KM 402.2 Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
berhampiran susur Hulu Bernam/Tg Malim
Hulu Selangor, Selangor
26 Januari 2013
10 pagi
Nama mangsa : Mohd Izrin Hafzal Mohamad, 28thn
Saya tiba di lokasi kemalangan ini ketika kerja-kerja siasatan hampir selesai dilakukan oleh pegawai penyiasat, Inspektor Maszaliza Ibrahim dari Balai Trafik Hulu Selangor.
Selain jarak yang jauh (kira-kira 80km dari lokasi saya berada) dan ditambah kesesakan amat teruk sepanjang lebih 15 kilometer.
Dalam kejadian ini, siasatan awal polis mendapati, motosikal kawasaki ninja yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke arah laluan paling kanan.
Akibatnya mangsa, Mohd Izrin Hafzal Mohamad, 28 tahun, tercampak ke arah besi pembahagi lebuhraya dan maut di tempat kejadian.
Mangsa dalam perjalanan dari Kuang untuk ke Cameron Highlands.

Saksi kejadian diperlukan bagi membantu siasatan dan samada ada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan ini.















lagi mangsa divider lebuhraya….:-(
Kejadian berlaku sekelip mata dihadapan saya di mana sebelum kejadian 5, 6 motosikal jenis yang sama menunggang secara merbahaya melebihi 150km/j. Tak sampai 10 saat saya terlihat motosikal tersebut dikiri jalan dan suatu objek dipercayai manusia (mangsa) berada di pembahagi jalan. dihadapan 10 meter terdapat sebuah sebuah kereta exora warna silver (kemek sebelah belakang kanan) berhenti. Dipercayai mangsa yang menunggang dengan sangat laju telah melanggar belakang exora dan hilang kawalan lalu terbabas.
Saya ada lalu di lebuhraya tersebut dan nampak mangsa serta kawan2nya lalu di lebuhraya tu.
Mangsa ni konvoi dengan kawan2 dia pagi tadi. Dia merempit siap buat aksi superman lagi kat tengah lebuhraya memotong kereta2. Yang kawan dia merempit la jugak tapi kat tepi lebuhraya jek. Sblm kemalangan tu berlaku saya sempat terpikir diorang ni tak takut mati ke.
Subhanallah, selang 15 minit nampak mangsa dah meninggal tersadai di tepi divider. Moga2 jadi pedoman buat rakan2 dia dan kita semua. menunggang motosikal berhati2, sayangi nyawa kita.
al-fatihah..berderau bace bile tau ni kawan bf saya..moga roh beliau berada dgn golongan org2 yg beriman..amin
Saya memandu ke arah JB dari KL menggunakan PLUS Hway. Ada beberapa kumpulan motorsikal berkuasa tinggi menunggang melebihi 110km/j. Yang jadi marshal pulak, menunjuk isyarat kepada kereta di laluan kanan supaya kekiri untuk memberi laluan kepada kumpulannya. Kemudian, kumpulan ini stop untuk tunggu rakan-rakannya yg lain(dah tentu kita akan potongnya kembali). Kemudian sekali lagi,kumpulan ini bergerak dan marshal akan minta kita ketepi dgn honnya, lampunya… Fikirkan lah orang lain yang gunakan hway/jalan ni. Kumpulan ni adalah umpama kenderaan yg agak panjang mengalahkan treler. bila marshal perlahannn…semua perlahan…emmmm…
pada hari kejadian,saya dan kawan2 berkonvoi kereta dari Kl untuk ke sungkai.smasa dalam perjalanan lebih kurang jam10++ pgi, beberapa motosikal menunggang dalam keadaan bahaya.smasa mereka memotong kereta sya,saya mula trkejut sbb bunyi ekzos sgt bising.masa tu meter kereta pda kelajuan 110kmj.terlintas di fikiran “cari maut btl bdk2 ni”..xsampai 10mnit, dpn kereta sya berhenti scara mngejut.sya pn trus mnekan brek dngan kuat tkut sya pulak yg melanggar kereta dihadapan sya..trlintas skali fikiran sya “ke bdk2 td excident”..beberapa minit lps tu terkejutnya sya melihat salah seorang dri kumpulan motor tadi sudah pun tertiarap di bawah divider belah kanan.melihat keadaan budak tu, badannya seolah brpusing macam tulang belakang dah patah..trus mgucap sya lihat keadaan mangsa tu..sya ingat mangsa tu masih hdup sbb sya lihat ada pergerakan.tak sangka plk mangsa tu meninngal dunia..lps kejadian tu jadi iktibar buat sya..sekian..alfatihah di sedekahkan kpd mangsa…amin
kalo konvoi (bermarshal anot..) pon jgn guna laluan kanan…bahaya tu..
bila bro mazidul dedahkan segelintir penunggang motorsikal berkuasa tinggi ni beraksi merbahaya.. mereka semua melompat, sampai sri pentas pun diserangnya.. so skrg dah jadi mcm ni ape lagi nak kata.. ucap takziah saja lah.. mereka semua ini xbelajar dari pengajaran..
kepada azrim: ada sedikit pembetulan, dimana kumpulan yg dikatakan oleh mazidul sebagai pelesit jalanan adalah golongan bikers yg dimana menunggang motosikal berkuasa tinggi (kelas B penuh) secara merbahaya. prkara ni diprotes oleh bikers kerana: 1. rakaman yg ditunjukkan dlm m3 adalah lakonan,bukan real. tetapi mazidul ckp tu real. punyalah jelas moto tu slow. 2. yang kemalangan tu adalah pelesit jalanan yg sebenar (mat rempit). mereka ni adalah golongan manusia yg berotak pendek. x tau pikir keselamatan org lain. seseorang bikers tidak akan sesekali melakukan aksi x senonoh atas motosikal diorang, tapi mat rempit? hmm. jangan disamakan penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan mat rempit. p/s: motosikal yg kemalangan di atas cuma 150cc. tidak cukup untuk menjadi motosikal berkuasa tinggi. tidak perlu untuk mmbuat aksi superman di atas motosikal berkuasa tinggi. pernah x tgok rider motogp buat superman? xpernah kann…
“seseorang bikers tidak akan sesekali melakukan aksi x senonoh atas moto diorg”….?? ko dok dalam tempurung ke ape..?? nampak sangat xpernah keluar rumah ko ni…. cakap biar berlapik skit boss… ko nak bandingkan dgn motogp, rider bodoh je yg wat superman atas track… brape umur ko ni.. 9 tahun ek..?? xkire la superbike ke kapcai, xsemuenye jahat n xsemuenye baik..!!