Keadaan Toyota Estima Achik Spin Yang Hangus
Lebuhraya Lekas
Kajang -Seremban
berhampiran susur Pajam-Nilai
Seremban, Negeri Sembilan
17 April, 2010
Beginilah keadaan kenderaan Toyota Estima Achik Spin yang hangus sama-sekali setelah terbabas.
Kenderaan ini terbabas melanggar ke arah kiri jalan lalu merempuh tiang papan tanda arah susur ke Persimpangan Pajam-Nilai.
Kenderaan ini kemudian terbabas menyebabkan mangsa tercampak keluar.
Achik merupakan vokalis utama kumpulan Spin
Kejadian berlaku kira-kira jam 6-15 petang.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Achik terbakar dan meletup.
Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2 setelah menghadiri sesi di RTM
Achik berasal dari Felda Sendayan Negeri Sembilan.
Antara filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah Diari Romeo sebagai (pelakon utama) pada 2003 dan menyertai kumpulan Spin pada tahun 1999.
Allahyarham pernah memenangi anugerah Bintang Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke 17 pada 2004.
“ Tiada ku sangka, bola-bola api…yang sedulunya kecil, telah menjadi besar….”
Bait lagu popular berjudul Paling Comel yang dinyanyikan oleh Achik dari kumpulan Spin dan pasangan duetnya, Siti Nordiana
.Al-Fatihah…
Post Lain Yang Berkaitan
23 Comments
You must be logged in to post a comment.


































xteruk pun laggar..tp da ajal..mcm nie jer la,Al fatihah..
seram gak
saya amat meminati arwah..
semoga rohnya tenang di sana dan berharap isteri nya tabah mengharungi segala dugaan ini..Al-Fatihah..
al ffatihah buat aruah semuga rohnya di cucuri rahmat dan takziaah buat seluruh ahli keluarganya.
al-fatihah buat Allahyarham Achik..
Baru petang tadi tgk dia dan nana kat HITS 1 berduet
saya tengok mata Achik masa dia tengah nyanyi, hati saya terdetik kenapa kuyu je mata dia macam orang tak cukup tido??
semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini..
Video arwah Achik Spin accident…
Takziah & Al-Fatihah..
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1113971707699#!/mywann?ref=profile
tiadaku sangka bola-bola api..
baru tgk arwah live kat tv1 ptg tadi. dia on da way balik dari angkasapuri ke? teringat soalan pengacara tadi, "apa maksud bola2 api?" erm.. al-fatihah untuk achik.
biler izrail dtg menjemput, tiada kuasa lain dapat menghalang…sesunggunhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati keran amti itu pasti..takziah buat keluarga arwah dan alfatihah untuk arwah..
telah tiba masanya..Al Fatihah buat arwah
TUAN, MOHON COPY ARTIKEL INI KE BLOG SAYA.
alfatihah,, sudah ajal dia…
kita yg hidup moga2 insaf dan jadikan sbgai 1 pngajaran.. Ajal akan mnjemput kita tnpa kita tahu bila…
al-fatihah buat arwah…
alfatihah …
sekarang ni byk kereta excident terbakar … ngerinya tengok …
kalau tgk kemalangan yang membabitkan arwah achik spin ni teruk juga remuk depan mpv beliau
al fatihah untuk allahyarham achik spin
Al Fatihah untuk Allahyarham dan takziah buat keluarganya. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Alfatihah..
Kepada yg masih hidup berhati-hati lah semasa memandu.Kelajuan Membunuh.Ingatlah org tersayang.saya pn pernah terlibat dlm kemalangan yg hampir meragut 6 nyawa keluarga saya.syukur pd Allah,dan tak mahu memandu laju lg.
Bro Sham
Al Fatihah untuk arwah
Sesunguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.
Tiada satu pun yang kekal di dunia pijaman dari Allah ini.
Al Fatihah
salam bro ondscene,
mohon kebenaran guna gambar dalam forum MEOG (malaysia estima owner group) untuk perbincangan kami.
tq
salam ondscene,
mohon kebenaran untuk copy dalam blog saya. Terima kasih.
kematian arwah memang dirasakan kerana beberapa tahun lalu, lagu 'bola-bola api' nya selalu berkemundang di radio. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.
kepada anda yang telah dan hendak copy paste atau copy foto dari blog ini, tiada apa2 masalah.
terima kasih kerana meninggalkan komen di sini dan teruskan mengikuti ondscene, cuma sejak bberapa hari ini agak sibuk menyebabkan tidak sempat untuk update blog ini
Alfatihah
Salam takziah buat keluarga Achik Spin. Sayu dan sedih sangat bila tengok isteri, anak2 dan ahli keluarga dalam tv. Boleh dapat rasa shock dan trauma kehilangan orang yg tersayang dalam sekelip mata.
Mmg terkejut sgt2 bila dengar berita sbb mmg fan arwah juga dulu..tapi itulah, ajal maut di tangan Allah… walaupun usianya masih terlalu muda, lebih kurang usia saya..Allah lebih menyayanginya..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang yg beriman, amin.
Saya ada baca artikel yg mengatakan petrol RON 95 lebih mudah terbakar kerana mengandungi kandungan benzene yang lebih tinggi.