Kaedah Membetulkan Kedudukan Bas Yang Terbalik
Gombak, Selangor
2 Sept,2010
Dalam mengendalikan kes-kes kemalangan membabitkan kenderaan besar dan berat, dua perkara yang mesti diambil perhatian segera.
1 – Biasanya kenderaan besar seperti bas, treler, lori kontena yang terbabit kemalangan, akan menyebabkan kesesakan jalanraya lebih teruk berbanding kenderaan kecil seperti kereta, motosikal atau van.
Ruang yang ‘digunakan’ kenderaan besar biasanya akan menyebabkan laluan boleh terhalang atau menjadi sempit sekaligus menyebabkan laluan sesak teruk.
2- Oleh itu, cara pengendalian bagaimana untuk mengalihkan sementara kenderaan itu sebelum ditunda ke balai polis selalunya menjadi masalah.
Ada 2 kaedah bagaimana untuk mengalihkan kenderaan di atas jalanraya yang terbabit kemalangan- menggunakan kren atau ‘wheel-loaders’
Bagi kenderaan yang terhumban ke dalam gaung, menggunakan kren adalah lebih efektif.
Bagaimanapun, untuk kren atau ’wheel loaders’ sampai ke lokasi, juga menjadi masalah kerana kenderaan berat itu juga terpaksa mengharungi kesesakan sebelum sampai ke lokasi kemalangan.
Dalam kes-kes tertentu, mana-mana kren atau ’wheel loaders’ yang kebetulan melalui tempat kejadian, akan membantu atau diminta membantu pihak lebuhraya mengalihkan kenderaan terlibat.
Dalam kes kemalangan membabitkan bas persiaran di bawah, sebuah ’wheel loaders’ digunakan untuk membetulkan semula kedudukan bas sebelum dapat ditarik ke tepi.
Hanya yang betul-betul pro sahaja yang dapat melakukan perkara ini, kerana jika silap percaturan, bas ini boleh terbalik semula ke arah bersebelahan ketika proses membetulkannya dilakukan.
Post Lain Yang Berkaitan
7 Comments
You must be logged in to post a comment.







tengok gambar² ni, cuak pula nak naik bas ekspress esok.. dah berpuluh tahun tak naik bas balik raya…:D
Kujie recently posted..Kenangan Pukul Telur Dalam Guri
haha, camne leh siap jalan balik tu?
joegrimjow recently posted..Gathering GengBlogger Buka Puasa
seriau tengok.. dah lama tak naik bas balik kampung..dulu skolah2 dulu adalah..
sayahappyslalu recently posted..Knee Pads
Malang tak Berbau, Di Harap Pada Musim Perayaan Begini, Tiada Lagi Kes Kemalangan Bas Berlaku…
aReaL recently posted..Maizawati Hanya Menang Anugerah Fotogenik Bagi Pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010
Macam tu bas tu tambah rosak lar?
Tapi kalau tak buat macam tu jem teruk plak. Kesian orang nak balik raya.
zezebel recently posted..Stop talking about this racist guy
2 hari lepas bas persiaran berdekatan Sg Ramal bangi dipandu secara melulu..Dieorang ingat mcm bawak moto..kejap tepi kejap ke tengah..mmg takde orang dalam bas tu, tapi yang kat jalan raya ni die ingt bukan orang agaknya..
awal puasa hari tu 1st time aku naik bas ekspress KB-KL…
fuh…berderau gak la tgk gelagat2 driver2 bas sepanjang perjalanan..bas aku naik dah cukup laju…tapi ada berlambak lg bas yg laju dari bas aku naik..waktu tu hujan renyai2…double line pun diorang berani overtake…potong tang corner pun ada….jalan dari K.kerai-Gua musang and G.Musang – Lipis mmg extreme utk bas2 ekspress….