KM 23.1
Lebuhraya Damansara Puchong LDP
Puchong, Selangor
9 Ogos 2012
2.30 petang
Nota : Kes ini berlaku semalam, 9 Ogos 2012
Kepada pengguna jalanraya di Lebuhraya Damansara Puchong LDP sekitar Puchong, inilah punca sebenar kesesakan yang amat teruk petang semalam.
Kemalangan ini membabitkan sebuah lori pasir , 2 buah kereta dan sebuah motosikal apabila lori ini terbalik dan menimpa kenderaan lain.
Pemandu lori yang tersepit, mengalami cedera parah
Macam-macam boleh berlaku – samada kita yang menyebabkan kemalangan, atau kita terbabit kemalangan akibat pihak lain.
Ops Selamat bermula hari ini – semoga kita selamat dalam perjalanan dan sentiasa dalam perlindunganNya.


















Jalanraya di Kuala Lumpur… kadang² sesak tanpa sebab dan kalau tak sesak kita yang cari sebab, kenapa tak sesak.
Bagaimana dengan mangsa2 yang lain.. terutama motor dan kereta?
Adakah mereka selamat?
pemandu lain takde apa kan? nampak ngeri…huhu
Assalamualaikum,
Hu hu hu apa nak dikata kalau dah kena hempap…
Opss selamat moga2 selamatkan byk nyawa
Hmmm, dah la jalan sempit sebab construction. Saya selalu lalu tu…
Padan muka saya lari dari opis… Last sekali stuck kat jem ni dari jambatan kabel sampai ke kawasan kejadian 1 1/2 jam. Kesian banyak kereta overheat pasal jem ni..
Perghhh kesian kat vios tu….
Cuba tanya balik dgn polis, selamatkah jalan raya kita dgn nak adakan Ops Selamat ni? Semalam dari Banting menghala ke Dengkil keadaan jalan cukup berbahaya diwaktu malam kerana garisan jalan yg ‘hidup segan mati tak mahu’.
minta peruntukan jkr utk cat garisan
ya Allah kesiannya
Pemandu lori memang jahat2 belaka. Kalau yang baik pun mungkin 20%. Tupun mungkin sebab lori buruk, muatan berat sangat dsb. Yang 80% lagi bawak lori macam pelesit. Tak hirau langsung pengguna jalanraya yang lain. Tak percaya sila duduk kat Elite tengok lori racing.