Ini Barulah Dikatakan Pantang Maut Sebelum Ajal.
Km 8
Jalan Lingkaran Tengah Dua/ Sg Batu
Kepong
Kuala Lumpur
21 mac 2010
8 pagi
Jika dilihat pada foto, ramai yang mengatakan, macam mustahil ianya boleh berlaku.
Bagaimanapun, ianya benar-benar berlaku…
Dan MRR2 sekali lagi menjadi tumpuan.
Kisahnya begini…
Pagi ini, sekumpulan orang sedang berehat @ ‘melepak’ di bawah jambatan di laluan Jalan Lingkaran Tengah ini.
Entah macamana, ribut tidak, taufan tidak apalagi tsunami, tiba-tiba, satu objek yang sangat besar meluncur laju dan terpacak betul-betul di hadapan mata mereka.
Bagai UFO yang tiba-tiba mendarat, mereka amat terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Dan apa yang mereka lihat, ialah sebuah kereta yang sebenarnya bila-bila masa sahaja boleh terus jatuh dan dihanyutkan arus deras Sg Batu ini.
Mereka tergamam, tetapi sempat bertindak dengan berhati-hati untuk menyelamatkan 3 gadis yang sedang menjerit meminta pertolongan di dala kereta terbabit.
Dan akhirnya, dengan bantuan orangramai, ketiga-tiga mereka berjaya dikeluarkan tanpa menyebabkan kereta ini jatuh ke dalam air.
Masalahnya, ialah untuk membawa ketiga-tiga gadis ke daratan…
Kemalangan ini membabitkan tiga bersaudara perempuan, Tan Kah Yee 20, Pek Huey Lee 19 dan Suplapon Saepan 21.
Mereka dalam perjalanan ke Setapak untuk membantu ibu Kah Yee berniaga kedai makan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi di KM 8, Jalan Lingkaran Tengah 2, dari arah Kepong sebelum susur ke Bulatan Batu Caves.
Toyota Avanza ini mulanya terbabas ke kiri jalan lalu merempuh bucu penghadang jalan dan terus meluncur ke arah sungai ini.
Ketika kejadian, jalan basah akibat hujan.
Kereta kemudian terus terjunam kira-kira 10 meter ke arah tembok perangkap sampah.
Bagaimanapun, nasib mereka baik, kerana kereta ini tidak terus jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras sebaliknya tersangkut pada tembok.
Semua mangsa di bawa ke daratan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Selayang.
Mereka yang cedera ringan dan trauma ,kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Post Lain Yang Berkaitan
12 Comments
You must be logged in to post a comment.






























myVi ker? nampak mcm avanza jer tu..
isk isk.. mcmana boleh terhumban sampai mcm tu skali..
hani3- maaf, dah dibetulkan….ye, Avanza
MRR 2
haishhhhh…
MRR2 memang berantu…….kekeke
hampir setiap hari berlaku kemalangan..kemalangan maut pun dah sebati dgn rakyat malaysia..
harap org malaysia akan megambil iktibar dan lebih berhemah di jalan raya.
kalo bleh di usulkan di mana2 agar had laju di kurang kan kan bagus..
contoh kalo bas express 60-80 km/j.
Meowwwww
sekarang tiap petang hujan..hati2 dijalanraya…kurangkan kelajuan
nsb baik xder pape,sungai ni pon dah byk makan org,hmm….
pape pon,ati2 la memandu time ujan,lg elok ikt lorong tgh time ujan,lorong kanan air bertakung,kiri lak slalu der kete berenti,xnmpak…
muda² lg dorang ni..
Camne leh jadi gini…dah sinonim tul rakyat Msia ni ngan eksiden ye…tak eksiden pun kete lak leh main terjun2…
air bag telah menyelamatkan mereka dari terhantuk ke depan..tq air bag.
TV3 opn baru ni cakap myvi.. tp mamat pemberita tu mcm ade ter 'pause' jap.. maybe sbb dia tgok dalam tu avanza, bkn myvi