Lebuhraya KL-Seremban
Kuala Lumpur
19 Dis 2011
1 tghri
1 Disember 2011 lalu, sebuah kontena tertanggal dari kepala lori di Laluan Bayangan Maut – dan nasib baik tiada kenderaan yang merempuhnya.
Kali ini, lain pula objek yang tertinggal di atas jalan – sebuah gelungan besar keluli.
Dan kepantasan kakitangan ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL bertindak, berjaya menghalang gelungan itu terus ‘berjalan’ dari merempuh kenderaan lain.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengahari tadi di Lebuharaya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran Desa Petaling arah Sg Besi.
Sebenarnya, gelungan keluli ini terjatuh dari sebuah treler di laluan kanan lebuhraya yang mengangkutnya lalu bergerak perlahan-lahan sejauh lebih 200 meter menyebabkan beberapa kenderaan mengelak.
Dan ketika itulah, ditakdirkan, sebuah Ford Ranger milik ITIS DBKL sedang melakukan rondaan dan terserempak dengan objek yang sedang bergerak menghalanya.
Keberanian , ketangkasan dan kecekapan kakitangan ITIS tersebut, yang dengan segera berjaya menahan dan menghalang gelungan ini terus bergerak.
Kenderaan Ford Ranger ITIS ini walaupun mengalami sedikit kerosakan, tetapi berjaya menghalang kejadian lebih buruk berlaku.
Akhirnya, pemilik gelungan ini datang kembali ‘menuntut’ gelungan ini dan menaikkannya semula ke atas treler.
Jikalah kejadian ini berlaku di waktu malam, mungkin ada yang terkejut apabila gelungan ini tiba-tiba muncul di hadapan untuk ‘menggilis ‘ kenderaan mereka.
Yang pasti, ia bukan dari angkasalepas…



















Sikap pemandu lori itu amat dikesali kerana gagal meletak dan memastikan gelung keluli itu supaya stabil dan terikat kemas di atas dek lori yang dipandunya.
Mujur juga Ford Ranger tu dipasang custom made bull bar. Seandainya ia cuma bumper standard, rasanya agak sukar juga untuk menahan daya tolakan gelung yang anggaran saya hampir 1 tan (?)
Silap gaya, gelung itu memanjat Ford ranger itu dan terus mencari ‘mangsa’ yang lain pula. Mujur lah, ada seseorang yang berfikaran radikal untuk memasang peralatan seumpama itu pada sebuah kenderaan Dewan Bandaraya. Well done !
nampar macam original ARB bumper… kuat woo ARB
Sangat menyeramkan la…
Dah la buat salah….buat macam tak bersalah pulak. Lepas tu buat salah lagi…apa yang salahnya? Kayu penyendal gelung tu…apasal kecik sangat?
Nasib baik bukan waktu malam dan tiada penunggang motosikal.. langkah-langkah keselamatan di pandang remeh, betul kata Brutallife, kayu penyendal pun kecik benor..
aduh….risiko betol…agk2 boleh disaman ker tuan punya barang nie jika kejadian lebih buruk terjadi???..
Assalamualaikum,
alhamdulillah, tak ada kemalangan. Kalau kenderaan kecil yang dilanyaknya, memang lenyek macam emping tu. Nasib baik terserempak dengan orang yang brutal untuk menyelamatkan keadaan..,
Hahaha.. Sparepart kapal angkasa Gaban….?
Haihh… Cui betul. Berapa tan agaknya besi tu?
sebab tu agak seram sejuk kalau berselisih dgn kenderaan yang membawa benda2 pelik besar gedabak mcm ni….
[...] 19 Dis 2011 – Gelung Keluli Misteri Dari Angkasa [...]