Kepala Pecah , Leher Hampir Putus- Kereta Rempuh Lori

KM 14.4, Lebuhraya Damansara Puchong
Kelana Jaya, Selangor
9 Sept 2010
3.30 pagi

Dari impak kemalangan, sah kereta ini dipandu amat laju.

Kesannya, bahagian sisi lori rabak, manakala bumbung kereta Proton Saga BLM ini pula tercabut.

Dan , pemandunya pula cedera parah – muka dan kepala pecah.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi di KM 14.4 Lebuhraya Damansara Puchong , di Kelana Jaya arah Damansara.

Difahamkan, sebelum ini, kereta terbabit bersama beberapa buah kereta dipercayai berlumba di lebuhraya ini.

Kereta ini kemudian gagal mengelak sebuah lori di hadapannya yang sedang bergerak menyebabkan kereta ini merempuh sisi kiri lori.

Akibatnya, bumbung kereta tercabut, sisi lori rabak dan kereta berpusing arah berlawanan.

Pemandunya maut di tempat kejadian dengan keadaan kepalanya hampir putus

Mangsa dikenali sebagai Poon Soon Wei, 22 tahun, dari Saujana Akasia, Sg Buloh, Petaling Jaya.

Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sepasukan anggota bomba dari balai Bomba dan penyelamat Damansara ,mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti malaya untuk bedah siasat.

Siasatan dilakukan di bawah Sesksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Ini merupakan kemalangan maut ke 5 sepanjang 6 hari Ops Sikap di Selangor.

Post Lain Yang Berkaitan

29 Comments

  • Pada 2010.09.09 06:45, eja escobart menulis:

    salam aidilfitri…

    isk iskk.. ngerinye tgk keadaan kereta tu.. sampai tercabut bumbung.. kenapa laa pendek pemikiran sampai nak berlumba dijalan raya.. kan dah menyusahkan banyak pihak… harap musim raya tahun ni statistik kemalangan kurang dari tahun2 yang sudah…
    eja escobart recently posted..salam aidilfitri

    • Pada 2010.09.09 08:32, USEZ menulis:

      pergh…dia memang laju…
      USEZ recently posted..JPJ Mahu Laksana Sistem Elektronik Pantau Kesalahan Lalu Lintas

      • Pada 2010.09.09 10:04, zezebel menulis:

        Bertambah lagi kkorban maut.., Hmmmm…. Kenapalah manusia tak pernah nak belajar.
        zezebel recently posted..Hari Raya Green Ang Pow

        • Pada 2010.09.09 11:25, xafee menulis:

          memang ngeri la…ngada2 race…bukan nasib baik la tapi kalau langgar orang naik moto macam mana?tak lagi ngeri?jalan dibina elok2 supaya selesa perjalanan diorang wat berlumba lak!

          • Pada 2010.09.09 12:04, aReaL menulis:

            Inilah Padahnya Apabila Mengambil Kesempatan Keatas Jalanraya Yang Lengang Semasa Musim Perayaan.. Pandu Cermat, Kepala Selamat…

            Anyway, Selamat Hari Raya Kepada Bro Ondscene Dan Semua Pembaca Blog Ini…
            aReaL recently posted..Ucapan Hari Raya Khas Dariku Buat Semua!!!

            • Pada 2010.09.09 14:08, Izad Amran menulis:

              Assalamualaikum Saudara serta sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

              Saya dan keluarga Mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI dengan ungkapan Maaf Zahir Batin Mohon maaf salah silap andai terkasar bahasa, bicara, dan perlakuan.

              Berhati-hati di jalan raya. Have a Safe journey!

              • Pada 2010.09.09 14:54, Adi menulis:

                takziah kepada keluarga mangsa.
                Adi recently posted..Menukar permalink di bloggercom dengan Slug Helper

                • Pada 2010.09.09 18:21, Exo menulis:

                  Sorry to say, tapi kalau orang macam ni, yang suka berlumba2 dekat Highway, memang tak perlu diberi simpati, sebab mereka ni bodoh dan membahayakan orang lain.

                  • Pada 2010.09.10 00:11, P32 menulis:

                    hmm kalau x berhati2 kete ape pon tentu maut.. tgok gambar pon dah tau kete saga ni ada airbag.. tp kalau dah laju dan x berhati2, hasil nye sama saja.. MAUT!

                    • Pada 2010.09.10 02:05, tangkis5 menulis:

                      Hermm.. elok la gak d pegi dari dunia ni.. yea la dh eksiden teruk2 mcm tu kalau hidup lagi mmg nyusahkan orang je kalau hidup lagi… xkira yang bawa tu bangsa apa pun.. yg salah tetap salah…

                      • Pada 2010.09.10 03:33, Tany menulis:

                        setuju. mmg tak patut pun rasa simpati.. mereka tau mereka tu membahayakan diri sendiri dan org lain, tapi degil kan. hah, terima lah padahnya. LDP ni seram kalau lalu mlm2, yelah, jalan straight je, mmg best bawak2 laju2 atau berlumba. bahaya giler.eee ngerinye.. patut tunjuk je gambar impact mangsa, biar yg terasa nak berlumba tu tau apa yg boleh berlaku kpd diri mereka. guys yg muda2 ni suka berlagak gila.

                        • Pada 2010.09.10 04:09, paskal menulis:

                          salam
                          saya cadangkan bakal2 pemandu diwajibkan menghadiri satu kelas dimana dalam kelas tu akan ditayangkan gambar2 kemalangan ngeri. wajib ambil paling kurang 8jam. supaya mereka sedar dan ingat bahawa kemalangan ni bukan sesuatu yang boleh dibuat main2.

                          kalo diikutkan silibus kelas belajar memandu sekarang memang kurang berkesan.. hasilnya macam kat atas tu lah..

                          sekadar 20sen dari saya

                          • Pada 2010.09.16 08:17, 525i menulis:

                            setuju sangat… tapi disebabkan rasuah yang berleluasa dikalangan penguatkuasa jpj dan sekolah memandu, mungkin ada yang tidak perlu lalu tu semua…. adakah anda setuju?

                          • Pada 2010.09.10 14:33, namewaa menulis:

                            budak2 baru nak nak kenal idup rupenye. die ingat enjin 1.3 da cukup kuat gaknye. aku pakai cc besa tp drive responsibly n folo peraturan.. nak idup lame katekan. so pliz be careful atas jalan raya ok!

                            • Pada 2010.09.11 01:53, wak kordi menulis:

                              tu la sape suruh berlumba. no takziah from me but tahniah lagi ade la. kurang sekor terrorist jalan raya. naseb baik dia yang KO bukan orang lain. maaf komen yg kasar tapi saya memang cukup sakit hati dengan pengganas-pengganas jalan raya ni.

                              • Pada 2010.09.11 04:45, nazri menulis:

                                alamak dekat dgn tmpt keje aku la plk..
                                ni dekat bgnan kastam ke kejadian dia??
                                takziah kepada keluarga mangsa..

                                • Pada 2010.09.12 02:18, adinda menulis:

                                  memang sorry to say…tkyah simpati…sebb pernah tgk depan mata main lumba2….istighfar panjang adinda…tu yang belum cilok2 tk bg signal..adeeh..salam lebaran semua….adinda di johor, esok balik kl nk mulakan tugas hari selasa….doakan selamat sampai yee

                                  • Pada 2010.09.13 14:00, Hamba Allah menulis:

                                    hahaha kereta ciptaan yahudi….kalau kereta x dicipta:
                                    1. xde la org mati katak
                                    2. xde la buang duit buat highway
                                    3. xde la kena bayar tol…
                                    4. xde la trafik jem….

                                    sbb tu zaman nabi dulu x dicipta benda2 bodoh mcm ni…jgn la bagi alasan nk memudahkan/cepatkan perjalanan kita..

                                    • Pada 2010.09.13 16:24, warganegara menulis:

                                      Macam ni punya pemikiran pun ada. Dah tu awak nak suruh kita semua naik apa? Unta?

                                      Kapal terbang pun Yahudi cipta jugak. Berjuta umat Islam dapat ke Mekah dengan lebih cepat

                                      • Pada 2010.09.14 08:59, Kakitangan Universiti menulis:

                                        Apalah yang Hamba Allah ni komen.. Lain kali, komen ikut akal fikiran yg waras, jgn dok redah je. Kalau kete ciptaan yahudi, komputer, internet dan yg seangkatan dengannya ciptaan yahudi jugak rasanya.. Still jugak awak guna… Setiap sesuatu itu dicipta untuk kebaikan, hanya manusia yang kurang menggunakan akal sahaja akan salah gunakan kemudahan tersebut.

                                        • Pada 2010.09.15 08:35, 525i menulis:

                                          hahahaha…pemikiran yang kolot sungguh! kalau takde kete, nak naik ape? naik kete lembu? import unta dari arab? kalau dok kl nak balik jb, camne? berhari la nak sampai… apa punya pemikiran… kolot sungguh

                                        • Pada 2010.09.14 01:41, Weng menulis:

                                          Kemalangan ni berlaku depan rumah aku. Selamat eksiden kt atas highway. Kalo tercampak pulak dalam padang PKNS mau tak nye lagi teruk. Memang kuat impaknye. Bole dgr dari rumah aku semasa kejadian. Pukul 12 pagi & keatas memang banyak kereta race kt LDP ni. Dari lepas Western Digital smpai la ke Tol bandar sri damansara memang jalan lurus & seronok untuk test kekuatan kereta.Kepada pembaca on-d-scene & pengguna LDP hati2 ketika melalui highway LDP ni pada waktu lewat malam. Kemalangan dh banyak berlaku di tempat kejadian ni. Aku dh duduk kt kawasan ni dh 22 tahun sebelum LDP ni dibina lagi. Yang penting baca doa naik kenderaan. Kalo kita ingat kt yg maha esa, insyaallah kita akan selamat. Kalo dh ajal tu lain cerita la. Beringat2 la bawak kenderaan ni. Selamat Hari Raya kepada semua pembaca.

                                          • Pada 2010.09.16 14:35, Zul menulis:

                                            Sorry to say, bgus pn samdol ni mati alone..pengganas jln raya ni la yg slalu ble wt org yg xbslah or ahli kuarga kita maut di jln raya..menyusahkan org..

                                            Ape ko dpt bila race haram kt jln raya? grand prize RM5000? mati terhina adalah..wei kaki2 racer, xfaham2 lg ke? keta digunakan di jalan raya utk bergerak..kalo nk berlumba p la litar..nasib baik kapio..

                                            Kpd mamat keta racer islam 2..insaflah..drpd ko mati sadis cmni, lebih baik ko mati jihad..ade gak paedah..jgn nk turutkan darah muda n hati panas je..

                                            lu igt mati kepala ptus, pecah mata otak terburai family u sanggup tgk? diorg kalo tgk lg meruntun jiwa..at least matila dlm keadaan yg sempurna..mmgla la kita xble tentukan takdir mcmmana kita mati..tp kita kna berusaha jadikan takdir 2 lbih sempurna..insyallah kalo kita berhati2 tuhan akan mengadilkan cara kematian kita..bersikap adil la pada manusia lain dan dri sendri..jgn menzalimi dri sndri cmni apatah zalimi org lain..

                                            Kepada pengguna jln raya yg sgt berhemat, beware of this kind of penggnas jalan raya..diorg ni ble menyusahkan org lain..bca doa kenderaan minta perlindungan dari Allah..

                                            • Pada 2010.09.16 15:16, TT menulis:

                                              Asal usul ciptaan teknologi dlm dunia ni xkira keta, kapal terbang sumenya dtg dr ilmuan islam..yahudi yg curi ilmu2 ni dlu..diorg ciptala keta gila babi laju hebat ke, pling safe ke..tp kalo pegangan agama sebenar xkuat jd cmnila..

                                              Imanla jwpn kepada segala-galanye yg kita cari selama ini..kalo sume manusia ble pandu kenderaan dlm keadaan beriman, pasti xkan ada kemalangan disebabkan kecuaian..

                                              Dalam doa naik kenderaan pn mmpunyai maksud yg sangat jelas dan tersirat..maksudnye: “Ya Allah, sesungguhnya kepada Mu la aku menguasai kenderaan ini, sedangkan aku tidak pernah dpt mengusainya sebelum ini..”

                                              Maksudnya disini kita xda hak pun nk race2 kt jln raya..tuhan dh bg ilmu kpd manusia utk cipta keta, xkira la keta yg ble p 300km sejam sekali pn enjin roket sekalipun, tp kita xda hak nk menguasainye sesuka hati..hak kita yg diizinkan oleh Allah hanyala gunakan ia untuk memudahkan urusan sesama manusia..

                                              Tp org kapio cipta keta bukan sahaja utk urusan sesama manusia, utk race di litar2..dijadikan sukan bermotor..dlm filem n game pn ada need for speed race kt jalan raya awam..nila akibatnye org tpengaruh race haram di jalan raya..

                                              Manusia baru tuhan bagi skit menguasai sesuatu tp tamak nk belebih2han..cipta keta berlebih2han, tekan pedal minyak berlebih2han..nilah padahnye…sdarla sume jgn berlebih2han..

                                              Dan apbila ko berlebih2 sgt tekan pedal, sombong bongkak, ego, darah muda, hati panas nk race, tuhan murka, nila contoh balasannye…Dan yg masih idup ni kalo xsdar2 gak xtaula…..

                                              • Pada 2010.09.16 20:41, Cikgoo J menulis:

                                                Kejadian ini mengingatkan saya kepada satu iklan di tv dulu. Secanggih mana alat keselamatan airbag ka, safety belt ka, kalau dah terlampau laju pun boleh mengancam bahaya. Contoh seperti Lady D. Naik Mercedes canggihpun, bila dah terlampau laju pun mengorbankan nyawa mendiang.

                                                Jangan sampai satu hari nanti Kerajaan Malaysia mewajibkan semua pemandu serta penumpang kereta memakai topi keledar..

                                                • Pada 2010.09.18 19:03, mrnamie menulis:

                                                  hadoi… kenapa la tak berlumba di tempat yang sewajarnya… :(
                                                  mrnamie recently posted..Polis dilanggar remaja 15 tahun

                                                  • Pada 2010.09.27 10:57, it's me menulis:

                                                    huh?? lori selenggara LDP ke tu?? hehehehe

                                                    • Pada 2010.09.27 17:32, StupidDEsign menulis:

                                                      Aiyo,this shows that Saga is just a stupid car made of aluminium foil.Pls dont for the sake of making $$$ sell cheap cars that endanger the lives of human beings.

                                                      Look at how easily the saga crumbled.

                                                      • Pada 2010.09.29 14:18, pedukang menulis:

                                                        blardy stupid comment. shut your cunt.

                                                      You must be logged in to post a comment.