KM 444.4
Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
berhampiran susur Rawang
Rawang, Selangor
20 Mac, 2011
6.45 petang
Saya tidak pasti mengapa kebanyakan foto di dalam entry ini ada ‘kecacatan’, sedangkan lensa kamera tidak basah.
Hari ini, dua kes kemalangan saya buat liputan di Laluan Bayangan Maut.
Yang kedua ini berlaku kira-kira 5 km dari kes pesara bank di bawah – dan juga berlaku ketika hujan.
Seorang jurutera, William Ho, 25 tahun, amat bernasib baik kerana ada pemandu yang ternampak kejadian ini lalu segera membantu mengeluarkannya.
Dan jika kemalangan berlaku di waktu malam, berkemungkinan orangramai lambat/tidak menyedarinya kerana kedudukan kereta ini yang tersorok di sebalik pokok hiasan dan terbalik di dalam longkang.
William dalam perjalanan atas urusan kerja dari Shah Alam menuju Kulim, Kedah.
Setibanya di tempat kejadian, Proton Gen-2 dipandunya tiba-tiba hilang kawalan dan terus terbabas ke kiri dan melanggar pokok hiasan.
Kereta ini kemudian terhumban ke dalam longkang dan terbalik.
William terperangkap di dalam keretanya dan gagal keluar sehingga seorang pemandu berhenti dan segera memberikan bantuan mengeluarkannya.
Beberapa minit setelah dikeluarkan, api mula kelihatan dari bahagian enjin dan akhirnya membakar keseluruhan kereta.
Ketika saya tiba di lokasi, api masih marak membakar kereta ini.
2 jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat rawang dan Sg Buloh kemudian tiba memadamkan kebakaran.
Saya sempat bertanya kepada William – petrol apa yang digunakannya?…
RON 95.


















hmmmm…ron 95..ni je yang kami mampu nak pakai
Kamera tu kena fenomena ‘ Supermoon ‘ kot..nampak banyak bulan tu :p
Hari ini semua jalan arah ke KL sesak, ramai dah balik dari bercuti, esok dah mula sekolah, ditambah lagi dengan cuaca yang hujan sepanjang hari.
Antara faktor penyumbang kemalangan…. berhati² kepada yang memandu…beringat² kepada penumpang lain.
Lama dah isu RON 95 sejuk di blog ni..nak hangatkan balik ke?
Hehehe… Isu Ron 95 akan hangat kembali ni.
Rasanya Abang Sham kena pergi servis kamera tu. Walaupun kamera tu tak basah, tapi ada wap air telah memasuki bahagian dalam lens kerana kadar kelembapan yang tinggi.
Itu pendapat peribadi saya. Mungkin ada sebab lain. Pakar-pakar DSLR tentu lebih arif.
banyaknyer tompok orb a.k.a makhluk halus (istilah pengamal pencari hantu) dalam semua gambar tu….kiranya laluan maut ni mmg keras la kot….kohkohkoh
orbs ?
Salam Sham…
Kakcik pernah mengambil gambar di awal subuh dan bila dilihat semula, gambar itu mempunyai tompok2 seperti gambar yang Sham rakamkan itu. Pada pendapat kakcik, ianya adalah disebabkan titisan air yang terdapat dalam udara yang tidak terkesan oleh mata kasar kita. Wallahhuaklam.
Ron 95 tapi itu bukan penyebabnya bukan??? kebakaran berlaku selepas berlakunya kemalangan mungkin ada kebocoran minyak petrol pada tangki atau mana-mana paip aliran minyak petrol. atau mungkin berlakunya litar pintas pada sistem wiring kereta akibat kesan remukan kereta seperti terminal bateri positif(+) bertemu dengan terminal negatif(-) atau mungkin bateri kereta meletup kesan hentakan remukan komponen kereta pada bateri kereta dan ini boleh juga menyebabkan berlakunya letupan.
Hi Sham,
Ada pakai flash tak time tu? If pakai flash dan masa tu hujan, ini disebabkan oleh reflection from the rain drops.
tapi pernah gak saya amek gambar dalam bilik hotel and still ada bulat2 macam tu.. tak mungkin ada titisan air dalam bilik hotel.. hmmph..
lens berabuk.. bila kena reflection jadi la macam ni… simple things if u learned photography. =)
kenapa salahkan petrol pulak? kalau tak selamat takkan kerajaan Malaysia benar ia digunakan
Bukan salahkan petrol tu..isu RON 95 & RON 97 adalah metafora indah yang pernah menghangatkan blog ini sedikit masa dulu….ada makna kenapa RON 95 mendapat tempat special di akhir entri ni.
Kalau baca entri2 dulu…faham le kot.
isu ron95 ni lapuk dah…mane2 petrol pun terbakar..
pasal gambar, itu adalah reflection dari air(hujan) dari flash camera..ni fenomena biasa..
banyaknya hantu dalam gambar tu…seram….
abang sham, yg benda bulat banyak dalam gambar tuh namenye orbs…kalau abang sham pernah bace dlm blog bro mazidul, die pernah cite pasal orbs nih…
best way nak selamatkan mangsa… para pemandu kat negara ni kena bawa alat pemadam api jenis CO2…jika ada kemalangan…spray CO2 kat injin kereta utk pastikan tiada percikan api dan pastikan selamat untuk bantu mangsa..kalau boleh dilaksanakan dalam masa yg singkat..
tp kna ingat klu pkai alat pemadam api jenis CO2 ni kna hati2. jgn sesekali pegang bhgn besi di nozel. bimbang tangan anda melekat pada besi nozel akibat sejuknya aliran CO2 yg kluar tu. nnt jadi 2 kali kemalangan pulak, na’udzubillah mntk dijauhkan pada kita smua.
Assalamualaikum,
Sdr William memang bernasib baik. Ada pemandu lain nampak dan membantu. kalau ada pemandu nampak, tapi tak membantu…kecuali bantu merembat barang, pun susah juga.
Bro sham dan berjaya hangatkan semula kepanasan ROn 95 hu hu hu
salam..
dapat dua cerita dalam entry abg sham ari ni..iatu RON95 dan orb ..hehehe
alhamdulillah mangsa selamat
hahaha. lawak lak entry ni. bukan pe. kes kete terbakar pastu kat bawah sekali ada iklan ron 97 shell.
placement tak kena tul
btw, yang ada mcm air tu kalo baca mastika ada citer sorang insan ni kata tu adalah hantu/ alien
mcm air kat photo
RON 95…..kenapa sebelum ini jarang kita dengar kemalangan yang melibatkan terbakar….
kebetulan je.aku pernah jumpa mercedes terbakar.xkn la owner dia kdekut isi minyak ron 95.
Abg Syam,
lens tak rosak..flash tu terkena air hujan..jadi titisan air hujan tu yg terbias..enjoy!
Keta apa jenis ni?
Gen 2
Gambar berbintik putih putihan tu habuk sebenarnya. Habuk yang banyak serta kasar itu kelihatan disebabkan flash kameradan gambar diambil di tempat yang gelap. Bukan kerana air hujan, wap dan lain lain.
Alhamdulillah,
beliau mendapat bantuan segera, jika tidak sudah pasti rentung!
petrol klu takde RON pun tetap akan terbakar. nama pun petrol
Sham, imej yg terhasil dari gambar2 mmg ada penjelasannya. saya rasa ia berkait rapat dgn kwsn kejadian, iaitu km 444.4 angka yg sememangnya mistik. masa kejadian juga waktu senja. 3 faktor tadi iaitu tompok putih, tpt kejadian, dan masa kejadian. fikir2kan.
kamera abg tu xde masalah……sebenarnya kamera tu berfungsi sgt baik….titik2 tu adalah titisan hujan….terhasil sbb diluar dri fokus kamera……dlm fotogragi, dipanggil bokeh……cantik tu sebenarnya….hehehehehe….
Saya setuju dengan Wong. Objek bulat yang muncul tu sebenarnya adalah habuk atau serangga halus yg dtg dr kebakaran kereta tu. Tak payahlah mengaitkan dengan benda-benda mistik. Kang terpesong plak iman korang.
Dier pakai minyak tanah kot… haha
mungkin dlm petrol kita byk kandungan benzene kot…
aku pernah dengar kualiti diesel kita ni kurang bagus banding dengan diesel di luar negra…ada kena mengena dgn kadar bendasing (PPM) tinggi. tp aku tak pasti/lupa apa benda tu… klu bc paultan.org ada sebut psl benzene… ni aku paste sebahagian artikel..
But still, the Platts story has some other facts – allegedly the oil industry has proposed a 3.5% limit (down from the current 5%) for benzene content in petrol for the new standard, despite Euro specs calling for 1% benzene content since Euro 3. It seems that refining petrol down to 1% maximum benzene content is too costly. Benzene is also an anti-knock agent and it would be easier for the oil companies to engineer the petrol to have a good octane rating with the help of more benzene content instead of other methods and ingredients
artikel asal…
Euro 4M petrol and diesel to be announced in Malaysia before year end, B5 biodiesel in June?
biasanya kalau camera dalam keadaan cuaca sejuk,aircorn @ lebih mudah dalam suhu sejuk boleh terjadi tompok2 seperti gambar2 ini.
masa saya lalu kat situ kereta baru start terbakar..
Haha. Semua salah. Tu sebab hujan la. Tak caya cuba korang try.
RON95? haha mmg senang terbakar pun.. HAHAHAHA.. kalau susah terbakar.. bukan bahan api namenye tuh.. hehe..
masa tu hujan renyai-renyai dan waktu tu gelap jadi flash telah digunakan. maka titis-titis hujan yang ada di dlam udara termasuk juga partikel-partikel air yang ditendang oleh kenderaan lain ke udara juga ada.
bila flash di gunakan titis hujan dan partikel-partikel air memancarkan kembali sinar flash maka wujudlah bebola-bebola putih ni.
sebab dia terbakar mungkin petrol dia tumpah masa kereta beliau sedang senget. perhatikan kereta tersebut model adalah gen-2. tempat isi minyak gen -2 adalah di sebelah kanan kereta. kereta itu pun mengereng di sebelah kanan. ikut dari pada kata saksi bahagian enjin berasap dan tiba-tiba terbakar. rasanya petrol yang tumpah dari tangki telah mengalir hingga menyentuh ekzos yang panas dan secara spontan terbakar. cuba google “flash point”. minyak boleh terbakar tanpa ada sumber api atau percikan namun apabila is mencapai suhu flash point ia akan terbakar secara spontan.