Reality in Real Life

Kepala Mangsa Kemalangan Hancur Digilis

 

KM 406-6
Lebuhraya Plus arah Utara
Hulu Selangor
20 Mac 2009
Kira-kira jam 1-05pagi
Kemalangan ini sebenarnya menimbulkan misteri yang masih menjadi persoalan bagaimana ia berlaku.
Dan seperti selalu, laluan ini merupakan laluan maut yang kebanyakan kes membabitkan keadaan kematian yang amat ekstrim.
Dan juga, samada secara kebetulan atau suratan, pegawai penyiasat adalah kebetulan pegawai yang sama dengan kes-kes terdahulu yang dipaparkan di dalam blog ini – Inspektor Amir Che Ya – Pegawai Penyiasat trafik IPD Hulu Selangor.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 1-05 pagi di kilometer 406-6 Lebuhraya Plus arah utara, kira-kira 5 kilometer sebelum susur ke Tanjung Malim.
Bagi tiga sahabat, hasrat mereka pada mulanya untuk bercuti ke Yan Kedah semata-mata untuk memancing, terpaksa dilupakan.
Mereka dari Subang menaiki sebuah kereta, Mercedez Benz, dipandu Zaidi Halim, 31 tahun melalui Lebuhraya ini untuk ke utara.
Setibanya di tempat kejadian, mereka tiba-tiba ternampak sebuah kereta di penghadang lebuhraya di laluan kecemasan sebaik melalui kawasan berselekoh ini.
Keadaan amat gelap kerana kawasan ini tiada lampu jalan.
Tiba-tiba mereka merasakan terlanggar sesuatu di atas lebuhraya dan pemandunya cuba mengawal kenderaan dari terbabas.
Bagaimanapun, kereta ini akhirnya terbabas juga ke arah longkang kira-kira 200 meter di hadapan.
Mereka segera keluar dari kereta dan bergegas ke tempat di mana mereka melanggar sesuatu itu.
Apa yang mereka temui amat memeranjatkan.
Cebisan daging, otak manusia dan kulit kepala dan rambut bersepah di atas lebuhraya sepanjang kira-kira 50 meter
Dan paling mengerikan mereka kemudian menemui pula mayat seorang wanita yang telah tidak berkepala diikuti sebuah kereta yang remuk di bahagian belakang dan terbabas ke penghadang lebuhraya.
Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih misteri apabila mendapati, pintu sebelah penumpang kereta Proton Wira terbabit rosak teruk manakala pintu dan cermin di bahagian sisi pemandu tidak rosak.
Persoalan yang timbul ialah:
1. Adakah benar wanita terbabit memandu berseorangan?
2. Jika wanita terbabit yang memandu, bagaimanakah mangsa boleh terkeluar dari kereta melalui pintu penumpang.
3. Adakah kereta mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan lain sebelum ini lalu terbabas?
4. Setelah wanita terbabit tercampak/ (dicampak?) ke atas lebuhraya, kenderaan manakah sebenarnya yang sebelum ini yang menggilis kepalanya? Adakah Mercz dinaiki 3 lelaki terbabit atau adakah Merc itu melanggar setelah ada kenderaan terdahulu yang melanggarnya.
5. Merz yang terbabas ke longkang tidak mengalami kerosakan atau remuk di bahagian hadapan menandakan, bukan Merz itu yang melanggar mana-mana bahagian Proton Wira wanita terbabit.
6. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.
7. Jika benar wanita terbabit pula yang menjadi penumpang, di manakah pula pemandunya?
Pemeriksaan pada tiket tol kereta dinaiki wanita itu mendapati, kereta itu memasuki lebuhraya melalui Plaza Tol Sungai Buloh jam 12-39 malam.
Menurut Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi, pemeriksaan pada pendaftaran kenderaan, ia adalah milik seorang wanita, yang masih belum dikenalpasti adakah pemilik itu sendiri yang menjadi mangsa atau wanita lain yang memandu.
Sehingga berita ini ditulis, polis masih belum mendapat gambaran sebenar bagaimana kemalangan ini berlaku sehingga menyebabkan mangsa tercampak keluar.
Mangsa merupakan seorang wanita dipercayai berbangsa Cina berusia lingkungan 30han.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan pengecaman akan dilakukan oleh waris atau pemilik berdaftar kenderaan terbabit
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada nombor tertera.
03-60641223
Insp Amir Che Ya
Pegawai Penyiasat Trafik
IPD Hulu Selangor
*************************

Setelah proses pengecaman oleh waris mangsa pagi tadi di Hospital Kuala Kubu Baru, wanita malang terbabit di kenali sebagai:

Tan Mei Yen 23 tahun berasal dari Taman Kepong, Kuala Lumpur.

Tan bekerja di sebuah kedai telefon bimbit di ibunegara.

5 Comments

  1. on the scene's Gravatar on the scene
    23/03/2009    

    sebaliktabir- saya turut berada di lokasipun, pening jugak mikirkannya…

    nabilah- mmm..mcm tulah jika kita tengok secara lojiknya

    sreshaziela- betul tu. saya pun setuju. kerana byk laluan di hway plus terutamanya, tiada berlampu kecuali di kawasan hentian dan tol. sekurang2, pacaklah sebatang dalam jarak 100 m atau 200 m ke.
    ni takde langsung…
    bukan nak suruh terang benderang, tapi at least ada jugak nampak jalan dan apa yg kita nak rempuh tu…

    pil- mmm… ia akan jadi lebih bahaya jika kita sebenarnya dah dijadikan target oleh penjenayah atau kita memang ada org nak buat sesuatu pd kita…tapi kalu kita dah tau, senang pulak kan?…

  2. *pil.tahan.sakit*'s Gravatar *pil.tahan.sakit*
    20/03/2009    

    hish..mengerikan..
    mungkin bahaya juga bagi pemandu perempuan kalau bawa kereta tgh2 highway waktu malam mcm tu..

    tapi kes ini mcm ada unsur2 khianat atau balas dendam je.. hmm..

  3. sreSHAziela's Gravatar sreSHAziela
    20/03/2009    

    patut kena ade lampu jalan sepanjang lebuh raya.. tol dah di byr.. tp kemudahan so so je.. tu pon ade ati nak naik kan tol lagi.. camne lah tu?

  4. nabilah_2908's Gravatar nabilah_2908
    20/03/2009    

    mmg misteri tul kejadian nie..
    cm de unsur2 jenayah jer..myb.. :)

  5. sebaliktabir's Gravatar sebaliktabir
    20/03/2009    

    Sungguh misteri…….
    Tengah termenung berfikir sendiri.
    Ala-ala nak jadi PI juga la ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting