Jalan 1/27 A, Wangsa Maju
Kuala Lumpur
28 Nov 2012
9.30 pagi
Nama mangsa : Sellam Thuraisamy, 72 tahun, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur
Segala-galanya berlaku dengan amat pantas.
Mangsa, Sellam Thuraisamy, 72 tahun, difahamkan baru sahaja turun dari bas berhampiran Stesyen LRT Wangsa Maju dan hendak melintas jalan ke laluan sebelah untuk ke sebuah kuil.
Bagaimanapun, sebaik tiba di laluan tengah, sebuah motosikal berkuasa tinggi, Yamaha R6 ditunggang seorang lelaki tidak sempat mengelak.
Akibatnya, mangsa dirempuh dan tercampak beberapa meter dan maut di tempat kejadian.
Manakala penunggang dapat mengawal motosikalnya dan berhenti kira-kira 50 meter di hadapan.
Di lokasi kejadian, anak mangsa, M. Vijayalakshmi, 51, bersama suami, tiba sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian ini
Vijayalakshmi , Pengurus di Royal Selangor Flying Club di Sg Besi, kelihatan tabah dan tenang akan nasib yang menimpa ibunya.
Menurutnya, ibunya pada usia 72 tahun , masih boleh berdikari dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan masih boleh me nguruskan diri sendiri seperti masak mahupun pergi ke kuil dilakukan sendiri tanpa bantuan anak-anak.
Berita ini benar-benar mengejutkannya ketika dia baru sahaja tiba di pejabatnya di Sg Besi.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Menurutnya, berita kemalangan ibunya mengejutkan bapa dan adik lelakinya yang kini berada di India untuk beribadah sejak perayaan Deepavali lalu.
Mereka sepatutnya pulang minggu ini sedang menguruskan tiket penerbangan balik Malaysia hari ini.
Mendiang meninggalkan dua anak perempuan dan dua anak lelaki serta tujuh orang cucu. 

















area tu ada jejantas, harap pengguna dapat manfaatkan utk mengelak kejadian berulang
Takziah untuk keluarga mendiang..
Bahaya melintas jalan jika kenderaan disitu sesak
Ni la antara tempat ku mencari rezki.. pokok, rumput, jalan saksi kejadian saling kenal
takziah buat keluarga mangsa. juga credit buat penunggang motor tu kerana tak ‘hit & run’.
nak kata SBK tu laju, leh benti dalam jarak 50…maybe 60kmj.. aku pernah terlanggar yg tengah melintas… ntah mana datang dari celah kereta.. bap sekali!!!… nasib tak jatuh n parah… PADAHAL jejantas melintas kurang 50meter.. bertempat depan Summit….
RIP to the victim and i knew the family. 4 comments earlier and nothing bout the rider, and get credits for it too. tat’s a pretty straight road with an R6, i guess the rider is not at fault at all ..cheers
jejantas yg ada harus digunakan… tapi kalau dah takdir… tgk video kat bawah ni ni accident akibat tertidur… hampir 30 kereta terlibat
http://altairgps.blogspot.com/2012/11/dahsyat-akibat-tertidur-ketika-memandu.html
RIP
Kadang2 terfikir, mampu dan larat ke aunti yg berusia 72 tahun nak memanjat jejantas tu? humm…
too many people die this lately cause of road accident…..very poor…..pity for them…RIP for all of the victim………