KM 409.3
Lebuhraya Utara Selatan
berhampiran susur Lembah Beringin
arah Utara
Hulu Selangor
4 Jun 2011
12-01 tghmalam
Laluan Bayangan Maut menanti anda lagi.
Ini merupakan kemalangan maut pertama bulan ini di laluan ini.
Kereta Proton Waja ini dinaiki 4 orang :
Pemandu – Mohd Faizal M Arit, 24 tahun – pembantu makmal PPUM
Penumpang hadapan : Mohd Faizul M.Arit, 29 tsahun – abang Mohd Faizal
Penumpang belakang : Che Maryani Husin, 26 tahun – isteri Mohd Faizal (kakitangan Jabatan Kimia PJ)
dan Muhamad Ariff Muadzim, 9 bulan .
Menurut rekod pada tiket tol, kereta ini memasuki lebuhrasya melalui Plaza Tol Sg Buloh jam 10.57 malam.
Perjalanan mereka menuju utara, ke Kuala Ketil Kedah untuk pulang bercuti di kampung.
Kereta dipandu Mohd Faizal, dan mereka dipercayai berhenti sebentar di RnR Rawang sebelum meneruskan perjalanan.
Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengahmalam, ketika dipandu di laluan tengah lebuhraya, selepas susur Lembah Beringin, kereta ini hilang kawalan.
Ia terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang lebuhraya.
Kereta ini kemudian bergerak beberapa meter lagi sebelum merempuh pula belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan.
Kereta ini terperosok di bawah lori.
Lori ini dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah menghantar bekalan ikan di pasar Pudu di ibunegara.
Malang bagi Mohd Faizal, yang terperosok di bawah lori, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di muka.
Abangmya, Mohd Faizul , cedera di muka akibat serpihan cermin.
Manakala isteri dan anak Faizal, turut cedera, dan bayinya itu difahamkan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh akibat kecederaan di bahagian leher.
Mayat Faizal dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.

















kepada Allah kita kembali..al fatihah
PAS abang, UMNO adik? Takkan tu pun nak ajar?
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat..
bahaya betul dekat bayangan maut tu kan..
takziah kepada mangsa..