Reality in Real Life

Kakak Ipar Dato’ Siti Nurhaliza Cedera Kemalangan

KM 404.9
LEBUHRAYA PLUS ARAH SELATAN
selepas susur Tg Malim
6.15 petang
26 Jan 2011

Kemalangan di Laluan Bayangan Maut

Kemalangan melibatkan sebuah motokar Mercedes-Benz C280 no pendaftaran CAP 10 yang dinaiki oleh Dato’ Ramli Bin Musa dan Datin Zaiton Binti Mohd Jiwa.

Kenderaan yand dipandu oleh Azmi Bin Sabtu terbabas selepas terlanggar takungan air dan melanggar penghadang besi di tengah lebuhraya menyebabkannya berhenti di lorong laju.

Kemudian datang sebuah motokar jenis Kelisa PFC 9437 melanggar bahagian belakang Mercedes Benz tersebut.

Selang beberapa saat , datang pula sebuah lori no pendaftaran WRV 3488 terus melanggar bahagian tepi sebelah kiri depan Mercedes Benz tersebut.

Tiada mangsa lain yang cedera kecuali Datin Zaiton yang dihantar ke Hospital Tanjung Malim dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Gleneagle Kuala Lumpur.

18 Comments

  1. 29/01/2011    

    Wlkmsalam az man;

    Sebenarnya, tayar kereta anda bukan terhenti, tapi TERAPUNG pada waktu itu. Mujur anda fokus pada pemanduan, tidak panik dan paling penting anda tidak membrek pada masa itu…

    Saiz diameter rim / tayar juga memainkan peranan bila kenderaan melanggar takungan air. Lebih besar diameter rim / tayar, lebih tinggi risiko untuk terbabas kerana air yang mencurah pada mudguard kereta tidak dapat keluar dengan pantas. Ini kerana jarak kelegaan antara tayar dan mudguard menjadi semakin rapat. Bila air tak dapat keluar dengan sempurna dari dalam mudguard, ia akan tertolak semula keatas jalan, dari situlah datangnya ‘force’ yang menolak kenderaan keatas hingga ia menjadi terapung. Walaupun cuma beberapa milimeter, tayar sudah tidak jejak di atas jalanraya lagi…

    Sekadar pendapat berasaskan sedikit pengalaman sendiri..

  2. sawn's Gravatar sawn
    28/01/2011    

    Saya pun hairan kenapa rakyat malaysia kalau hujan, pasang hazard light lepas tu memandu dengan laju. Takde langsung dalam buku.

    Perasan jugak kalau balik kampung kat lorong laju. Ada lopak-lopak air bila masa hujan

  3. Atuk K's Gravatar Atuk K
    27/01/2011    

    ape masalah kau dgn diorang ha??

  4. 27/01/2011    

    Setuju dan terima kasih atas tips yang diberikan…

  5. nashraf's Gravatar nashraf
    27/01/2011    

    tips yg bagus!

    kerajaan dah wajibkan semua kenderaan baru yang dijual perlu ada airbag hadapan…kerajaan patut jugak wajibkan semua kenderaan ada abs dan esp macam di eropah.

    pasal point 5 tu,mmg takde peraturan tu di dunia..tapi di setengah2 negara, mereka ada peraturan yang mewajibkan kenderaan mempunyai fog light belakang…ini supaya kenderaan tersebut boleh dilihat dari jauh oleh kenderaan lain di belakang semasa keadaan hujan/cuaca buruk.

    masalahnya kebanyakan kenderaan yang terjual di malaysia tak dipasang rear fog light..bila cuaca buruk/hujan,susah nak lihat kenderaan di hadapan berdasarkan lampu belakangnya sahaja sebab tak terang…saya rasa pemandu pasang hazard light sebab terpaksa sebab visibility rendah maka mengelakkan kenderaan dirempuh dari belakang.

  6. 27/01/2011    

    Terimakasih….. bagus sangat tipsnya
    sekarang dah kurang membantu laju – tak pernah lepas 110
    insap dah..tiap hari baca blog ni :D

  7. 27/01/2011    

    Hafidz…

    Setuju sangat-sangat dengan komen no.5 tu… nak ulas sikit ya..

    Apabila kenderaan yang bergerak memasang Hazard lights ketika hujan, ia akan menimbulkan kekeliruan sekiranya memang ada kenderaan yang betul-betul berhenti (kerana kecemasan) sedang memasang Hazard lights juga.
    Macamana kita nak bezakan samada kenderaan itu berhenti atau bergerak, kalau semua kenderaan memasang Hazard Lights, Kan?
    Sebaik-baiknya, pasang lampu besar kenderaan. Bukan untuk menyuluh, tapi untuk memudahkan kenderaan kita dilihat bila pemandu kenderaan di depan kita menoleh side-mirror.

  8. Aan Atan's Gravatar Aan Atan
    27/01/2011    

    molot macam hanje!!

  9. zennaya's Gravatar zennaya
    27/01/2011    

    thanks Hafidz atas tips yg anda bg tu. risau gak nak pegi bercuti ke K.Bharu ni. Sure byk kereta balik kg cuti panjang ni

  10. 27/01/2011    

    berhati-hati di jalan raya….

    ps:saya suka point nombor 5 Tuan Hafidz di atas…

  11. Wak Kertopo's Gravatar Wak Kertopo
    27/01/2011    

    Siti Nurhaliza dan Dato’ K bila pulak giliran diorang kena eksiden?
    Asyik orang lain saja eksiden, boring le pulak ni…ha ha ha….

  12. 27/01/2011    

    Untuk perhatian semua..pemanduan melebihi 110km/j di lebuhraya ada baik dan buruknya..walaupon semua ngerti yang ramai akan memandu lebih 110 km/j so ini ade beberapa tips untuk memandu laju ala-ala autobahn..

    1) Pastikan kedudukan badan tegak dan bukan ala-ala sandar belebihan masa drive lebih 110 km.j sebab refleks akan lebih cepat kalau kedudukan duduk bersedia..

    2) Pastikan jarak antara kereta (ketika hujan) ialah 2 unit kereta kancil di hadapan anda…anggaran sahaja ok, so kalau brake emergency pon..anda masih ada peluang tipis untuk brake dan ABS Auto-lock Braking system masih boleh berfungsi dan calculate weight-force ration untuk berhenti…

    3) Kalau ade lopak air di highway, cuba elakkan..kalau tak boleh elak, pastikan DRIVE TERUS TANPA MEMBREK di atas atas atau 2 meter sebelum lopak air tersebut..ini akan mengelakkan kekeliruan pada sistem ABS kereta anda semua..pastikan kedua-dua tangan lekap di stereng dan kemas..stereng anda mungkin cuba ke kiri dan kanan..tapi HOLD FIRM dan terus..kerana sistem ABS akan me,baca pergerakan stereng anda, kelajuan tayar dan arah tuju kereta anda sekaligus..so BANTU ABS untuk membantu ANDA..

    4) Jika anda memandu laju di Highway PLUS dengan kadar 140 km/j atau 160km/j..dan anda dapati ada kereta dengan kelajuan rendah dari anda contohnya 110km/j..anda JANGAN FLASH KAN HEAD BEAM LAMPU ANDA bila sudah dekat..pastikan terus memasang LAMPU SIGNAL KE KANAN untuk memotong dari jauh lagi..ini kerana di lampu signal berwarna kuning dan lebih nampak dr headlights anda (dan sesetenagh anda pakai HID plak,lg tak nampak)..tambahan cara ini lebih POLITE MESRA dan lebih PROFESSIONAL..tp kalau dah dekat dalam jarak 2 kereta masih kereta depan tak bagi laluan..then barulaa pakai headlights..

    5) Paling penting…JANGAN PAKAI HAZARD LIGHTS dalam HUJAN!! P{eraturan tu tak pernah wujud kat mana mana sistem dalam dunia..

    6) Kalau memandu di Highway, sejam sebelum MAghrib atau pukol 6pm atau 6.30pm tu..silalah pasang lampu (lampu kecik pon boleh) – tu pasal Audi Merc BMW ade ‘daylight running LED lights’ and bukan suka-suka dorang buat design n wajibkan tu..sebab Autobahn dah sayaratkan..ini kerana kalau kereta berwarna SIlver, PUTIH, KELABU TUA dan BIRU MUDA akan seolah tidak kelihatan bila waktu-waktu begini..so better pasang laa ye!? tak kering pon bateri tu..

    So itu je laa nasihat yang saya boleh bagi untuk pemanduan di PLUS HIGHWAY ala-ala AUTOBAHN GERMANY..

  13. Ahal's Gravatar Ahal
    27/01/2011    

    Kenapa air hujan bertakung di lebuhraya? antara penyebab adalah jalan yg diturap tak cukup camber (gradien). PLUS kenalah pantau kontraktor2 yg buat penurapan semula jalan! Ini melibatkan keselamatan!

  14. 27/01/2011    

    salam,
    saya pernah melanggar takungan air di Lebuhraya Pantai Timur menghala ke temerloh dari KL, menyebabkan sebelah tayar kereta saya yang lalu diatas air (kiri) tersebut semacam terhenti manakala tayar yang sebelah lagi (kanan) mengikut kelajuan sebenar menjadikan kereta saya nak berpusing ke arah kiri jalan, tapi disebabkan fokus pemanduan dan kedua-dua tangan di stereng, alhamduliLLAH keadaan dapat dikawal.

  15. leyzajamil's Gravatar leyzajamil
    27/01/2011    

    tq for info..

  16. 27/01/2011    

    Salam..

    Sistem jalan pun kena buat yg air tak boleh bertakung.. kalau highway pun tak rata, berlopak berlubang, bawak 60km/j pun bleh eksiden.. terbabas.. kebaboomm :D

  17. 27/01/2011    

    mujur la hanya cedera, nasib la guna kereta merz, bayangkan kalau kereta saga ke, kancil ke

    Terkini : Cara Mengesan Lelaki Itu Teruna Atau Tidak

  18. 27/01/2011    

    Memang takungan air di atas lebuhraya sering menyebabkan kenderaan, (terutamanya kereta) terbabas. Tidak kira jenis apa kenderaan yang anda pandu. Saya pernah terserempak dengan Mercedes 500SEL yang terbabas sehingga terpelanting keluar dari lebuhraya kerana melanggar takungan air di lebuhraya satu waktu dahulu.

    Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, salah satu ikhtiarnya adalah memandu dengan kelajuan yang munasabah. Sebaik-baiknya di bawah had laju kebangsaan di lebuhraya.

    P/s Bas dan lori pun akan terasa beralih kedudukan apabila melanggar takungan air di lebuharaya.. (berat bas kira-kira 12 tan / Lori pula berpuluh tan.. Kereta ???)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting