Jalan Duta
Kuala Lumpur
12 Sept 2012
7 pagi
Nama mangsa : Leong Tow Ching , 62 tahun.
Banyak kemalangan berlaku apabila pada asalnya adalah berpuna dari pihak lain yang akhirnya membawa padah kepada pihak lain.
Ketika memandu, kita tidak boleh terlalu yakin akan ‘kekuatan’ atau ‘kehebatan’ kenderaan kita sendiri kerana faktor sekeliling juga mesti diambil kira.
Jika cengkaman tayar anda kuat sekalipun ketika pemanduan di waktu hujan, kita tidak mengetahui akan kenderaan di sekeliling kita.
Akibatnya, kemalangan berganda boleh berlaku dan membabitkan pihak lain.
Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.40 pagi ini, ketika jalan basah akibat hujan, impaknya bukan sahaja kepada mangsa, malah menyebabkan ribuan pengguna jalanraya terperangkap dalam kesesakan.
Kejadian berlaku dari arah pusat bandaraya menghala Bulatan Segambut/Tol Jalan DUta berhampiran susur ke Istana Baru.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori sampah ini hilang kawalan lalu terbabas ke kanan dipercayai akibat jalan licin lalu merempuh pembahagi jalan.
Lori ini merintang jalan di laluan paling kanan.
Di masa sama, sebuah Proton Wira, dipandu seorang lelaki,Leong Tow Ching, 62 tahun, gagal mengelak menyebabkan kereta merempuh bahagian belakang sebelah kiri lori menyebabkan kereta berpusing semula arah pusat bandar.
Dan malang lagi , apabila kereta itu bertembung pula dengan sebuah Proton Wira.
Leong yang tersepit di tempat duduk keretanya, maut di tempat kejadian.
Berhati-hatilah ketika memandu – jangan terlalu yakin dengan persekitaran atau keadaan kenderaan kita , dan sentiasa berawas.
Ramai dari kita terutama di lebuhraya, mengekori terlalu rapat di belakang kenderaan lain – tetapi adakah kita sempat untuk brek apabila tiba-tiba kenderaan di hadapan menghadapi masalah atau tiba-tiba hilang kawalan.
















betul tu admin..time hujan kena jarak kan lagi jarak kereta kan..td baru g segambut ikut bulatan segambut tu dlm kul 7….nasib baik awal sikit..huhu
sangat setuju dengan admin. jarak kenderaan amat penting. kebanyakkan daripada kita semua, suka sangat ‘cucuk & nak kiss’…hehe….dulu kita orang juga suka cucuk….bila dah ternampak accident depan mata kepala sendiri akibat ‘cucuk’….so far…ok..maintain ikut had laju….biar lambat asal selamat…..kita orang semakin hari semakin ingin menjadi pemandu yang berhemah. sentiasa get ready untuk driver lain. automatic memberi laluan jika mereka memerlukan. di jalanraya kita tidak boleh terlalu angkuh kerana malang itu tidak berbau….kerjasama semasa driving juga penting. di waktu puncak, jam yang teruk…kita kena banyak-banyak sabar. semua orang nak pergi kerja. semua orang ada hal. bukan kita seorang. oleh itu, sentiasa tanamkan sifat/sikap yang bertolak-ansur….jangan kita menjadi seorang yang selfish. ingatlah orang tersayang…jangan biarkan mereka meratapi pemergian kita…..
kesiannya mangsa… walau ajal maut itu takdir, tapi manusia juga tidak patut cuai bila memandu dijalanraya yg boleh menyebabkan kematian pada org lain
ini bukan takdir, tapi berpunca dari kecuaian kita manusia. berada di tempat yang salah pada masa yang sama
Memang selalu orang kata ajal maut itu takdir, tapi saya rasa ia tidak betul. Sebab mamang kes kes berlaku kerana kecuaian kita manusia. seperti yang laili kata berada di tempat yang salah pada masa yang sama
Assalamualaikum,
masa hujan atau selepas hujan, memang kena hati2…
jalan tu sebenarnya hari-hari clear.lepas susur ke semantan memang jalan lurus tu clear, sampailah ke susur masjid wilayah. area situ memang jadi tempat nak pecutlah lepas dah tensen ngadap jem kt susur semantan tu.
yang mengecewakan smalam eksiden tu dah kat jalan turun dari istana baru tu, kan kereta boleh lencong ikut jalan atas istana baru tu (alah petang2 kalau jalan bawahtu jem, ramai jer yang lencong ke jalan atas istana baru tu) tapi jalan ditutup sblum tu mnyebabkan jemnya sampai tol sg besi. tensen btol sampi opis pun lambat wlaupun kuar macam biasa.terpaksa cari bukti untuk attach dalam slip kedatangan bulan ni.
berhati2lah, jangan layan perasaan nak memecut sgt, peringatan utk diri sendiri & jgk orang yg guna jln tu jgk.
mmg pun..kalau di lebuhraya..bas amat suka mengekori rapat dibelakang kenderaan…