Jalan Kucing
Kuala Lumpur
5 Dis 2009
Kuala Lumpur
5 Dis 2009
Mereka suami isteri datang ke negara ini mencari rezki.
Dari negara jiran, Indonesia, mereka datang bekerja di Malaysia mencari sesuap nasi untuk anak-anak .
Pekerjaan mereka biasanya, rakyat kita sendiri tidak membuatnya. Buruh binaan. Bagaimanapun, panggilan telefon dari seseorang tidak dikenali, sebenarnya membawa berita tragis.
Suami maut dalam kemalangan jalanraya.
Murmainah, 28 tahun tinggal menyewa di bandar Country Homes Rawang bersama suami dan kak iparnya.
Suaminya, Matrosid, 33 tahun baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya 4 hari lalu.
Matrosid bekerja sebagai buruh binaan sejak 3 tahun lalu di Shah Alam dan setiap hari menunggang motosikal ke tempat kerjanya.
Mereka mempunyai 3 anak yang ditinggalkan di Indonesia dan Murmainah kini sedang mengandung 4 bulan anak keempatnya.
Dengan bantuan jiran yang mempunyai kereta, mereka ke Jalan Kuching berhampiran pasar Borong Selayang.
Dan disitulah Murmainah melihat mayat suaminya terkujur di tengah-tengah jalan dan dibaluti plastik hitam.
Suasana sedih yang menyelubungi tempat kejadian, turut disaksikan oleh beratus-ratus pengguna jalanraya.
Matrosid terjatuh dari motosikalnya ketika dalam perjalanan pulang ke Rawang dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai digilis sebuah kenderaan (jenis tidak pasti) dan kenderaan terbabit terus meninggalkan tempat kejadian.
Menurut paspotnya, mangsa berasal dari Tanjung Perak, Sampang, Indonesia.
Ketika anggota trafik membuka mayat mangsa untuk diambil fotonya, suasana bertambah sedih.
“Encik…tolong encik.. Kenapa dibuka mayat itu. Encik…kenapa…jangan dibuka encik…”
Murmainah dan kaka iparnya merayu dan tidak dapat menahan sebak melihat jenazah suaminya.
Anggota trafik terpaksa menjelaskan, ia perlu dilakukan kerana polis terpaksa mengambil gambar mangsa di tempat kejadian.
Mungkin kerana tidak faham prosedur, atau kerana terlalu terkejut dan sedih, kedua-dua wanita terbabit, berulang kali mengucapkan perkataan “tolong”.
Saya terpaksa menenangkan kedua-dua mereka dan menerangkan setiap prosedur yang dilalui.
“Encik…tolong la kami. Selepas di hospital, kami mahu bawa jenazah pulang ke rumah. kemudian kami mahu menghantar pulang ke Indonesia.Tolong lah encik…”
Setiap kes samada jenayah atau kemalangan maut, atau apa saja melibatkan kematian,mayat perlu dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk urusan pengkebumian.





ondscene.sham..your blog also cool and very very hot with the news! At least, tahu banyak dr apa yang dipaparkan di akhbar.. nice to read
+a.z.i.e+
yea..its really hot coz most of the cases, di tengah panas terik matahari…!!!
anyway, thxs lawat blog ini.
Pilu, siapapun mereka, apapun agamanya, apapun bangsanya.
patut lah ptg smlm jln jam teruk kat pasar borong.. terpakse masuk pasar brg kl tok elak jam.. situ mmg bahaya.. selalu ade buruh2 pasar melintas jln.. ermmm harap jd pengajran pd semua…
bayan – dan memang ramai ‘penonton’ masa kejadian tu, tak dapat menahan sedih melihat isteri mangsa mratap kematian suaminya
sreSHAziela – Benar, sebab kemalangan berlaku di lane tengah, laluan kiri dan kanan shj boleh dilalui, dan sebab lain jam teruk kerana ramai yg perlahankan kenderaan, sambil snap dgn kamera hp…adus…lagila tensen…
setiap hari ada sahaja yang maut di jalan raya..
nampaknya jalan raya kita ni lebih berbahaya dari jalan2 di iraq, afghanistan dan palestin yang sedang bergolak..
Kesian mereka.. Al-Fatihah untuk arwah..
Amin..
Al-Fatihah untuk arwah dan takziah pada keluarga dan waris…