
KM 15.2
Lebuhraya Persekutuan
Batu 3, Shah Alam
15 Januari 2012
8 pagi
Kemalangan yang berlaku ini boleh dilihat ‘kesannya’ sejauh kira-kira 1 kilometer – berpandukan dari pancutan air dari sebatang paip utama Syabas yang bocor.
Dan malang bagi seorang pejalan kaki, seorang wanita pekerja kilang yang maut akibat rempuhan kereta yang terbabas.
Kejadian berlaku apabila 2 buah kereta sebelumnya terbabit kemalangan.

Sebuah kereta dipercayai melanggar bahagian belakang Proton Savy ini menyebabkan kedua-duanya hilang kawalan.
Akibatnya, kereta terbabit terbabas ke kanan dan melanggar besi pembahagi lebuhraya.

Pemandunya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Manakala Proton Savy dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun, terbabas ke kiri sebelum merempuh mangsa tersebut.

Mangsa, seorang pekerja warga Indonesia yang cedera parah , maut di tempat kejadian.
Savy kemudian melanggar pula injap paip utama bersaiz 42 inci Syabas menyebabkan berlaku kebocoran.
Dan Savy melanggar pula sebuah kotak agihan Tenaga Nasional Berhad sebelum ia terjunam ke dalam parit besar.
Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Dan kerana kemalangan ini, puluhan ribu liter air bersih terbuang.

Air yang memancut setinggi lebih 10 meter ini turut menarik perhatian pengguna jalanraya.


















sempat bermandi ‘air terjun’ 0740 pagi tadi. tapi pedestrian tu tak perasan pula. dia maut bawah kereta ke?
Wah,cantik pemandangan gambar 5 & 4 terakhir.