Jalan Yaacob Latif
Cheras, Kuala Lumpur
21 Februari, 2013
7.10 pagi
Nama mangsa : Mohd Zain Soid , 46 tahun,
Kemalangan ini sangat tragis – mangsa diseret di bawah sebuah Toyota Avanza sejauh lebih 300 meter sebelum berhenti.
Siasatan awal polis mendapati, kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna ini melanggar belakang motosikal ditunggang mangsa di bulatan Cheras.
Akibatnya, mangsa Mohd Zain Soid, 46 tahun, terjatuh kemudian terus terperosok dan diseret Toyota Avanza terbabit.
Avanza ini dipandu seorang warga emas berusia 57 tahun, dalam perjalanan menghantar cucunya ke sekolah berhampiran.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan, adakah pemandu menyedari akan mangsa berada di bawah kenderaannya.
Orang awam yang melihat kejadian ngeri ini, kemudian mengejar Avanza untuk memaklumkan kepada pemandunya akan terdapat seorang mangsa sedang diseretnya.
Terdapat kesan seretan dan darah sepanjang lebih 100 meter di laluan Avanza yang kemudiannya berhenti di persimpangan Jalan Yaacob Latif.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan UKM untuk bedah siasat


















alahai… macam mana dah langgar orang boleh tak sedar ni?
al-fatihah ntok arwah……
tp kalu fikir logik akal xkan la driver avanza ni x prasan kt mangsa?kalu die da lggar skali pon die kne la brenti kn kete tu……
ap2 pon kite kne la berhati2 x kire la moto or kereta….
x logik kan … patot mesti dpt tahu kalu ade benda kat bawah kete …
al-fatihah untuk arwah … sungguh tragis …moga2 di tempat kan dikalangan org2 yg beriman …amin …
dia nak cabut lari ler tu…takkan tak perasan kot.
mmg tak logik kalau tak sedar. patut bertanggungjawab
ngeri kot..
xlogik.melainkan pemandu avanza tu dah trlanggar ingtkn mangsa jatuh ditepi..kemudian trus nk lari ….mngkin sbb tu die xprasan mangsa dia langgar tu trperosok bwh kereta..
Saya melalui jalan yang sama dan berselisih dgn kemalangan tersebut. Masa tu masih nampak lagi object dibawah Avanza tapi tak dpt membantu sbb ia berdekatan sekolah & akn menambahkan kesesakan. Saya menggunakan jalan tersebut hari-hari dari Ampang menuju ke Flat 4 tingkat berhampiran dan apa yang saya dapat perhatikan banyak penunggang motosikal tak menggunakkan laluan sikal yang disediakan. Dah tentu seawal pagi sudak banyak kenderaan menuju ke haluan masing2x . Ada juga faktor lain yg mgkin blh menyebabkan kemalangan dikawasan sekolah terbabit dimana keadaannya sgt gelap. Hanya terangi cahaya lampu kereta ibu bapa yang menghantar anak mrk ke sekolah. Walaupun sy xada anak yg sekolah disitu tp sy rs bimbang…kalaulah kemalangan tersebut tadi melibatkan budak sekolah!!!!!!Nauzubillah, minta dijauhi. Sy rs abg blh buat pantauan di kawasan berbabit dan bantu dedahkan kpd pihak yg berkenaan. Apa2x pun Al-Fatihah untuk mangsa….
Al-fatihah untuk arwah pakcik saya.. sedih pilu apabila mendapat berita dari keluarga , arwah di langgar dan di seret…mohon semua mendoakan pakcik saya di tempatkan dikalangan orang beriman..amin…
masih teringat wajah gembira pakcik saya di majlis perkahwinan abg sy ujung tahun lepas…kini sudah tiada…AL- FATIHAH….