Kereta Baru Beli -Hangus Terbakar

Jalan Lingkaran Tengah 2
arah Hulu Klang
berhampiran susur ke Jalan Ampang
25 Jun 2009
7-30 malam
.
Malang sungguh bagi pemilik kereta ini…
Dia hanya sempat ‘melaram’ dengan kereta yang baru dibelinya ini hanya beberapa jam, sebelum ianya hangus terbakar.
Kereta Honda Accord ini baru sahaja dibeli dan di ambil dari sebuah syarikat kereta di Selaytang 11 pagi tadi.
Harganya kira-kira RM100 ribu.
.
Lim Peck Ann, 30 tahun, seorang pengusaha kedai papan iklan, akhirnya terpaksa berputih mata setelah berjaya menyelamatkan dirinya dari turut hangus.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7-30 malam di Jalan Lingkaran Tengah 2 arah Hulu Klang berhampiran susur Jalan Ampang.
Lim dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Melati setelah selesai urusan perniagaan di Klang.
.
Ketika kejadian, dia sedang memandu di laluan paling kanan.
Setibanya di tempat kejadian, Lim ternampak asap keluar dari bahagian enjin kereta.
Bimbang kejadian buruk berlaku, Lim terpaksa memberhentikan keretanya dan segera keluar.
Sebaik keluar, api mula keluar dari bahagian enjin dan terus membakar hampir keselruhan keretanya.
Orangramai tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat.
Bagaimanapun, sebuah van yang kebetulan melalui jalan ini, bertindak berhenti untuk membantu memadamkan kebakaran.
.
Van ini membawa alat pemadam api.
Pemandu dan kelindan van sedaya upaya cuba memadamkan kebakaran, tetapi gagal.
Kira-kira 10 tabung pemadam api digunakan.
(Tak tahulah macamana kedua-duanya nak menjawab dengan towkey mereka sebab dah gunakan tabung tu…!!! Harap mereka tak perlu ganti. Paling tidak, RM500 jugak tu kena ganti sebab ada tabung tu turut hangus terbakar!!!).
Anggota bomba dari Balai Pandan Indah yang tiba kira-kira 10 minit kemudian, akhirnya berjaya memadamkan kebakaran.
Menurut Lim, hatinya amat-amat sakit mengenangkan kereta itu baru sahaja diambil pada paginya…
Tapi yang penting, katanya, dia terselamat…

Post Lain Yang Berkaitan

20 Comments

  • Pada 2009.06.26 08:32, Faizal Rahman menulis:

    Time kejadian ni berlaku aku lalu sebelah kete ni, tp time tu api dah padam dah. pelik jer, x dan nk snap gambar

    • Pada 2009.06.26 09:27, mediamalaya menulis:

      baru beli dah terbakar, ni kalau Honda tak bagi kereta free kat dia balik ni, boleh saman ni.. malfunction dalam engine bukan salah pembeli.. takkan baru beli pembeli dah ubahsuai pulak kan

      • Pada 2009.06.26 10:01, h4ni3 menulis:

        Kes macam ni, boleh claim balik ker dengan syarikat pengeluar kereta yer?
        takutnya.. nasib baik driver sempat lari
        kalau jadi kat saya, hat saya juga amat-amat sakit.. grrr..

        • Pada 2009.06.26 14:23, lol menulis:

          rugi betul macam mana la boleh terbakar baru lepas beli.

          Kesian jugak orang van yang "sedekah" pemadam api tu sekali.

          • Pada 2009.06.26 15:14, jawa peranakan menulis:

            lorong paling kanan? laju tu..
            kereta baru mana boleh bawak laju2 lagi..

            • Pada 2009.06.26 15:30, Anonymous menulis:

              ni kereta baru beli dari used car kot..

              • Pada 2009.06.26 15:40, SoReNsEn menulis:

                hmm.. mmg ada something wrong kot kete tu.. bleh claim insurance hehe..

                • Pada 2009.06.26 17:52, darkanbil menulis:

                  aku rasa keta ni used car kot…pasal Honda Accord model ni mana ada jual lagi dah.. skrg ni dah keluar Accord model baru.tapi x tau la plak kalu stok lama…hehe

                  *bekas pekerja Honda Dealer

                  • Pada 2009.06.26 19:07, jawa peranakan menulis:

                    tak jadi la gua nak beli honda accord..

                    beli honda cup dah la..

                    • Pada 2009.06.26 19:29, perlukamu menulis:

                      can someone tell me,wat r da factors yg bley wt kete t'bkr?

                      • Pada 2009.06.26 19:44, Anonymous menulis:

                        Mengikut pengalaman saya sebagai seorang mekanik, selalunya punca kebakaran disebabkan oleh masalah pendawaian atau wiring. Kabel wayar bergesel dengan chassis kereta menyebabkan wayar tu luka dan bersentuhan dengan chassis kereta tu. Apabila tersentuh, akan mengakibatkan wayar tu jadi panas dan mencairkan penebat wayar tu. Bila keseluruhan wayar tu cair, akan menyebabkan terjadinya api kecil dan seterusnya menjadi besar dan terus membakar kereta tu.
                        Satu lagi punca, wayar starter tersentuh dengan paip ekzos kerana kedudukan starter berada dekat dengan ekzos manifold.

                        • Pada 2009.06.27 05:56, yan menulis:

                          uhhh… kalau keta proton yg kena… dah lama kena bambuuu…. nie kereta honda…

                          • Pada 2009.06.28 04:12, ondscene menulis:

                            faizal- masa tu aku dah beredar dari lokasi. nasib masa tgh terbakar, takde letupan, kalu tak, lagi haru jadinya.

                            mediamalaya- mamat tu punya angin, ntahle, bole saman mcm2 ni…

                            hani3 – biasanya dapat , tapi memang menyusahkan la. ye, nasib sempat keluar. buatnya semua sistem tiba-tiba jem, pintu tak boleh buka, cewrmin tak boleh turun, rentung dgn kita dan kereta tu la jawabnya.

                            lol- niat mereka tu baik nak menolong, tapi apakan daya, api tu memang amat cepat merebak. dia pulak gunakan barang company. maybe owner kereta boleh bayar gantirugi kpd dua org tu, walaupun gagal selamatnkan kereta dia.

                            jawa – time ni, kat area ni memang tak dapat nak lajupun sebab memang sesak mana-mana lanepun.

                            anon – tak sempat nak tanya, tapi nama kedai dan lokasi kedai tu,ada diberitahu. rasa, used-car baru ambik. plet tu bukan plet semasa.

                            sorensen – memang saper2pun akan terkedu kalu jadi mcm ni. dan, urusan nak dapat balik rasanya bukan semudah yg dijangka. mcm2 hal kena buat.

                            • Pada 2009.06.28 04:18, ondscene menulis:

                              darkanbil – aku rasa mungkin la. lagipun aku tak pernah guna honda samada kereta atau cub.

                              jawa- itu org panggil honda cabriolet @ honda takde bumbung…

                              perlukamu- biasanya akibat masalah pendawaian/wiring.

                              anon- tq mr mekanik. penerangan anda perlu diambil kira oleh semua pengguna. memang itu selalunya berlaku. tetapi, mengapakah dlm kebanykan kes, selalunya masalah wiring n terbakar, berlaku pd kereta continental /europe/US, dan jarang pd kereta buatan Jepun/Asia.

                              yan – al kisahnya, begitulah adanya…

                              • Pada 2009.06.28 05:35, Azlan Mahmud menulis:

                                Ni beli dari secondhand punya kedai, baca Harian Metro

                                • Pada 2009.06.28 06:36, medansara menulis:

                                  azlan, dan lain-lain pembaca, sebenarnya, untuk makluman, apa yg anda tgk di metro ka, sinar ka, atau kdg2 paper lain,paper ciina, tamil dan fotonya sama kat dlm ni, abg ondscene ni lah yg bagi kat dia org, dgn beritanya sekali.
                                  aku pernah sembang dgn ondscene beberapa bulan lalu, dia kata, kalau dia kat luar negeri, kayo dah dia ni, dgn jual berita dan gambar je. tp, dia sebenarnya 1 sen pun tak pernah mintak bila bagi foto2 tu kat dia org. dan kebanykan kes, hanya dia sorang shj yg ada di lokasi atau sempat sampai di lokasi, dan sebab tu byk berita yg dia buat, adalah eksklusif. kalau dia tak sempat sampai atau tak dpt info, takdelah berita tu diketahui oleh saper2, dan ditambah dgn baik hatinya dia bagi foto2 tu kat paper lain utk disiarkan.

                                  jadi, apa yg korang baca di paper, adalah setelah ditambah info oleh reporter paper tersebut setelah mendapat ringkasan berita dan foto dari ondscene.

                                  ondscene ni, masa aku bersembang, dlm sejam, tak kurang 20 call masuk kat hp dia, macam2 masalah, kes, atau info dtg kat dia. aku sendiri tak paham, mcmana dia boleh dpt info2 tu semua.

                                  dia pernah kata, dia tak larat dah nak buat semua ni. dia nak berehat, tapi bila nak berehat je, mesti ada kes…

                                  (bang, bila nak pekena kaki ayam lagi bro…!!!)

                                  • Pada 2009.06.30 09:55, ondscene menulis:

                                    medansara- hahah…!!kaki ayam…dulu aku tak tau tempat tu. tapi, bila dah selalu disebut2 oleh bro2 dari polis trafik, maka aku gi kat tempat tu. memang seperiuk pun tak cukup ratah kari kaki ayam…!!!

                                    • Pada 2009.08.24 16:38, Anonymous menulis:

                                      secondhand pun sampai 100 k ka? mahainyer

                                      • Pada 2011.02.07 16:54, Wak Kaerto menulis:

                                        Kereta Honda Accord model lama tu – second-hand dah…
                                        Mungkin tak diselenggara dengan baik – fuel cable bocor, minyak enjin dah kering, bateri rosak atau air penyejuk dah kering, itu pasal terbakar…Macam2 kalau kereta dah orang dulu dah pakai…
                                        Inilah masalah kalau beli kereta second-hand…Mahal pulak tu rega dia!

                                        • Pada 2011.02.18 15:09, onn chai menulis:

                                          kereta ni beli kat selayang auto city,kedai ke dua pintu masuk utama

                                          You must be logged in to post a comment.