KM 81.9
Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Gurun, Kedah
17 Mac 2012
5.30 petang
Sebenarnya bukan mudah untuk anda terlibat dalam kemalangan sehingga impaknya menjadi sebegini.
Sebuah pacuan 4 roda akhirnya tersadai di sebatang pokok akibat rempuhan kuat oleh sebuah lori.
Kemalangan ini berlaku semalam, 17 Mac 2012 berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Gurun Kedah.
Isuzu RX dengan nombor pendaftaran negara jiran ini sebelumnya difahamkan berhenti di lorong kecemasan.
Ia dinaiki oleh 5 orang termasuk pemandu dan 2 wanita.
Sebuah lori dari arah yang sama dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kecemasan, terus merempuh bahagian belakang Isuzu ini.
Rempuhan kuat menyebabkan pacuan 4 roda terbabit melambung beberapa meter dan tersadai secara menegak pada sebatang pokok.
Akibatnya, seorang penumpang wanita cedera parah di kepala .
Manakala 4 lagi hanya mengalami kecederaan ringan.
Pemandu dan kelindan lori juga hanya cedera ringan.
Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani untuk rawatan lanjut.
Dan kemalangan ini yang menarik perhatian pengguna lebuhraya, menyebabkan laluan arah utara sesak sepanjang kira-kira 2 kilometer.
Nota – foto-foto adalah sumbangan pembaca ondscene, M Aizat J, yang kebetulan sedang berehat di RnR arah Selatan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, saya masih tertanya-tanya , mengapakah beberapa keping foto dirakam berada dalam keadaan senget, atau adakah kerana ‘impak’ dari kedudukan Isuzu yang menegak itu?
Hanya M Aizat yang tahu mengenainya! Terimakasih Aizat – hati-hati memandu.


















Kebetulan saya juga terlihat lori yang masih melekat pada pokok itu semalam ketika dalam perjalanan dari Utara ke Pelabuhan Pulau Pinang.
Saya berselisih dengan Isuzu RX ni yg sedang ditunda di kawasan antara Exit Pendang dan Gurun.
Sehingga pagi Ahad (18 Mac) lori yang mengangkut ubi keledek itu masih tersadai di RnR Gurun Arah Utara.
Petang tadi berselisih pula ketika ia ditunda menghala ke Utara.
P/s : Lori model sama yang merempuh belakang bas persiaran di Kesas tempohari.
memang unik sekali kemalangan ini…
shot gambar tu kurang memuaskan kena ambil dari pelbagai sudut baru
nampak jelas keadaan nya.
Takziah.. ni memang impak yang kuat ni sampai jadi mcm tu Isuzu tu.. Kepala lori tu pun boleh hancur mcm tu.. huhuhuhu
Masyallah…! seolah-olah pick up tu lari panjat pokok kena kejar lori…
Dahsyat betul impak perlanggaran.
Lagi satu, keadaan lebuhraya di sepanjang Gurun tu bagi saya sangat TERUK. Ia diturap guna simen dan bukannya tar. Kadangkala licin bila hujan. Tayar macam nak meletup je bila lalu area situ.
Boleh sesiapa tolong terangkan kenapa sepanjang lebuhraya Gurun diturap dengan simen dan bukannya tar seperti kebiasaan? Jika tiada alasan, eloklah pihak PLUS menurap semula laluan tu dengan tar untuk keselamatan.
aku rasa keadaan tanah sawah padi area gurun kurang baik agaknya sebab tu plus guna simen bagi kuat jadi jalan takde la berombak2..jalan simen yang bagusnya maintanance sgt kurang.tahan lama.lebih kuat..jalan kat gurun tu sebenarnya tak teruk elok sahaja..jika lalu kat situ tayar bising sebab simen keras tak bleh serap bunyi dengan baik.tar lembut sebab tu kurang bising tapi cepat rosak la tak tahan berat berlebihan.
Licin tu masalah biasa semua jenis jalan licin.tiada yang perfect.jadi dah tau hujan tu slow la sikit.
Assalamualaikum,
Fuhhhh! memang unik. Tak pernah tengok lagi isuzu RX sampai macam tu rupanya…berdiri tegak tu!
Takziah kepada mangsa
Kawasan sawah? Rasanya tu kawasan tanah bukit. Memang tidak menyelesakan bila lalu jalan itu..
Saya tahu knp die amik gambar senget…
Cube klo di landscape kan.. mungkin die kne kebelakang sket…
Kalau buat senget… org boleh faham situasi/keadaan/ketulenan gambar tersebut… tapi still ade gambar tegak kan… yg len tu nak menceritakan situasi kot…
::sy slalu amik pic cam tu.. hehe