Reality in Real Life

Kerana Ikan …Remaja Mati Lemas

Bukit Beruntung
Hulu Selangor
10 Mei, 2012
8 pagi
 

Nama mangsa : Mohd Rizal Noor Azlee, 18 tahun

Kisah dipaparkan ini, begitu tragis malah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila anak yang diperantauan, mencari rezki, pergi buat selama-lamanya.

Kemiskinan keluarga mendorong 2 beradik ini merantau untuk mencari rezki, yang kemudiannya mereka mendapat pekerjaan di sebuah restoran di Bukit Sentosa.

“Kami tinggal di Kampung Ulu Seputeh, Kuala Ketil, Kedah. Mak ayah kerja sebagai penoreh getah dan perlu menyara lapan adik yang masih kecil”, menurut abang mangsa, Mohd Rohaimi Noor Azlee, 19 tahun.

“Saya bimbang mak ayah sedih bila dapat tahu kejadian ini dan tidak mahu mereka susah datang ke sini.”

Itu suasana di waktu pagi kira-kira jam 9 pagi , ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dilakukan.

Pada mulanya, kira-kira jam 2 pagi, kumpulan 6 sekawan ini pergi ke kawasan takungan air ini yang terletak hanya kira-kira 300 meter dari Plaza Tol Bukit Beruntung.

2 dari mereka adalah adik-beradik – Mohd Rohaimi, 19 dan adiknya Mohd Rizal, 18 tahun.

Mereka bercadang untuk menangguk ikan di sini yang sememangnya banyak selepas habis bekerja di sebuah restoran di Bukit Sentosa – dan pertama kali datang ke lokasi ini.

Sedang asyik menangkap ikan, kira-kira jam 4.30 pagi , Mohd Rohaimi kemudian mengarahkan adiknya supaya naik ke darat untuk pulang .

Namun, adiknya  masih mahu meneruskan mencari ikan sebelum tiba-tiba hilang.

“Saya  pesan padanya supaya naik dan menoleh seketika ke arah rakan lain, tapi apabila saya menoleh semula ke arahnya dia sudah hilang.”

“Mulanya ingat dia main-main, jadi kami panggil berulang kali, tapi dia tidak timbul,” katanya.

Dia segera memanggil 3 rakan lain yang berada di dalam air  terbabit untuk mencari adiknya.

“Jan.. Kau jangan main-main, ini bukan tempat masa nak bergurau,” katanya sambil memanggil-manggil nama adiknya.

Mereka kemudian berusaha mencari mangsa di sekitar tempat dipercayai tenggelam namun tidak berhasil.

“Saya dan seorang rakan menunggu di atas sementara adik dan tiga rakan lain sedang menggagau ikan.”

Putus asa dengan kegagalan itu,  mereka segera menghubungi polis.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru tiba dan melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Mereka turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Kuala Kubu Bahru.

Lokasi ini terletak di dalam kawasan tapak pembinaan sebuah kolej perubatan.

Setelah keterangan diambil, anggota penyelamat percaya, mangsa tidak dihanyutkan oleh air kerana air ini merupakan air yang bertakung.

Keputusan kemudian diambil dengan dibantu sebuah jentera pengaut di tapak binaan untuk menyekat kemasukan air dengan membuat ban di kiri dan kanan kawasan terlibat.

Usaha mencari menjadi agak sukar kerana walaupun air cetek tetapi ia adalah kawasan berlumpur.

Setelah usaha gagal, menjelang tengahari, keputusan diambil untuk menyedut keluar air dari takungan ini.

Mereka yang terlibat dalam pembinaan di kawasan ini juga dipanggil bagi mengenalpasti struktur pembinaan di kawasan ini.

Akhirnya, mereka menemui kesimpulan, bahawa kawasan ini bersambung aliran air dari arah laluan bertentangan melalui binaan kolong bawah tanah.

Mangsa dipercayai tergelincir dan terus ‘disedut’ masuk ke dalam kolong terbabit.

Usaha mengepam keluar air dilakukan selama kira-kira 4 jam secara berterusan.

Mangsa masih gagal ditemui.

Pelbagai teori dan pendapat diutarakan mengenai kejadian ini kerana dengan kawasan yang kecil, cetek dan air tidak mengalir, mangsa masih gagal ditemui.

Di masa sama, anggota skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menyelam bagi mengenalpasti struktur sebenar di dalam air.

Struktur sebenar kawasan ini akhirnya jelas setelah air berjaya dipam keluar.

Mangsa dipercayai telah lemas setelah ‘termasuk’ di bawah kolong ini.

Setelah air mula surut, satu pasukan penyelamat lagi, masuk ke dalam kolong di laluan jalanraya bertentangan yang bersambung dengan takungan air ini.

Dan tepat jam 5 petang, Mohd Rizal disahkan telah meninggal dunia – dengan mayatnya ditemui tersangkut di dalam kolong air ini oleh pasukan penyelamat.

Dan ketika inilah, Mohd Rohaimi baru dapat menerima hakikat yang adiknya telah pergi buat selama-lamanya…

Mayat dihantar ke Hospital KKB untuk bedah siasat.

(Mayat ditemui hanya kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang) 

 

6 Comments

  1. kaseh awal's Gravatar kaseh awal
    09/08/2012    

    mmg tmpt ni i mcm betakung je,tp pelik slalu org dtg memancing..rupanya ada kalbok yg ubugkan ikan2 itu.alfatihah utk arwah

  2. 14/05/2012    

    Bahaya betul tempat macam ni.
    Nampak je air cetek tapi tak tersangka ada lubang.
    kisah ini patut disiarkan di akhbar2 supaya orang ramai berhati-hati kalau nank menagkap ikan seperti tempat macam ni.

  3. 11/05/2012    

    Sedihnya – kalau ikut teori awal, mmg susah nak jangka ke mana hilangnya Mohd Rizal. Syukur juga pasukan penyelamat tidak menyerah kalah dan tanpa jemu tetap berusaha sehingga menemui jawapan.

    Takziah untuk keluarga mangsa dan Al Fatihah kepada arwah Mohd Rizal

  4. 11/05/2012    

    takziah..
    kepada mohd Rohaimi semoga lebih cekal dengan dugaan ini..

  5. 11/05/2012    

    Assalamualaikum,
    DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.

    Patutnya mereka sedang belajar di kolej, bukan cari rezeki bantu keluarga, namun tak semua orang beruntung boleh sambung belajar. Pengorbanan mereka sangat besar…moga2 abang lebih tabah keseorangan bantu keluarga

  6. 11/05/2012    

    semoga abang mangsa tabah utk terus mencari rezki di sini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting