Reality in Real Life

Kemalangan 4 Kenderaan – 1 Maut 2 Parah

IMG_2947
KM 13.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang NKVE
SUbang arah Shah Alam
Subang, Selangor
6 Julai 2014
3.15 petang
 

Nama : Amalina Syakirin Izzarudin, 6, Jln Kapar, Rantau Panjang, Selangor

IMG_2949

Kemalangan ngeri ini membabitkan 4 kenderaan – sebuah lori kontena, sebuah van roti, sebuah kereta dan sebuah Perodua Alza.

IMG_2959

Siasatan awal polis mendapati, Perodua Alza yang dinaiki mangsa dipandu dilorong paling kanan dari arah Subang ke Shah Alam.

Sebuah lori kontena pula dipandu dilorong tengah.

Sebaik tiba di lokasi, berlaku pergeseran antara lori kontena dan Alza.

Ini menyebabkan Alza terbabas melanggar besi penghadang tengah jalan dan berpusing beberapa kali sebelum melintang di lorong paling kanan.

IMG_2946

Akibatnya, salah seorang penumpang, Amalina Syakirin Izzaruddin, tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.

Lori kontena pula kemudian terbabas ke lorong paling kiri jalan dan menyebabkan berlaku pula kemalangan dengan sebuah van membawa roti dan sebuah kereta.

IMG_2952

Akibat kemalangan ini, pemandu Alza , Siti Ismani Sihab, 32 yang juga ibu kepada Amalina, cedera parah.

Turut cedera, dua lagi anak Siti Ismani, iaitu Afi Zuhair, 8 bulan dan Adlina Ruzain, 8 tahun

IMG_2956

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang untuk bedah siasat.

IMG_2948

7 Comments

  1. Observant's Gravatar Observant
    13/07/2014    

    Takziah kepada keluarga mangsa.

    Saya pemandu yg melalui nkve setiap hari. Sememangnya saya sangat ngeri melihat tingkah laku pemandu pemandu. 1. Lori kadangkala sangat laju di lorong tengah. Langsung tak diendahkan kereta yg cute mute. Ada juga yg slow, nak juga duduk tengah. Driver kereta yang tak sabar, terus menukar lorong. Sangat merbahaya. 2. Kawasan ini sempit sedikit. Selalunya semua kereta di semua lorong akan perlahan sedikit jika ada lori kerana takut pergeseran. Kadangkala saya melihat masih ada kereta yg laju dan menyempil celah lori. Ada juga kereta yg mencucuk cucuk kereta dihadapan.

  2. s@ni's Gravatar s@ni
    11/07/2014    

    sy sokong; bahawa kenderaan berat tidak sepatutnya berada di lorong tengah dan memandu laju. akan tetapi; sy selalu juga melihat dengan mata kepala sendiri sesetengah pemandu memandu dengan keadaan berbahaya; tambahan pula membawa keluarga bersama… sila lihat kiri dan kanan anda ketika memandu; terutamanya di lorong kanan;

    kadangkala mereka main cucuk2 tanpa menghiraukan keadaan jalan yang sesak dengan kereta… kasik la peluang untuk kenderaan di hadapan ke kiri jalan.. bukan boleh masuk sesukahati je..

    sekian bebelan

  3. MOHD HAFIZI MOHD NOR's Gravatar MOHD HAFIZI MOHD NOR
    08/07/2014    

    Innalillah…Siti Ismani Sihab adalah sahabat saya. terkejut menerima perkhabaran ini. tapi sepanjang kemalangan sampai ke waktu kami melawat dia, dia masih sedar dan mampu bercakap…

  4. Frequent NKVE User's Gravatar Frequent NKVE User
    07/07/2014    

    Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun…. Takziah kepada keluarga mangsa. namun pihak berkuasa perlu memantau gelagat pemandu kenderaan terutamanya pemandu kenderaan berat di laluan ini. Saya menggunakan laluan ini saban hari untuk pergi dan pulang dari kerja. Laluan sememangnya agak sempit kerana kerja-kerja naiktaraf yang sedang dijalankan. Namun ada segelintir pemandu kenderaan berat yang dengan sewenang-wenangnya memandu kenderaan mereka di lorong tengah yang sememangnya tidak sepatutnya mereka berada disitu. ini menjadikan lorong kiri dan kana yang sudah sememangnya sempit menjadi bertambah sempit dan menyukarkan pengguna lain memotong kenderaan berat ini. ada juag pemandu kenderaan berat ini yang memandu dengan agak laju walaupun sedar keadaan jalan yang sempit dan tidak rata amat tidak sesuai dengan pemanduan laju.

    • Dayana's Gravatar Dayana
      08/07/2014    

      Saya setuju dengan statement ni. Saya juga pengguna NKVE setiap hari dari arah Subang ke Shah Alam. Kenderaan2 berat, besar dan panjang memandu dengan laju dan bertukar laluan sewenang2nya, membahayakan pemandu2 lain. Keadaan jalan sangat sempit. Kadang2 tak perasan dah termasuk laluan sebelah.

  5. Rachid Ismael's Gravatar Rachid Ismael
    07/07/2014    

    Ada seorang lelaki terbaring dan d dtutup muka (baju berwarna merah jambu) siapa kah beliau ?

    • koko's Gravatar koko
      09/07/2014    

      huh??mencari jugak gambr yg keberapa saudara katakan ni :(..
      salam takziah buat keluarga nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting