Sg Chua, Kajang
11 Sept 2010
Nota – entry ini tiada foto mangsa, tetapi lokasi tempat kejadian
Seorang kanak-kanak maut digilis sebuah keretapi setelah gagal menyelamatkan diri ketika sedang bermain di landasan. 
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa, Afis Syauqi, 11 tahun sedang bermain bersama 4 lagi rakannya di atas landasan yang terletak berhampiran rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood, berkata, lima sekawan berusia 11 dan 12 tahun itu sedang bermain kejar-mengejar di atas landasan berkenaan apabila tiba-tiba datang sebuah kereta api dari arah Kajang menuju Kuala Lumpur.

Dua daripada kanak-kanak terbabit sempat menyeberangi landasan manakala mangsa dan dua lagi rakannya tidak sempat berbuat demikian.
Ketiga-tiga mangsa hanya mampu berdiri dalam keadaan tergamam di tengah landasan apabila sebuah kereta api menghampiri mereka.
Afis Syauqi yang berada paling hampir dengan landasan tidak bernasib baik apabila gagal mengelak dan maut digilis kereta api tersebut.
Mohd. Shakaruddin berkata, kanak-kanak berasal dari Kampung Sungai Ramal itu dipercayai sengaja bermain di landasan tersebut kerana tempat kejadian terletak hampir dengan rumah mereka.

Difahamkan, landasan tersebut memang sering digunakan penduduk berhampiran untuk melintas walaupun terdapat jejantas disediakan di situ.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.














aL-fatihah Buat Mangsa.. Bahaya Betul Bila Kanak2 Bermain Di Landasan Keretapi..
Saya sangat2 kesal kejadian seumpama ini berlaku…saya tidak mahu menunding jari ke mana2 pihak….tapi ibu bapalah orang yang patut memberikan pendidikan keselamatan pada anak2….semoga peristiwa ini menjadi pengajaran pada kita supaya jangan ambil lewa hal2 berkenaan keselamatan ni tak kira di mana2 sahaja
al fatihah utk mangsa.. pemandu Komuter tersebut adalah abang ipar saya.. beliau ada ceritakan malam tadi semasa kejadian..beliau telah membunyikan hon dan wisel amaran beberapa kali namun mangsa tidak berganjak dari lokasi.. rakan2 mangsa melarikan diri apabila melihat mangsa tercampak ke tepi.. memang bahaya..
Simpati dengan fmly mangsa.. Pengajaran nyer.. Didik anak2 kita dengan kawasan2 yang merbahaya and sentiasa perhatikan mreka. lebih2 lg klau dh tau tinggal berhampiran dengan kawasan yg merbahaya n berisiko tiggi berlaku kemalangan..
Budak2, kalau tak diawasi diorang bukannya nampak bahaya yang datang.
Kita sebagai orang dewasa kenalah buat sesuatu agar tidak berulang…