KM 2.7 Jalan Lingkaran Tengah 2
Desa Jaya, Kepong
Kuala Lumpur
28 Januari 2013
1 petang
Nama mangsa : Adrian Thrishen Velayathan, 28 tahun, Taman Melawati, K.Lumpur
Impak kemalangan ini amat mengerikan, sehingga menyebabkan mangsa tercampak dan jatuh pada ketinggian kira-kira 21 meter.

Siasatan awal mengadapati, mangsa tercampak keluar dari melalui cermin hadapan keretanya lalu terhumban ke laluan bawah.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 1 petang apabila Adrian Thrishen Velayathan, 28 tahun, memandu berseorangan untuk ke tempat kerjanya di sebuah Pusat Kecergasan (Fitness Centre).
Siasatan menemui kesan cat iaitu hasil perlanggaran di tembok penghadang laluan bertingkat ini.

Siasatan awal mendapati, kereta mangsa dipercayai dilanggar van dari sisi kanan sebelah belakang menyebabkan kereta tersasar dan terlanggat tembok.
Van membawa biskut ini turut terbalik dan pemandunya cedera parah.
Mangsa yang tercampak dan terhumban, jatuh pada kawasan tempat letak kereta di laluan bawah, dan maut akibat cedera parah di kepala.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kemalangan turut menyebabkan laluan dari arah Batu Caves ke Bandar Sri Damansara sesak sepanjang kira-kira 10 kilometer.















takziah.
ayah saya antara polis trafik yang ada di tempat kejadian.
Hmm, tak pakai seatbelt? Atau seat belt putus? Tingginya..tgk gambar pun terasa vertigo… ngeri. Salam takziah.
mmg ngeri. sy sempat tgk takziah
Lalu masa blk dr kg. Ingat jam pasal thaipusam..Nampak kete pun mcm rasa ada yg meninggal…
Mangsa adalah abang kawan saya. Tengok berita semalam rasa macam pelik sikit…hari ni baru tau memang dia yang accident. takziah buat keluarganya
…so selain memandu berhati-hati….
…kena pastikan kenderaan dari belakang…tak terlampau dekat….
Accidents happen….
Drive safely all of you….
Found out the car was stationary.. yet a lori/van can hit it..