KM 438-9
Lebuhraya Utara Selatan
arah Rawang
Rawang, Selangor
24 Februari, 2012
5 .30 pagi
Kejadian di laluan Bayangan Maut
Pada mulanya, kemalangan ini tidak membabitkan kecederaan atau sebarang kemalangan jiwa.
Ia berlaku apabila sebuah treler merempuh belakang sebuah Proton Waja di lorong paling kiri lebuhraya.
Kereta Proton Waja ini dinaiki 3 sekeluarga, dalam perjalanan dari Kulim bandar baru, kedah menuju Kuala Sedeli, Johor.
Ia dipandu Yusyakirin Yusof, 24 tahun, bersama bapanya, Yusof Mat Desa, 59 dan di tempat duduk belakang, ibunya, Saadiah Mat Piah, 53.
Kerana risaukan anaknya memandu berseorangan, Yusof dan Saadiah menemankan Yushakirin , untuk pulang bertugas di Johor setelah bercuti di kampung di Kedah.
Yushakirin bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Kuala Sedeli.
Sebaik kereta dirempuh, kereta ini kemudian berhenti kira-kira 100 meter di hadapan, dan semua mangsa dalam keadaan kebingunan dan separuh sedar.
Orangramai yang melalui laluan ini, membantu mangsa dan mengeluarkan Saadiah dari tempat duduk belakang.
Sudah takdir, walaupun Saadiah tidak mengalami kesan kecederaan luaran, mangsa akhirnya meninggal dunia kira-kira setengah jam kemudian.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat dan mengenalpasti punca sebenar kematiannya.
Nota – treler tiada dalam foto kerana telah ke Balai Polis untuk membuat laporan.














Al Fatihah dan takziah untuk keluarga mangsa kemalangan..
Sudah tiba ajalnya…
Bagaimana pemandu treller tak boleh nampak kenderaan disitu?
Sangat lalai..
Kalau saya pula buat andaian, kenapa lampu kereta tu tak dinyalakan ?
pukul 5.30 pagi..myb die bukak lampu..selepas dilanggar dan mangsa kebinggungan time die off enjin die tutup lampu sekali la kot tu..
bukan nak singgung mane2 pemandu lori..segelintir pemandu lori ada yang bagus..amat sy akui..tidak kurang ade yg kurang..tapi kalau sy dilitekkan didalam setuasi pemandu lori itu..sebagai pemandu treler pejalanan yg jauh amat memenatkan..kemungkinan pemandu treler tersebut tidak sengaja..
wallahhuallam..alfatihah buat arwah..
Terima Kasih, Along.
Saya juga tidak mahu menuduh mana-mana pihak atau bersikap bias, cuma ingin menyatakan bahawa kita sekadar boleh membuat pelbagai andaian sedangkan kita tidak berada di tempat kejadian. Dari pelbagai andaian dan spekulasi akan ada pihak yang teguris di hati.
Mewakili sekalian pemandu lori treler khususnya, komen yang sedemikian akan amat tidak sesuai hanya berdasarkan apa yang kita baca dan lihat di gambar sahaja.
Apa pun, ini hanyalah luahan peribadi saya, selaku seorang pemandu lori. Seorang manusia biasa yang tak akan pernah sempurna.
Terima Kasih.
tak salahkan mana-mana pihak. mungkin jawapan PLUS ada relevan. untuk letak street lighting, semuanya melibatkan kos. dari situ kajian terperinci perlu di lakukan. kalau di ikutkan statistik sekalipun samaada dari PLUS atau pihak polis, kemalangan di laluan bayangan maut selalu di sebabkan kecuaian pemandu samaada lebih had laju dan mengantuk terutama waktu malam.
kalau di sebabkan ketiadaan s/lighting di jadikan alasan, mungkin hanya minor kes. sebagai contoh laluan dari slim river ke bidor, laluan tersebut rasanya sama gelap dan tiada lampu. tambah pula dengan hanya dua lorong dan boleh di katakan ketiadaan space emergency lane. kalau ikut logik akal, risiko untuk berlaku kemalangan semestinya tinggi kan? dari pengalaman, statistik tahunan sebaliknya di catat setiap tahun. kes kemalangan rasanya agak kurang. kenapa? jika di bandingkan dengan laluan maut, ada yang tempatnya sampai lima lane sekali. luas kan?
persoalannya, kalau dah tau tempat tu gelap, sempit, berbahaya, hujan misalannya perlukah untuk speeding? mungkin faktor seperti ini perlu di ambil kira juga.
tapi rasanya tak salah untuk bagi cadangan kepada pihak PLUS. untuk kepentingan dan keselesaan pengguna seperti kita. cuma kalau di tanya kepada sesiapa sekalipun, tak ramai yang sanggup buat aduan secara official. kalau hanya segelintir yang beriya-iya, rasanya ibarat
curah air kat daun keladi je. dalam apa benda sekalipun majoriti di utama.
sekadar pandangan
sory silap column reply. hehe
innalillahiwainailahirojiun….ajalnya sudah tiba..
Bro sham, saya pernah memberi emal cadangan kpd PLUS supaya lokasi bayangan maut ini dipasang lampu jalan. Bg saya dengan adanya lampu jalan ia adalah amat membantu pengguna. Berikut adalah jawapan PLUS:
“Untuk makluman tuan, mengikut pemerhatian dan rekod kami, kebanyakan lokasi yang berisiko tinggi adalah di antara Behrang dan Rawang sahaja. Walau bagaimanapun, pihak PLUS amat memandang serius dan mengambil berat akan soal keselamatan pengguna lebuhraya kami dan juga terhadap cadangan pemasangan lampu jalan atau lampu limpah di lokasi tersebut bagi menambahbaik serta melancarkan keadaan pemanduan terutamanya di waktu malam. Namun begitu, sebelum keputusan muktamad diputuskan bagi sebarang kerja-kerja penambahbaikan dan pemasangan lampu dilaksanakan, pihak kami perlu melakukan kajian terperinci dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan punca sebenar kemalangan di lokasi kejadian. Keutamaan pemasangan lampu jalan atau lampu limpah hanya akan dilaksanakan sekiranya didapati kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada ketiadaan lampu di lokasi kejadian.”
berikut adalah jawapan lengkap pihak plus..
Jawapan yg seakan sama saya terima bila seorang Pegawai PLUS tiba2 menelefon saya pada satu hari tahun lepas. (berkaitan aduan saya pada no PLUSLINE tentang kecuaian pihak mereka di satu lokasi lebuhraya – juga laluan Bayangan Maut ).
Terlanjur dia sudah menelefon saya, maka saya pun menyambung aduan itu dengan saranan untuk memasang lampu limpah di laluan Bayangan Maut itu.
Namun jawapan Pegawai PLUS itu hampir senada dgn apa yg dinyatakan di atas. ~ Kajian, kajian, kajian … nak kaji apa pun tak tau la…
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat.
Ajal maut di tentukan sebegitu. Kemalangan mungkin sebagai penyebab. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa.
hah…dari tempat aku kulim ni…tapi tak kenal la plak…
takziah pada keluarga arwah…mungkin dah ajal agaknya.
Disclaimer/Penafian
Archives
Categories
Komentar