Reality in Real Life

Kalau Betul Dia Sayang Kau…

140217-001
Batu 6 3/4
Jalan Gombak, Selangor
17 Feb 2014
3 petang
 

Nama mangsa : Fairuz Shaari, 27 , Selayang – cedera di kaki.

Rakan-rakan ketika berbual, selalu mushkil dengan saya : mengapa saya selalu terserempak dengan pelbagai kes kemalangan , ada antaranya berlaku di depan mata dan sempat membantu mangsa – sedangkan mereka jarang atau tidak pernah mengalami keadaan itu.

“Saya memang berhajat untuk membantu jika terjumpa, tapi, tak pernah pun merasai pengalaman itu…” kata beberapa rakan.

Maaf, saya sendiripun tak tahu, tetapi sebenarnya saya sangat kerap terserempak dengan kes-kes yang baru berlaku dan sempat membantu apa yang patut dan ditakdirkan saya berada tepat pada waktu dan lokasinya.

Di dalam blog ini sendiri sudah banyak saya paparkan kes-kes yang kebetulan saya berada tepat pada waktunya untuk membantu.

Jam 7.52 pagi tadi ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau di Jalan 1/48A Sentul, tiba-tiba di hadapan mata saya berlaku kemalangan motosikal menyebabkan penunggangnya, seorang wanita tercampak.

Laluan ini yang memang sesak setiap pagi – dan kerana laluan sempit, penunggang biasanya mengambil risiko menggunakan laluan sebelah (bertentangan) untuk memintas ke arah lampu isyarat di hadapan.

Malang bagi penunggang ini, apabila motosikalnya merempuh sebuah lagi motosikal yang juga keluar dari laluan untuk turut sama memasuki laluan bertentangan.

Saya mengecam mangsa adalah kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL berdasarkan seluar seragam Penguatkuasa DBKL yang dipakainya.

Tidak mungkin saya dapat membantu kerana tiada ruang untuk berhenti malah lampu isyarat pula baru bertukar hijau.

Beberapa penunggang membantu mangsa bangun dan membawanya ketepi jalan – dan saya segera memaklumkan kepada rakan di ITIS DBKL untuk menyalurkan maklumat kepada petugas penguatkuasa untuk makluman kejadian itu.

Habis di situ…

Petangnya, ketika melalui Jalan Gombak , Simpang Tiga Batu 6 3/4,  dan ketika berhenti kerana lampu isyarat merah, sesuatu tidak diduga berlaku – ternampak pada cermin sisi seorang penunggang tercampak dari motosikalnya dan pemandangan bercampur-aduk dengan kenderaan seperti lori dan kereta.

Dari cermin sisi, saya sempat rakam 1 foto dan segera keluar untuk membantu.

Mangsa , Fairuz Shaari, 28, dipapah orangramai ke tepi jalan – dalam kesakitan, dia masih tersenyum.

Dari beberapa saksi, motosikal Modenas Jaguhnya (jika silap sila betulkan saya) dihimpit sebuah lori sampah yang memasuki laluannya sebelum terus meninggalkan tempat kejadian.

Fairuz turut ditimpa motosikalnya dan nyaris pula dirempuh  kenderaan lain – dan kaki kirinya mungkin patah dan dalam kesakitan, dia masih tetap tersenyum.

“Sakit bang…. sebab tu saya senyum…” Itu jawapannya.

Saya segera menelefon rakan di Jabatan Pertahanan Awam JPAM untuk meminta bantuan ambulan dengan unit terdekat ialah di PPR Sentul – kira-kira 6 kilometer dari lokasi.

Sementara menunggu ambulan, kami sempat berbual dan bertanya beberapa soalan pada Fairuz dan meminta dia menghubungi keluarga untuk mereka mengambil motosikalnya di lokasi.

“Kau ada isteri tak, atau girlfriend?”

“Saya baru bercerai bang… kenapa…?”

Terkedu sekejap saya mendengar jawapannya.

“Ok, kalau macam tu, kau telefon girlfriend, bagitau dia, kau masuk hospital sebab kemalangan. Kalau betul dia sayang kau, dia mesti datang melawat…”

“Ok bang…hahaha…”

Dalam kesakitan, dia masih ketawa dan ketawa itu menurutnya dapat meredakan kesakitannya.

15 minit kemudian, ambulan JPAM sampai dan Fairuz di bawa ke Hospital Selayang.

Sebelum pergi, dia sempat bersalam dengan beberapa orang dan masih tetap tersenyum, dan saya merupakan orang terakhir di salamnya dari dalam ambulan.

“Ingat tu… Kalau betul dia sayang kau… Pesan saya kepadanya…

Dalam keadaan-keadaan tertentu, situasi atau keadaan begini boleh dijadikan sebagai terapi kepada mangsa yang sedang menahan kesakitan…

Dan bagi mereka yang pernah terlibat kemalangan dan mungkin pernah dirawat di hospital, kehadiran seseorang yang disayangi seperti ibu bapa, ahli keluarga, suami, isteri, kekasih, bekas kekasih apatah lagi bakal kekasih atau bekas isteri/suami sekalipun, mungkin sekurang-kurang dapat mengubat kesakitan yang dialami.

Kalau betul dia sayang kau…

7 Comments

  1. bibikbiru's Gravatar bibikbiru
    24/02/2014    

    Title blog menarik, Abang Sham.

    Moga-moga mangsa eksiden cepat sembuh di badan and di dalam hati…

  2. gg's Gravatar gg
    19/02/2014    

    HAHAHAHHAHAHAHAHAHA….. bos,dlm byk-byk cerita….. ini la paling lawak….

  3. Mawar Melati88's Gravatar Mawar Melati88
    19/02/2014    

    setuju.. abg sham memang ada jiwa tu.. tp lately.. abg sham macam da kurang poskan kisah-kisah kemalangan. Mungkin abg sham ada sebab2 tertentu kenapa jarang poskan kisah-kisah kemalangan lagi. Mungkin abg sham da dapat cucu baru kot…

  4. 18/02/2014    

    salam…

    saya rasa abang sham ada aura yang selalu membawa ke tempat berlakunya kemalangan lah.. sebab tu selalu jumpa. jiwa ondscene tu kuat! hihi~

  5. insan's Gravatar insan
    18/02/2014    

    motor tersebut ialah Naza Cruise 250.

  6. hmmm's Gravatar hmmm
    18/02/2014    

    i like this post very much. storyline yg menarik :)

  7. 18/02/2014    

    Saya pun nak terketawa.. baru cerai tp mcm jawab ada gegal.. kih3.. mcm2 lah

    Get well soon…

    Ps.. abang sham kalau sayang saya mai tolong klik2 G+ FB utk SBBYEOS2014. kan3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting