Isteri Parah-Van Roti Rempuh Treler Di Lorong Kecemasan
KM 39-6
Lebuhraya Karak
arah Kuala Lumpur
(berhampiran Terowong Genting Sempah)
15 April, 2010
2-30 pagi
Lagi kemalangan di lorong kecemasan.
Kali ini membabitkan sebuah van roti merempuh belakang sebuah treler yang mengalami kerosakan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 2-15 pagi tadi di KM 39-6, Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur sebelum terowong Genting Sempah.
Treler ini sebelumnya diletakkan di lorong kecemasan lebuhraya ini kerana mengalami kerosakan dan pemandu treler sempat meletakkan tanda amaran di belakang treler.
Sebuah van roti (tanpa muatan) yang dipandu seorang lelaki bersama isterinya, dalam perjalanan dari Pantai Timur menuju ibunegara.
Ketika melalui jalan yang mendaki ini, van terbabit dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sisi kanan belakang treler ini.
Akibatnya, penumpang iaitu isteri pemandu, tersepit kedua-dua kakinya.
Suaminya, berjaya keluar dan cuba menenteramkan isterinya yang sedang merintih kesakitan akibat kedua-dua kakinya terperosok dan tersepit itu.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi setelah menerima panggilan jam 2-18 pagi.
Anggota bomba terpaksa memotong sebahagian bumbung van ini ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan.
Mangsa yang cedera parah, berusia kira-kira 30 han ini akhirnya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 4 pagi.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.
Post Lain Yang Berkaitan
8 Comments
You must be logged in to post a comment.



















Salam En. Shamsul… brlku lgi kmlgn d lrong kecemasan… tpi scara asasny kta pn x blh salahkn pmandu van roti 2.. sbb kjdian pn brlaku waktu dinihari.. 2.30 pagi.. mgkn pmndu van itu letih & mengntuk.. itu la mgkn yg mnybabkn d trlggar sisi sblh knan lori yg rosak 2 sahaja.. klu d bwa laju mmg mgkn d akn trus lggar blkang lori yg rosak 2… tpi apa pun Alhamdulilah.. xad khlangan jiwa…
saya cuma kurang faham dengan posisi lori tu. Macam menghalang sebahagian lorong kiri.
tengok pic las skali, tayar kanan dah makan jalan..2,3 kaki terkeluar dari line putih utk lorong kecemasan..kalau lori roti tuh ikot line dia yang betul, logik la side kiri ja yang kena..gaya macam lori roti tuh x laju ja..kalau laju abeh la bini dia tuh..anyway, benda2 macam ni tak sapa mintak..maybe orang tuh tak perasan..
betul tu..nampaknya lori rosak tu dah makan jalan..kalau rosak pon, parking lah betul2 sampai habis rapat ke guardrail kalau dah tau lori tu lebar. even dia letak tanda kecemasan, lori tu masih lagi menghalang laluan.
ade kemungkinan lori treler tu berubah kedudukan sebab impak perlanggaran..itu dh hukum fizik..sdgkn test yg miros buat (alza langgar blkg treler @ 30 km/h) pon treler tu dh brgerak, apel lg kes ni..lori roti tu mesti travel > 30 km/h
sy tgk di buletin utama mlm tadi…mmg kesian dan sy yg terasa sakitnya..kpd pemandu2 berhati2lah ketika memandu terutama bila terasa mengantuk..rehat dulu..fikirkan nyawa org2 tersayang..jgn ingt nak cepat je!!!
Lori makan Roti.Kena Langgar tak boleh lari.Lorong tepi accident tiap tiap hari,Hendak lah ingat esok hari.
nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog…