Paparan ini bukan bertujuan untuk dijadikan sebagai anda mempercayainya 100 peratus atau meletakkan situasi di mana ianya adalah sesuatu yang tidak pasti.
Tiada sebarang ubahsuai atau penambahan dalam foto yang disiarkan, melainkan dibesarkan imej untuk lebih jelas.
Sila rujuk paparan ini untuk berita asal :
30 Dis 2012 – Alza Terbabas – Isteri Maut,Suami, 3 Anak Terselamat
Seorang pembaca ondscene, Omei mengirimkan komen yang berbunyi begini di dalam berita tersebut :
Perhatikan foto-foto ini.
Dari imej tersebut pada cermin sisi , jelas kelihatan besi pembahagi lebuhraya – berada di tengah-tengah lebuhraya.
Imej berwarna hijau memanjang ke bawah ini kelihatan seperti suatu makhluk berbaju hijau labuh ke bawah sehingga paras kaki.
Kedudukannya begitu hampir dengan besi pembahagi tersebut, iaitu berada di laluan paling kanan.
Di kawasan sekitar, tiada sesiapa yang memakai baju hijau labuh kecuali anggota polis trafik dan petugas lebuhraya yang memakai ‘vest’ hijau cerah sehingga paras pinggang.
Ketika foto ini saya rakamkan, laluan paling kanan dan tengah masih dibuka kepada lalu-lintas dan kenderaan melaluinya dengan laju.
Ianya cuma ditutup beberapa minit kepada lalu-lintas ketika trak penunda sedang dalam proses untuk mengangkat Perodua Alza ini.
Lokasi kemalangan ini terletak di Laluan Bayangan Maut di KM 431.4 arah Selatan berhampiran Sg Guntong.
Sebelum ini, di lokasi sama pada tahun 2009 dan 2011, ada 2 kemalangan yang sempat saya rakamkan di sini.
Menurut rekod di dalam blog ini sejak 4 tahun lalu, terdapat lebih 20 kematian dicatatkan di laluan ini sekitar dari KM 428.4 (susur Bukit Beruntung) sehingga KM 436.3 (Lay By Rawang).
Juga sila rujuk paparan ini :
23 Nov 2011 – Laluan Bayangan Maut – Ibarat Mata Ditutup Ketika Memandu dan kehadiran ‘Urang-urang’
Hanya satu yang dapat saya berpesan kepada semua : Berhati-hatilah di jalanraya…
==========================================================
Nota : Setelah ada beberapa teori mengenai imej tersebut, saya berikan penjelasan mengenai kedudukan ‘tow-truck’ ketika foto dirakamkan :
Penjelasan Lanjut Imej Di Cermin Sisi

















tajam mata pembaca trsebut…tp selalunya..ble bnyak kes kemalangan di satu2 tmpat tu…kemungkinan ada entiti yg tidak dikenali turut ada di tmpat kemalangan trsebut..
Memang nampak ada entiti….jika macam itu, laluan lebuhraya PLUS kat Gua Tempurung pun ada entiti….
Jelas ketara imej itu namun apakah ia?Wallahu ‘alam..tapi ‘pendinding diri’ itu perlu walau di mana dan ke mana kita pergi..
Gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah.
macam tompok minyak or something jaa kat situ.. contohnya buruk berak pon tompok mcm tu..tp ni mungkin bukan taik burung.
cuba tgk gmbr no. 15..rasanya tiada tompokan minyak atau tahi burung..
Setelah saya besarkan imej, tambah pixel, bersihkan warna, dan juga saya perhatikan “sequence” gambar IMG_6703.jpg, saya dapat merumuskan bahawa imej di cermin sisi itu sebenarnya imej sebahagian dari lori pengangkut kembalik yang sedang berundur di belakang kereta mangsa.
Bukan saya nak menafikan kewujudan makhluk lain dengan kenyataan ini, tapi ini hakikat sebenar dari foto tersebut. Didalam Al-Quran dan Hadith banyak mengatakan tentang makhluk ghaib ciptaan Allah. Secara logik nya pula mata kita hanya boleh melihat setakat spektrum 7 warna, dan tidak nampak cahaya Lembayung Merah dan Ultra Ungu yang berada di spektrum lain walaupun disahkan kehadiran kedua-dua warna ini. Entah apa lagi makhluk yang berada di frekuensi spektrum lain tu, selagi Allah tidak bukakan hijab pandangan kita, selagi itu lah kita tidak akan melihat mereka.
saya setuju. besi tow truck
Sebenarnya yg sebetulnya tu adalah imej hujung pangkal besi tow truck, cb tgk kaler
link di sini GAMBAR
http://i.imgur.com/RoVdJ.jpg
btul juga…tp ble di tgok blk..gmbar di side miror tu..besi kembalik tu nmpak rendah..tp yg tgh nk angkut kete tu nmpak tggi..
yg ambil gambar mamat baju ungu tu
Sbb tu kt thailand korang leh nampak kebayakan kereta kt sana letak anak patung kt bawah kete..kete jgn ikut lah..kurafat…Dulu masa aku beli kete baru..mak aku ckp org2 dulu suruh mandikan kereta dengan air limau nipis..sbb makhluk halus tak suka bende2 mcm limau, lada hitam dan garam.itu fakta….mak aku suruh selawat 3 kali pastu doakan supaya dijauhkan bala bencana dan bende dari menggangu kita masa memandu pastu selawat 3 kali hembus kat air…ini bukan kurafat sbb kita berdoa kat tuhan
Setuju dengan komen Mohammad Farid.. Jelas sekali sebahagian bayangan dari towtruck.. sangat benar dengan kenyataan cahaya spektrum.. amat logik skali.. ape yg kita tahu jin dicipta dari api & malaikat dari nur/cahaya. manakala alam roh adalah rahsia Allah s.w.t. semata-mata.. kuat iman kita kepada Allah, kita tiada masalah pd makhluk lain.. tidak kuat iman kita, bukan saje jembalang tanah, lipas pun kita takut tgk…
Ustaz azhar idrus kate… buat solat hajat bila dpt kenderaan baru…..
segalanya mungkin…