Reality in Real Life

Kemalangan Ini Berlaku Di Malaysia

Ada yang bertanya, saya ni tak tidor ke?!

Ye, sebenarnya, dari semalam tak sempat tidor lagi!

Jam 12 tengahmalam tadi, selesai kes Kijang, kemudian kemaskini blog.

Jam 4.30 pagi, kes BMW terbalik di Jalan Syed Putra

Jam 7.15 pagi , kes kemalangan 6 buah kenderaan di Sg Buloh (akan disiarkan sebentar lagi)

Jam 9 pagi , kes dalam entry ini berlaku di Jalan Kepong-Sg Buloh

Untuk itu, saya minta pada Forensik Kemalangan (Pelatih) semua, sila siasat, bagaimanakah kemalangan ini boleh berlaku!

41 Comments

  1. siapatau's Gravatar siapatau
    13/02/2011    

    kete kecik2 ni kalau kat jepun, perancis, atau london.. gune utk jalan kecik² yg sempit… bukan utk racing kat hghway.. mmg x seimbang bile bwk laju.. aerodinamiknye x sperti krete sedan… ataupun x mcm evoX, bmw, mercedes, lamborgini mahupun ferrari..

  2. siapatau's Gravatar siapatau
    13/02/2011    

    betul.. ramai yg bwk kete kecik ni tesangat laju melebihi had spatutnye.. smpai hilang imbangan… saya pernah selisih dgn viva yg hampir nak eksiden.. betul² berdepan… sib baik dia cuma tergelicik bepusing ke sisi jalan.. kalau gi ke tengah, free² masuk hospital same..

  3. 11/02/2011    

    haha. itu sopan santun ke? saya pakai myvi dah 4 tahun tp alhamdulillah belum penah kena speed trap mahu pon saman trafik. :D

  4. akuyangsekadarmembaca's Gravatar akuyangsekadarmembaca
    10/02/2011    

    maaf kat mane2 pemilik VIVA kat cni..
    aku tau korang2 kat cni sumenye berhemah..
    tapi aku selalu jumpe VIVA yang dibawak SANGAT laju..
    kekadang sebab VIVA, kete2 lain yang lebih besa kene tempiasnya..
    ada yang hampir2 eksiden sebab nk elakkan VIVA2 neh..
    diorang da jauh ke depan, mane nak tau ape yg da terjadi kt blakang..
    ingat2la cket..
    walopun kete tu kecik, tp x semestinya stabil..
    geram btol aku..!!!

  5. prolever's Gravatar prolever
    10/02/2011    

    saya rasa ini ada la 75% betul.. tapi bagi saya, kalau ada 3 gambar jer, 1001 cerita boleh dijadikan…

  6. 10/02/2011    

    Ye ke?
    aku bawak myvi laju jgk,tapi beringat.paling poyo Saga BLM pekak,bawak laju cam ribut.

  7. 10/02/2011    

    5 saman, sy bawak myvi juga…dah 4 tahun pakai, baru ada 2 saman speed…hihi awk ni bawak laju juga ni

  8. adiksham's Gravatar adiksham
    10/02/2011    

    nape ek driver myvi@viva ske bwk gitu.. kete best gaknyer..tp xsume… contohnye sy, driver pompuan bwk myvi yg bersopan santun…3 thn pakai kete baru 5 saman speed trap jer..

  9. ahmad's Gravatar ahmad
    09/02/2011    

    Wira di lorong tengah, viva di lorong kanan sekali, kia di lorong kanan sekali mengekori viva. Wira menukar lorong ke sebelah kanan sekali, Viva terlanggar tayar kanan belakang wira. Wira terkejut, dan menekan break, disebabkan break depan akan lagi kuat dari break belakang, dan ditambah force dari viva sebelah kiri belakang, kereta wira terpusing.

    Viva yang telah terlanggar tayar belakang kereta wira, ternaik sedikit, boleh dilihat melalui kerosakan bumper viva. Viva loose balance, dimana tayar depan kiri telah terangkat. Pada masa ini kedudukan viva 45 darjah ke kanan (0 darjah adalah arah kehadapan jalan).

    Kia pula tak sempat break, telah melanggar belakang kanan viva. dan kedudukan viva yang tidak stabil (tayar sebelah kiri terangkat dan terpusing) yang menyebabkan viva menjadi mengiring pada akhirnya.

    Kelajuan dianggarkan dalam 60km/j-70km/j. Boleh dilihat, kerosakan minimum pada bumper/lampu depan wira, disebabkan wira sempat break dari melanggar tembok dan juga kerosakan minimum pada bumper belakang viva. Cermin belakang viva pecah disebabkan kia melanggar belakang atas kanan viva selepas kedudukan viva yang mengiring.

    sekian.

  10. 09/02/2011    

    Tau tak? 80% kemalangan kereta di Kuala Lumpur dan Lembah kelang, kenderaan Jenama ‘Produa’. Mungkin sebab kereta tu murah spare-partnya dan di tangung oleh pihak insuran, jadi… “apa aku kesah” kata pemiliknya. Koh koh koh

  11. Naz's Gravatar Naz
    09/02/2011    

    fuuhh…kat sri damansara ke nih? nasib baik smlm tak ke mana2

  12. Arif's Gravatar Arif
    09/02/2011    

    ni mesti myvi bwk laju pastu bt mcm motor cilok sn cni bl dh dkt br nk
    break emergency or bajet mcm blh lepas r

  13. Sabahan Bloggers Club's Gravatar Sabahan Bloggers Club
    09/02/2011    

    Rasanya kereta viva tu berhenti atau rosak di lorong laju secara tiba2 kot? Bukan senang nak jadi ahli forensik kalau tengok gambar jer ni, takde data-datanya….. Hehehehehe… :D

  14. mizi's Gravatar mizi
    09/02/2011    

    saya suka idea pebentangan ini… unik…

  15. siapatau's Gravatar siapatau
    09/02/2011    

    mcamane skalipun cara eksiden nye…. ayat saman nye tetap “LOST CONTROL”

  16. adik sham's Gravatar adik sham
    09/02/2011    

    ish.. tinggi btol keimaginan anda.. hahaha..

  17. mambangmabuk's Gravatar mambangmabuk
    09/02/2011    

    semua laporan salah. Mari saya rungkaikan kemalangan misteri ini. Viva tu datang dari jambatan tersebut, kerana nak guna shortcut sebab kelewatan beliau lompat terus dari jambatan itu. Tapi malangnya walaupun beliau menggunakan adjustable eksober, viva telah salah timing untuk mendarat di lane kanan iaitu lane laju. Akibatnya viva tersebut telah landing di depan kia spectra. Sebab itu anda boleh lihat Kia Spectra kemek sedikit di hadapan. Manakala Wira pula kerana kagum melihat kehebatan viva tersebut, pemandu wira tersebut kaget dan terkasima sebentar lalu leka steering beliau telah berpusing sendiri dan menyebabkan kereta wira tersebut berpusing 180 darjah dan menghentam pula Viva sehinnga terangkat.
    hahahaha

    Sekian laporan saya,
    CIA malaysia.

  18. is's Gravatar is
    09/02/2011    

    fuuuhuuu..mcm2…semakin hari..semakin byk aksi yg terjadi tidak dapt dijangka oleh akal fikiran manusia..dunia…dunia..berhati kita sama…sama….

  19. 09/02/2011    

    haha.. haritu sy kat yong peng kene himpit dgn pemandu kereta viva.. nasib baik kwn sy perasan.. kalau tak berdentumlah.. sy suka perhatikan… org yg memandu myvi ataupun viva.. kena mesti pandu laju2 dan merbahaya kepada pemandu lain.. oklah.. tak semua.. tp sy boleh kata majoriti..

  20. adinda's Gravatar adinda
    09/02/2011    

    baru ingat nk tegur tk kenal myvi n viva…ekekekke…daaah tarik balik laporan…hheehehe

  21. pomen_Gtr's Gravatar pomen_Gtr
    09/02/2011    

    saya sebagai pelatih forensik kemalangan kenderaan ingin membentangkan hujah saya…

    satu pagi di jalan yang sesak…

    sesak kerana semua lorong lebuhraya jadi lorong kura-kura (lorong memotong jadi lorong santai)

    salah satu pemandu lorong kura-kura adalah kereta viva tu…

    oleh sebab pemandu wira dah tak boleh tahan nak terberak kot pasal bangun pagi tak sempat uruskan awal-awal kat rumah berkejaran nak sampai ke opis agar sempat punch card+menunaikan hajat….

    jadi pemandu wira potong dari sebelah kiri dan dengan harapan berjaya cilok depan viva untuk memandu laju di lorong kura-kura….

    pengiraan jarak/sudut/masa pemandu wira kurang tepat kerana minda terganggu atas punca yang disebutkan diatas..maka ketika membuat tindakan masuk ke lorong kanan tersangkut pada bahagian hadapan sebelah kiri kereta viva….

    maka kereta wira pun berpusing seperti gasing dan momentum dari kereta viva terus mengheret mereka berdua sebelum kereta viva dicium punggungnya oleh kereta spectra kerana spectra tidak mempunya brek+sistem ABS….gagal berhenti/membrek selamat untuk mengelak lalu terus menerkam punggung viva yang berkotak-kotak sexy itu dan mengangkatnya ke udara…

    -kereta viva terpaksa menerima hakikat kerana kekurangan berat badan lalu beliau dengan mudah diangkat dan berpusing untuk menyertai kereta wira dihadapan….

    amacam??

  22. Azna's Gravatar Azna
    08/02/2011    

    bang jaga diri dan hati-hati di jalanraya.kerja² jugak keselamatan dan kesihatan kena jaga jugak.

  23. 08/02/2011    

    Mintak maaf Tuan:

    Saya rasa saya kena tarik balik laporan saya.

    Saya tak layak jadi Pelatih Forensik, pasal tak kenal antara VIVA dengan MYVI.

    Saya dah tua sangat agaknya untuk jadi ‘pelatih’.

  24. ntahaaa's Gravatar ntahaaa
    08/02/2011    

    wira nak tukar lane kanan.. wira blind spot, tak nampak viva, nampak kia.. dengan kelajuan menghampiri 80 km/j, penukaran lane yg sedikit aggresive, ter’sauk’ viva oren itu. ‘sauk’kan itu menyebabkan viva dan wira terpusing 115 degree arah jam.. kia tercuit viva.. sekian

  25. 08/02/2011    

    Salam,
    Hebatnya orang Malaysia memandu ;)

  26. 08/02/2011    

    Salam,
    Errrr…gitu ke? Ish! ish! ish!

  27. 08/02/2011    

    hahaha… kelakar pun ade ni derr…

  28. hifneeS's Gravatar hifneeS
    08/02/2011    

    ini pendapat saya:

    Kereta wira tu dipandu tersangatlah LAJU, manakala kia dan viva tu dipandu SLOW di lorong ke tiga..disebabkan tak sempat nk brake, kete Wira tu sondol Viva, kemudian Viva tersondol plak Kia.

    Akibat sondolan yg kuat, separuh badan Viva ada atas kete Wira dan kemek yg teruk didepan Viva adalah disebabkan tersondol Kia hingga berpusing 90darjah.

    Sekian terima kasih.

  29. faizul's Gravatar faizul
    08/02/2011    

    semua kata viva eh….

    saya pulak rasa keta wira tu yang dari lane tengah masuk ke speed lane dan himpit kereta viva ke divider. tu pasal dua-dua kereta berpusing.
    kereta kia spectra pulak tak sempat nak brek and join the accident la…

    sekian laporan kemalangan dari saya…

    jom tido….

  30. 08/02/2011    

    Err.. ada kereta terbang dari flyover tu ke?

    kalau bukan kereta terbang, saya punya laporan plak, viva tu break emergency dan rentap stereng ke kanan dgn kuat. dia terangkat sket dan kemudian wira tu datang dari belakang dan break emergency dan elak ke kiri. tp sbb inertia masih ada, wira tu sondol viva yg tengah terangkat dan menyebabkan wira tu “masuk” bawah viva dan dalam keadaan panik, wira tu rentap stereng ke kanan dan dalam masa yg sama, kia spectra tu tak sempat elak dan melanggar viva tersebut.

    sekian sahaja laporan kajian saya terhadap kemalangan ini.

    Majulah sukan untuk negara. :p

  31. 08/02/2011    

    Mintak maaf cakap..kalau pemandu VIVA tu wanita,pastu ade P plak..mmg berpeluh laa nak buat selidik forensik! Sejuta satu kemungkinan boleh berlaku..tapi yang pasti, VIVA punca kemalangan..

    KIA Spectra tu tak sempat brake masa dekat high speed lane..Kereta Wira tu tengah laju di high speed lane & saya rasa kereta Perodua Viva cuba tukar laluan dari lane tengah ke High Speed lane secara mengejut tanpa signal..so hentam sisi kanan, VIVA terpusing..WIRA pulak dengan momentum brake dan hentaman akan berpusing sebab load belakang kereta akan still ade momentum dan akan mengarah ke depan so dats why muncung wira ke belakang n belakang Wira ke depan..kejadian berlaku dalam beberapa saat je ni..tu pasal KIA pulak datang and tak sempat brake..terus hantam!

    So ni laporan forensik saya bang syam! hahaha..

  32. 08/02/2011    

    Ok, ini laporan saya, Tuan:

    Pemandu Kereta Myvi tu telah terlewat untuk masuk ke pejabat kerana malam tadi dia “kurang tidur” selepas bersesak-sesak di Lebuhraya Utara Selatan sewaktu balik dari kampungnya di Utara.
    Oleh kerana itu dia memandu agak laju.
    Setibanya di tempat kejadian, dia “terlelap” seketika dan terbabas melanggar pembahagi jalan.
    Myvi itu berpusing di lorong laju dan dirempuh oleh Wira Aeroback yang mengekori “terlalu rapat”.
    Datang pula Kia Spectra lalu menyondol kedua-dua kereta itu.
    Myvi yang tersepit di tengah-tengah, oleh kerana “jealous” pasal tuan dia dah “tidur sekejap” tadi… mengambil keputusan untuk “tidur juga” di celah-celah Wira dan Kia tu sebagai tanda “protes”.

    Sekian laporan saya.

    Yang Berkhidmat.
    (Pelatih Forensik Kemalangan)

  33. Nabeel's Gravatar Nabeel
    08/02/2011    

    Accident ni kat area rumah saya @ Sri Damansara… dok ingat jgk tadi Bro Sham tak datang ke buat liputan….? Kalau terjumpa tadi nak jugak ajak pekena nasi lemak & roti chanai Pak Lang kat sini…

  34. vicmorrow's Gravatar vicmorrow
    08/02/2011    

    alamak bro 3 keping gambar tak dapat merungkai kes ini..heheh..tapi kebanyakkan kemlaangan kat malaysia ni berlaku kerana faktor kecuaian..

  35. 08/02/2011    

    Saya lalu kat jalan bertentangan pagi tadi sewaktu keadaan masih macam dalam gambar2 en. ondscene paparkan.

  36. adik sham's Gravatar adik sham
    08/02/2011    

    syabas la bang sham walau xtido tp entry tetap best bg kami yng duk ceruk nih.. ermm…tp mmg dasyat viva nih..leh terbang..

  37. Wak Kerto's Gravatar Wak Kerto
    08/02/2011    

    Sedey nya tengok kereta eksiden – masuk workshop pulak, duit terbang terpaksa tumpang kawan atau naik bas/teksi pergi kemana-mana. Leceh betul lah, terpaksa keluar masuk bicara mahkamah atau berjawab dengan pihak insurans! Pening kepala! Harap2 saya tak lah terlibat kemalangan atau kerosakan kenderaan sampai bila-bila…Insyallah.

  38. hayatiharun's Gravatar hayatiharun
    08/02/2011    

    alamak..x tdo???…jgn tertidur dilokasi dah…nanti tersilap ingtkan mangsa kemalangan
    Masa lalu kut Sg.Buluh tu mmg jem giler..rupa2nya mmg ada 6 buah kenderaan terlibat dlm kemalangan…mmg masih baru lagi..

  39. 08/02/2011    

    salam bang…x dak mangsa ka…

  40. -shahrul-'s Gravatar -shahrul-
    08/02/2011    

    jap bang….saya kaji!!!

  41. 08/02/2011    

    fuhhh dasat betul tu, sampai mcm ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting