Reality in Real Life

Kemalangan Yang Paling ‘Ambi Pur’

KM 50.3
Lebuh Raya Kesas
berhampiran Tol Awan Besar
Seri Petaling, Kuala Lumpur
6 Dis 2010
7 pagi

Kepada pembaca- saya ucapkan selamat menikmati makan tengahari/makan malam sambil menikmati hidangan entry ini…

Saya menerima maklumat mengenai kemalangan ini kira-kira jam 7 pagi.

Dan dimaklumkan, laluan ke arah sini, mengalami kesesakan yang begitu teruk.

Benar, saya mengambil masa hampir 45 minit untuk tiba di lokasi kejadian.

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 6.30 pagi, hanya 1 kilometer sebelum Plaza Tol Awan Besar, Lebuh Raya Kesas dekat Seri Petaling.

Sebuah kereta BMW, dipandu seorang lelaki, dikenali sebagai Sivaraman, 34 tahun, sebelumnya hilang kawalan setelah tayar belakangnya pecah dan terhenti di tengah lebuhraya.

Sebuah lori membawa muatan ‘Ambi Pur’ asli yang mengekori dari belakang, gagal mengelak lalu merempuh dan mengheret BMW ini sejauh kira-kira 50 meter.

Rempuhan kuat menyebabkan BMW ini remuk separuh dari bahagian belakangnya.

Lori kemudian terbalik di laluan tengah dan merintangi jalan.

Pemandunya tercampak ke laluan bersebelahan, dan cedera parah.

Manakala Sivaraman, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan menyebabkan sampah dari dalam lori ini bertaburan di sebahagian lebuhraya.

Akibat kemalangan ini, laluan arah Shah Alam sesak sepanjang kira-kira 5 kilometer.

Laluan ini juga terpaksa dihentikan alirannya beberapa kali ketika kerja-kerja mengangkat dan mengalihkan lori dan kereta dilakukan.

Sebenarnya, mujur ketika itu juga, sebuah kren melalui laluan ini untuk ke arah Puchong.

Dengan jasa baik pemandu kren, kerja mengangkat dan mengalihkan lori dapat dilakukan segera bagi melancarkan laluan ini.

Laluan dibuka sepenuhnya kira-kira jam 9.30 pagi setelah semua kenderaan dan ‘Ambi Pur’ dialihkan.

Dan nasib baik, saya belum bersarapan pagi ketika membuat liputan kes ini…

28 Comments

  1. nub's Gravatar nub
    19/12/2010    

    style!

  2. anti kutuk's Gravatar anti kutuk
    16/12/2010    

    LANTAK KAU LAA NAK KATA APA PON…..WAHAI OTAKAU…
    MALAS AKU NAK LAYAN ORANG MACAM KAU NI….

  3. anti kutuk's Gravatar anti kutuk
    16/12/2010    

    WOI OTAKAU…AKU NI BUKAN MAT LAAA…. AKU NI NYAH DAA…. YANG LU SEBOK NAPER, AKU NAK TULIS GUNA HURUF BESAR APAHAL…? IKUT SUKA LAKI MAK TIRI AKU LAAA…! HAMPEH

  4. akmal's Gravatar akmal
    14/12/2010    

    Lagi jebonnn…ini video anuar zain la.
    tak de kene mengena dengan topik diatas.Thk U.

  5. Che Mat's Gravatar Che Mat
    12/12/2010    

    dah sume xpyh gado2,tgk video ni…crash test BLM vs BMW

  6. nashraf's Gravatar nashraf
    11/12/2010    

    ape justifikasinye ko ckp kete BMW tu tahan hentakan?sebab driver die selamat?

    abis kalau ade penumpang kat belakang time accident tu, kemungkinan besar die mati…so kalau die mati, kire BMW tu kuat jgk ke?

  7. zahar's Gravatar zahar
    11/12/2010    

    erkkk… rilek la. yang korang gaduh macam orang gila kenapa.
    bukan ak kutuk produk malaysia.Tp masalahnya semua orang tahu realitinya kan termasuklah otakau.BMW e2 pon bukan lawa mana pon tp masalahnya kereta lama pon boleh tahan hentakan begitu kuat tp masalahnya kereta proton ni baru langgar sikit dah semua benda hancur.harga pon boleh tahan jugak mahalnyer.kalau hentakkan begitu kene pada kereta kita habis dari belakang sampai depan hancur.Sori Tuan rumah lari topik sikit.

  8. 10/12/2010    

    apa yang penting berhati-hati dijalan raya

  9. Otakau's Gravatar Otakau
    10/12/2010    

    lu apsal mat? gelabah x tentu psl nk sokong zahar tu? ke… lu ni zahar, takut ke mat?

    dah la gune huruf besa? igt gua takut ke? hahaha abes ko igt zahar tu bersopan ke? die ade hormat org ke? apsal dgn produk malaysia? teruk sgt ke? smpai nak caci cela, kalu dah rase mampu pkai branded jgn hina ape yg org lain x mampu

  10. nazri's Gravatar nazri
    10/12/2010    

    sebenarnya pemandu lori tu mungkin alpa atau mengantok semasa memandu, jalan tersebut lurus dan lampu double signal pun di pasang oleh pemandu kereta bmw tersebut. dalam 10 minit sebelum rempuhan terjadi, ada beberapa kenderaan seperti bas, lori dan kereta berjaya memperlahankan kenderaan dari lorong kanan dan masuk ke lorong tengah seterusnya berjaya mengelakkan kemalangan, tak tau lah camna lori sampah itu boleh tak perasan langsung kereta bmw tersebut, sebab tiada langsung bunyi brek kedengaran hanya bunyi rempuhan yang kuat yg terhasil.saya salah seorang yg menyaksikan aksi live camna kemalangan itu terjadi dari tayar kereta meletup sehingga lori merempoh kereta bmw tersebut.kawasan kemalangan tersebut betul2 mengadap belakang rumah saya, buka tingkap terus nampak, tak perlu nak pusing2 kepala lagi.

  11. anti kutuk's Gravatar anti kutuk
    09/12/2010    

    WOI OTAKAU…..YANG LU PI KUTUK SANGAT SI ZAHAR TU APSAAL…? APAA…KO ADE UTANG KE NGAN DIAA…DASAR TAK SAYANG MULUT….
    JANGAN MAIN REDAH AJER….BERSOPAN LAA SIKIT BILA NAK BERCAKAP TUU, ATAU PUN BILA NAK MENULIS TUU…INGAT LAA KAT ORANG LAIN JUGAK….LU INGAT LU SORANG JER KE..YANG BOLEH MAIN KUTUK…?TOLONG SIKIT YER….

  12. Camrole's Gravatar Camrole
    08/12/2010    

    Semoga kerjasama yang diberikan oleh pemandu kren tersebut tidak dilupakan begitu sahaja. =)

  13. 08/12/2010    

    camtu ko kate keras padu? buta ke haper?
    ko beli la satu bimmer baru 5 series meh aku tumbuk cukup
    kemek x kemek la aku kejekan, ckp serupa lori sampah la mamat nih

  14. prolever's Gravatar prolever
    08/12/2010    

    Sebenarnya, semua kereta kalau kene “rear ended” dengan lori lebih dari 3 tan mmg akan mengalami kerosakan teruk. X kira la kereta tempatan ke kereta luar negara ke, jawapan die tetap sama… kalau x caye cube google….
    Dan saya x paham dengan persepsi org kite. Kalau local produk, semua x elok…Tapi jangan la bangga sangat dengan produk luar… bukan semua produk luar ok…

  15. Momento's Gravatar Momento
    08/12/2010    

    smpai terbalik lori sampah tu,mmg gagah la BMW.teringat kemalangan yg kereta terbakar kebetulan ade van syarikat gas pemadam api kt laluan bertentangan.bole bg bantuan,sama mcm kes ni.

  16. Lipasfly's Gravatar Lipasfly
    08/12/2010    

    kesian petugas-petugas yang membersih kawasan kemalangan…keje yang mulia…

  17. assimo's Gravatar assimo
    08/12/2010    

    eh,gambar sy yg tgh sibuk amik gambar pun ada..hehe,tp mmg ambi pure la..tak perasan yg bro sham ada kat situ

  18. 07/12/2010    

    bau nitric…………hehe

  19. 07/12/2010    

    nasib baik tiada penumpang belakang dlm kereta bmw…klau tidak apala nasibnya….tp bau aroma disitu x dpt dibygkn…

  20. 07/12/2010    

    memang mantap ni kalau dapat cium bau ini…em teruk juga kereta bmw tu bila kena langgar

  21. Zahar's Gravatar Zahar
    07/12/2010    

    FUhhh….mmg keras padu punya BMW 2. kalau kereta malaysia alamatnyer ranap keseluruhan agaknya. Itu BMW versi lama , kalau yg baru tak teruk kot impactnyer. Tp yg kesiannya pemandu lori 2 , cedera parah.Apa pun berhati2 ketika memandu dan belilah ” barangan buatan Malaysia “. Hahaha…

  22. 06/12/2010    

    Tak dapat nak bayangkan kelajuan kedua-dua kenderaan jika dilihat kepada ‘impact’ dan kesan kepada BMW tu…

  23. ntahaaa's Gravatar ntahaaa
    06/12/2010    

    haha.. ambi pure akan keluarkan bau baru
    Ambi Pure Original.. haha
    teruk gak BMW tu kne hentam…

  24. 06/12/2010    

    ini bukan Ambi Pur tapi Amboi Puiiii….

    sayang… hancur lori Hino baru tuh…

  25. 06/12/2010    

    kalau kereta tak ada econ
    terpaksa buka tingkap dan berhenti bersebelahan dengan trak ‘minyak wangi’ ni….
    kesesakan masih tidak berubah²
    agaknya lari tinggalkan kereta di situ dulu…hehe

  26. Khairul's Gravatar Khairul
    06/12/2010    

    dari Cheras ke TPM menunggang motor = 40 minit. sangat jemmm.. tapi Alhamdulillah tak lalu kawasan ‘ambi pur’ itu. huhuuuu…

  27. laily's Gravatar laily
    06/12/2010    

    x dapat bayangkan ‘aroma’ kat tempat kejadian..

  28. digolbot's Gravatar digolbot
    06/12/2010    

    untung ambi pur, dapat iklan percuma dari bro sham.. heheheehhe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting