Kejadian Di Lorong Kecemasan
Jalan Lingkaran Tengah 2
Ampang
Selangor
1 Jan 2010
4-30 petang
Ketika sedang memandu kereta dari Kg Pandan menuju ke arah Melawati, tiba-tiba saya terlihat sesuatu yang mengejutkan berlaku di hadapan saya.
Entah bagaimana, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tiba-tiba merempuh belakang sebuah van.
Van ini berada di lorong kecemasan, kira-kira 200 meter sebelum susur ke Keramat dan laluan ketika itu tidak sesak.
Saya berada di laluan kiri sekali dan jelas ternampak penunggang motosikal seolah-oleh diheret oleh van terbabit dan terpelanting ke atas jalan
Saya segera membunyikan hon kepada pemandu van yang mungkin tidak menyedari apa yang berlaku.
Setelah berhenti di hadapan van, saya segera mendapatkan mangsa, yang sedang terbaring kesakitan.
Saya segera menghubungi ambulan.
Tidak sampai dua mint, beberapa kenderaan dan penunggang motosikal berhenti dan beberapa orang dari mereka turut menelefon talian kecemasan.
Mangsa ini dipercayai mengalami patah tulang dan luka di beberapa bahagian badan.
Topi keledarnya juga tercampak.
Semenatara menunggu ambulan, saya cuba menenangkan mangsa dan sempat bertanya kepadanya nama (dah tak ingat pulak apa namanya…) dan bekerja di Mc Donald Ampang.
Beberapa minit kemudian, sebuah trak Jabatan Pertahanan Awam bersama kira-kira 10 anggota yang kebetulan melalui jalan ini, berhenti memberikan bantuan awal.
Kurang 15 minit kemudia , 2 buah ambulan dari Hospital Ampang dan Jabatan Pertahanan Awam tiba serentak.
Mangsa akhirnya di bawa ke Hospital Ampang.
Van ini dinaiki sekeluarga yang sebenarnya berhenti di lorong kecemsan ini kerana menelefon seseorang arah laluan ke Hulu Klang.
(Sebenarnya, laluan yang mereka lalui adalah betul, jika diteruskan ke hadapan kira-kira 5 kilometer, akan sampai ke Hulu Klang)
Mereka sebenarnya adalah dari Perlis yang datang melawat Kuala Lumpur (dari KLCC) dan tidak mahir laluan di sini.
Akhirnya, inilah yang berlaku…
Saya sempat berpesan kepada keluarga ini, supaya jika boleh, lain kali berhentilah di mana-mana tempat yang sesuai, kerana di hadapan , banyak lagi hentian seperti teksi dan bas serta simpang yang boleh berhenti dengan selamat melainkan kenderaan yang dinaiki rosak.
Post Lain Yang Berkaitan
11 Comments
You must be logged in to post a comment.















nasib baik la selamat tak mati …
bhynye..huhu
Yup, pesanan penting untuk para pemandu : Carilah tempat yang selamat dahulu untuk berhenti.
kemalangan tidk berbau..tetapi kadang2 ia boleh dielakkan jika kita berhati2. cuma kdng2, kita juga tidak faham, macmana ia boleh berlaku…
nasib baik takde ape2 injury yg serius.. mesti moto tu tak brape laju sgt..
Memang sinonim sangat. Selalu sangat kenderaan nie main suka ati je berenti mana2 sbb silap jalan atau nak ambik call or nak call seseorang. Belum lagi kes terlepas simpang ke apa, selamba je berenti untuk reverse balik.. budus budus budus… Apsal taknak bersusah payah sikit dan berenti di tempat yg selamat, atau teruskan je perjalanan pusing balik / exit kat depan (in case yg nak reverse2 nie)
ada juga pemandu yang dah terlepas simpang dan kemudian reverse sesuka hati.. tolol..
Ya Allah, kesiannya tgk budak yg kene eksiden ni…mudah2an tak teruk sangat cedera..
maybe mementingkan diri sendiri …. kalau lalu sepanjang hiway dr cyberjaya – putrajaya – kajang … korang leh tengok perangai depa … memasing "tak ingat" dunia … fikir "senang" sendiri sahaja …
yang aku pelik … kekadang pengguna motorsikal siap leh sangkut "handphone" kat helmetnya, kekononnya fesyen atau "stylo" aaa tuh … tada fikir keselamatan diri dan pengguna yg lain ….
fed up ngn org yg suka sgt berhenti dkt lorong kecemasan. dh byk kes kemalangan maut gara2 kereta yg diletakkan/diberhentikan di lorong kecemasan
saya banyak kali hampir2 melanggar kereta yg berhenti dilorong kecemasan ini, kadang2 mereka berhenti sebab menjawab telefon tanpa pedulikan kenderaan lain dari belakang
takder kesedaran sivik langsung