyawa untuk orang lain. Nasib baik tiada yang maut. Kalau ada yang maut adakah begitu murah nyawa mereka hanya kerana ingin menahan sebuah bas yang dipandu laju. Cara abg sham mmg agak keras tapi lebih baik begini jika akan datang boleh mengelakkan perkara sama terjadi. Sudah terlalu banyak punca kemalangan di jalan raya kita, takkan nak ditambah satu lagi punca kemalangan iaitu penahanan kenderaan di tempat yang membahayakan kenderaan lain.

  16. 16/04/2012    

    adehh.saya tak emo la..saya cuba membetulkan keadaan.mungkin pembaca tak paham maksud yang saya cuba sampaikan.ok takpe.
    saya dah lama sgt baca blog ni.saya peminat blog ini sejak 2010.
    maksud saya tak pro hanya pada posting kali ini mcm tak best tak syok macam abang ondscene terlebih2 plak tidak seperti posting yang lain selalu saya baca simple dan berinfomasi.

    abang zul:
    knp awak buat petanyaan mcm tu.adehh jangan ambik serius sgt ok.saya tau abg penat bawak lori.saya juga pembaca blog awak siap bookmark lagi.hehe.

    jangan ambil serius sangat komen2 ni.Ini alammaya saja tak takde apa maksud tak sama macam bercakap sebenar depan2.

    apapun klau saya silap terimakasih kerana membetulkan kesalahan saya.

  17. 16/04/2012    

    muhian ::

    Mula-mula awak kata; pemandu lori tu cuai ?

    Letak kon pun orang langgar ? (orang ? Bukan kenderaan yang langgar ye?)

    Lepas tu, awak suruh pembaca jangan cakap banyak. Serah pada siasatan Polis ?

    Awak buat andaian sendiri dan salahkan pemandu lori tu, boleh pulak?

    Orang lain awak suruh diam?

    Pastu awak tuduh Tuan Punya Blog ni buat posting tak pro ???

    Memang sah awak tak pernah singgah sini la… Pergi baca post yang lama dulu, dan cuba kenali Owner Of This Blog dulu.
    Then baru komen semula. OK ?

    p/s ; Jangan lupa baca komen-komen di bawah setiap posting tu nanti.

  18. lia's Gravatar lia
    16/04/2012    

    Saya salah seorang yang terperangkap dalam kesesakan di sebabkan kemalangan ni. selalu saya x brp heran nak tau sbb sesuatu kemalangan tp eksiden kali ni sy agak teruja sbb nmpk pihak berkuasa punya kenderaan yang terlibat sama. balik2 terus search tentang kemalangan ni tp time tu tiada sape yg update lg. dan sekarang sy dah tau. ingat kan kemalangan ni melibat kan kejar-mengejar atau tembak-menembak antara perompak dgn pihak perkuasa tapi!! hanya sebab nak menahan sebuah bas!! pagi tu keadaan kemalangan mmg nmpk mcm teruk siap ad bomba bagai. ingt kan perompak da tertembak dan kereta dah jatuh kebawah dan perompak tu sudah tersepit kt kereta. dasyat tol imiginasi sy. hahaha. malang sungguh pada yang terlibat.

    keaadan jalan mmg gelap dekat sana. sepatut nya mmg kene ad lampu or something else yg bole bg alert dekat pemandu. mmg sepatut nye pemandu kene lebih alert tp kite kadang-kadang sebagai manusia pn boleh terleka lagi la dalam perjalanan yang lengang lagi gelap. saya sendiri pun terperanjat tiba-tiba boleh pula jem depan saya yang sepatut nye lengang dalam waktu-waktu begitu dan terpaksa memberhentikan kereta. so sy rs mcm pemandu treller pn same gak. dia pn kene amik masa untuk tindakan seterusnye. sbb tiba-tiba je da pulak kenderaan dekat bahu jalan. lagi2 di tempat yang gelap. dengan itu dia tak sempat nak membehentikan kenderaan dan seterusnye melanggar bas.

    sepatut nye kemalangan ini boleh di elak. jika ada langkah-langkah keselamatan yang lebih teratur

  19. zaliey39's Gravatar zaliey39
    15/04/2012    

    salam..bila baca kisah ni baru tau..skg ni dah tambah lg 1 penguatkuasa di atas jln or h`way…meriah lah mcm ni dan masing2 akan tunjuk kuasa mutlak mereka..ini bukan nak tomahan tp kenyataan..yg jd mangsa adalah mereka2 yg hidup mencari rezeki sebagai pemandu kenderaan komersial..ini berdasarkan pengalaman diri sendiri..dlm kes ni pula…pepatah org melayu ada kata “KADUK NAIK JUNJUNG or BERUK DPT BUNGA’ ni lah paling sesuai utk mamat penguatkuasa SPAD ni..atas alasan bas tu dipandu laju,itu pada pandangan mereka waktu tu..tp apa buktinya..pada masa tu ada RADAR PENGESAN KELAJUAN mcm yg digunakn trafik??ada g sekolah memandu dgn mana2 agensi kerajaan contohnya MAKTAB POLIS yg mengajar n belajar tentang ROAD SAFETY…so..secara ikhlasnya pada penguatkuasa ni dan yg lain ambil kira keselamatan pengguna lain. Dalam kes ini tunggu saja laporan dari I.O Trafik, langgar dari belakang memang salah,tp mereka akan cari punca kemalangan sb itu keterangan pemandu lain diambil..utk mamat 2 org tu banyak berdoa agar tidak dikenakan tindak dan kena lak duduk dlm ofis saja lepas ni…rugi kannnnn?

  20. zvicmorrow's Gravatar zvicmorrow
    15/04/2012    

    kalau ikut SOP memang SPAD tu patut berada dibelakang bas ketika keadian..mcm yg biasa dilakukan oleh anggota polis trafik ketika menahan pemandu yg membuat kesalahan lebuhraya..dan utk makluman lampu beacon yg digunakan oleh anggota penguatkuasaan adalah dari jenama terkini dan boleh dilihat dari jarak yang jauh,..(malang bagi bas dan pemandu KONTENA serta kenderaan lain yg terlibat) mengikut laporan penulis (abg sham) tempat kejadian gelap dan tiada lampu…mungkin lampu beacon inspira SPAD tu boleh membantu kalau ianya di letakkan dibelakang bas KKKL terlibat…semoga yg terlibat dpt cepat sembuh..

  21. zvicmorrow's Gravatar zvicmorrow
    15/04/2012    

    rasanya muhian ni baru dlm blog ini,kalau org lama tentu tau bahawa penulis blog ni adalah org yg amat bertanggunjawap dlm laporannya..blog odscene ni bukan blog murahan..sebelum buat laporan tentu abg sham dah buat kajian…..harap maklum..!

  22. farious's Gravatar farious
    14/04/2012    

    ai,bro muhian ni ter emo lak..rilekla bro. abg sham ondscene ni dah beribu2 kali menyaksikan sendiri kemalangan2 yg terjadi.so dia lebih tahu apa benda yg salah dan apa benda yg betul..bro takyahla mention tak pro ke apa ke..peace!

  23. 14/04/2012    

    saya tak salah bas atau spad..pemandu lori tu yang cuai.pergi langgar bas tu kenapa..kan boleh elak dari awal.
    ikut prosedur pun,letak kon,lampu strobe ke apa pun org langgar jugak kalau dah cuai elok mana pun tetap silap.
    Serah saja pada siasatan polis..cakap byk pun tak guna buat panas keadaan tak elok.

    bagi saya ondscene ni buat post ni tak professional..cerita saja kemalangan ni mcm na berlaku tak payah lebih2 cuba salahkan org lain.ok.

  24. afirdaus.ab's Gravatar afirdaus.ab
    14/04/2012    

    Actually, I can say it’s a miracle (or Allah’s will) that no fatalities despite the mentioned vehicle types and numbers…

  25. afirdaus.ab's Gravatar afirdaus.ab
    14/04/2012    

    Terima Kasih Cik. Fara….

    Sebenarnya, tujuan saya kata kejar kete-kete yang racing tu sebab jenis kenderaan SPAD tu sendiri. Anggapan saya sahaja.

    Kalau nak kejar bas atau kenderaan barangan, Waja CPS pun ok kot :D

    No offense..

  26. AnakGanu's Gravatar AnakGanu
    14/04/2012    

    SPAD..lebih kuah dari sudu…

  27. mrbigschumi's Gravatar mrbigschumi
    14/04/2012    

    Salam Fara, mmg SPAD berkuasa untuk menahan bas ini. Tapi pada pandangan aku, kalau pemandu bas tu bawa laju pun, and bila nampak beacon light dari kereta penguatkuasa (JPJ/Polis/SPAD) for sure pemandu akan memperlahankan kenderaan mereka..tak caya, tanya diri sendiri…and then, patutnyer parked lah kat belakang kenderaan yang diorang tahan tu, and pasang beacon lite.for sure pemandu lain nampak..ni pasang beacon lite depan bas, bas dah lindung, apa cite….kalau tgk how JPJ/Traffic Police tahan kenderaan kat hiway, mesti diornag nyalakan beacon lite and parked kat belakang kenderaan yang ditahan,..

  28. ayahpin's Gravatar ayahpin
    13/04/2012    

    spad kena belajar apa yg terjadi kes ini,ulat kat pudu sentral pun x dapat atasi lagi,texsi kat petaling strett parking ikut suka hati,parking petak kuning,spad buat do ..no.aje.

  29. Azmin's Gravatar Azmin
    13/04/2012    

    Ini saya amik dari laman SPAD:
    The Land Public Transport Commission (SPAD) was officially established on 3 June 2010 following the passing of the Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Act 2010 by Parliament in May 2010. SPAD gained its full powers on 31 January 2011 with the gazetting of the Land Public Transport Act 2010.”

    “Full powers” tuuuu… Mungkin ini faktor pendorongnya. Entah la..

  30. fara's Gravatar fara
    13/04/2012    

    Selamat petang.

    Agak agresif penulis blog ni memperkatakan pasal SPAD ni.

    Dan banyak betul pengulas dalam blog ni ;)

    Utk pengetahuan semua termasuk a.firdausab SPAD adalah Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat yang mana berfungsi untuk menjaga,memeriksa memantau segala pengangkutan AWAM dan BARANGAN di Malaysia termasuklah bas.SPAD tidak berfungsi untuk menangkap atau memeriksa kereta-kereta persendirian yang race kat highway tu eh.harap maklum.. sila rujuk AKTA PENGANGKUTAN AWAM 2010 yang ada dijual di Minarwa ye ;)

    Saya rase semua orang tahu cmner bas bas ni memandu terutama ketika waktu malam.Agak berbahaya dan laju.Kalo SPAD tak macam gangster (bak kate Ila dan Azmin) nak ke pemandu2 bas atau kenderaan lain hormat pada badan berkanun yang sedang menjalankn tugas ni?

    Saya agak risau jika penulis blog ni tersalah maklumat mengenai kemalangan ini.sbb sy rase pihak yg berkenaan pasti lebih tahu ape yg berlaku..Kerana jika tersalah maklumat diberi,saudara mungkin boleh dibawa ketengah:) terima kasih dan harap penulis blog paparkan komen ni..

  31. Wan Rahim's Gravatar Wan Rahim
    13/04/2012    

    memang betul kata bro Sham SPAD perlu belajar amali penguatkuasaan bukan main teori saja tu yg x berapa cerdik dalam hal ini.

  32. ayiepenang's Gravatar ayiepenang
    13/04/2012    

    spad memang terlalu ghairah agaknya, lupa akan prosedur dan SOP…atau sebenarnya mereka nie tak tahu pun kaedah nak buat penahanan di jalan raya….hantam keromo saja…
    dengar2 cerita rakan di kerajaan pun, spad nie agensi baru…demand tinggi nak gaji banyak…kalu macam nie la kejanya…tak bebaloi la…
    bikin malu!!

  33. ila's Gravatar ila
    13/04/2012    

    betul tu mrKAy

  34. ila's Gravatar ila
    13/04/2012    

    tahan bas macam gangster…mcm dlm movie…hubby saya beberapa minit melepasi mereka…sebelum tu ramai dah break emergency..sepatutnya bagi la bas tu parking betul2..ni hiway bukan jalan kg…hubby saya kata spad kena gi kursus cara2 menahan kenderaan dgn selamat..

  35. 13/04/2012    

    Assalamualaikum,
    mohon abang sham siarkan entri tentang langkah2 keselamatan bila kenderaan berhenti di lebuhraya semasa kecemasan, ataupun senaraikan alatan yang perlu ada dalam kereta untuk guna dlm perjalanan terutama bila berlaku kecemasan. pemandu macam saya tak begitu arif sangat. kesedaran ada tapi tak tahu nak beli apa atau simpan barang yang mcm mana.

  36. 13/04/2012    

    Mungkin sbb SPAD ni baru di tubuhkan dan penguatkuasanya sangat “excited” nak menjalankan tugas kot? Atau kekurangan latihan/kursus? apa pon, saya kehilangan kata-kata. Kalau saya yg terlibat dgn keadaan macam ni, mmg marah betul. mintak di jauhkan.

  37. 13/04/2012    

    prosidur, kenderaan penguatkuasa mesti di belakang kenderaan yang ditahan.. Ada sebabnya.. supaya lampu beacon boleh dipasang sebagai amaran kepada pemandu lain di belakang.. Jikalau kenderaan penguatkuasa ada pasang video, dia boleh merakam tindak tanduk pemandu apabila dihampiri/disoal siasat.. kenderaan yang ditahan kalau di hadapan, kurang risiko kepada penguatkuasa. Andai kata kenderaan ditahan di belakang, penguatkuasa keluar kereta, kalau kenderaan ditahan tu penjenayah, terang-terang di boleh langgar penguatkuasa bahkan kalau ada senjata, terang-terang kena tembak.. Walaupun SPAD tidak ada kuasa seperti polis, tetapi prosidur polis lah yang MESTI mereka serapkan..

    #saya anak pencen polis kereta peronda..

  38. sulaiman's Gravatar sulaiman
    13/04/2012    

    Cara tulis mcm Ondscene ada x puas hati dengan SPAD je Haha!!Memang betul SPAD patut kena ada SOP bila nak tahan sesuatu kenderaan untuk elakkan kemalangan seperti ini. Mungkin bas kena berhenti depan kereta SPAD atau letak kon. Kemalangan berlaku sebab lori langgar…so walau ada SOP pun kalau ada lagi kecuaian mcm pemandu lori ni kemalangan akan berlaku juga!!Lampu beacon inspira tu tu setengah kilo pun dah nampak beb!!

  39. afirdaus.ab's Gravatar afirdaus.ab
    13/04/2012    

    Risau juga kalau Ondscene.my dituduh memberi berita tak tepat. Agensi kerajaan ni ada saja tangan-tangan ajaib nak cover-up….

    Barangkali aje.

  40. afirdaus.ab's Gravatar afirdaus.ab
    13/04/2012    

    Maaf, nak komen perli siket..

    Kejar bas boleh la, cuba kejar kete-kete yang suka race kat hiway ni…

    Hmmm.. Apa fungsi dan jurisdisi SPAD ni?

  41. 13/04/2012    

    Nak cakap ba waw dal hah nanti marah plak anggota
    SPAD.. Tapi inilah realiti yang berlaku. Malas nak
    komen banyak2.. geram sgt jadi lain plak..

    Get well soon untuk mangsa2 yang parah.. dan kpd
    mangsa2 kereta lain semoga dapat claim dgn cepat
    insurance mereka…

  42. Azmin's Gravatar Azmin
    13/04/2012    

    Saya pun baru tahu kewujudan SPAD ni. Selalu nampak mereka beroperasi di kawasan Puduraya, Kotaraya, Pasar Seni dan kawasan sekitar dengannya.

    Impresi pertama bila melihat mereka ni menjalankan tugas nampak macam gengster pun ada.
    Itu pendapat peribadi saya sahaja…

  43. 13/04/2012    

    Assalamualaikum,
    kemudian akan berlaku tuding menuding, salah menyalah…

    Psttt: Bmw tuuuuuu….Fuhhhh! bayangkan berapa banyak kena bayar ganti rugi utk kemalangan ni hu hu hu

  44. zennaya's Gravatar zennaya
    13/04/2012    

    saya kagum dgn ‘semangat’ yg ditunjukkan oleh penguatkuasa kita namun biarla ianya bertempat dan mengikut prosedur. X pasal2 abis staff car :=(

  45. 13/04/2012    

    kes ini akan timbulkan satu perdebatan pihak sana pihak sini yang panjang….

  1. Gara-gara SPAD – 6 Parah – Kemalangan Bas Ekspress,Kontena, Van dan 4 Kereta | ondscene. on 13/04/2012 at 09:59

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting