KM 35.5
Lebuhraya Karak, arah KL
Gombak Selangor
19 Nov 2010
foto-foto dan butiran lanjut menyusul.
Polis mengalami kesukaran mengesan pemilik kereta apabila ia ditemui dalam keadaan terbalik dan terbenam hampir separuh di dalam lumpur.
Semua 6 bahagian cerminnya telah tiada (pecah ?) , bahagian enjin tenggelam di dalam lumpur malah nombor pendaftaran juga telah tiada.
Tiada sebarang petanda yang ditemui bagi mengesan pemiliknya, kecuali kereta terbabit diangkat dan dilakukan pemeriksaan teliti.
Di masa sama, kebimbangan samada adakah mangsa dalam kes itu terpaksa didahulukan dengan melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Anjing dari Unit K-9 PDRM turut menyusuri sehingga atas bukit di mana laluan lama Bentong-Gombak dipercayai kereta ini terjatuh.
Dan akhirnya, menjelang tengahari, disahkan tiada mangsa terbabit dalam kes ini setelah pencarian dari malam tadi, tidak menemui sebarang petanda.
Kereta ini difahamkan dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 21 Oktober lalu di Sg Besi, Kuala Lumpur.
(Bagaimanapun, laporan penuh dan pengesahan hanya akan diketahui setelah pemeriksaan lanjut dilakukan pada kereta ini)
Ia jenis Kia Optima.
Kerja-kerja untuk mengangkat kereta ini ke atas lebuhraya , menggunakan dua buah kembalik.
Dan, kenderaan dari arah Pantai Timur untuk ke Kuala Lumpur terpaksa melalui hanya satu lorong lebuhraya, menyebabkan kesesakan lebih 5 kilometer sehingga Bukit Tinggi Pahang.
Laluan kontra juga terpaksa dibuka pada laluan arah Timur untuk kenderaan ke Kuala Lumpur.

Sistem hidrolik kembalik ini tiba-tiba mengalami kerosakan - minyak hidrolik bosor dan mengalir di atas jalan. Ini menyebabkan kereta dalam keadaan tergantung di pertengahan jalan apabila sistem terhenti tiba-tibaSistem hidrolik kembalik ini tiba-tiba mengalami kerosakan - minyak hidrolik bocor dan mengalir di atas jalan. Ini menyebabkan kereta dalam keadaan tergantung di pertengahan jalan apabila sistem terhenti tiba-tiba
Bagaimanapun, usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya .
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.
Ketika itu, kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Ketika kembalik kedua membantu, ia turt menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.
Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di’semadikan’ semula di bawah jambatan tersebut…

















ada ang dah duduk dalam tu kot..tu yang rosak..hihihi..sekadar bergurau..
ang == hantu
mungkin jugak kot…mcm2 masalah timbul je….
hantu tu..rumah dia..dia jgn kaco.hahaah
baguslaaa kalau xde mangsa… bukan ape..kalau dah lama sangat eksiden, rasa mcm xsanggup je nak tau kondisi mangsa kan….
kereta curi yg dilupuskan?
teori :
1. kereta curik yg dilupuskan mcm kata anon 2010.11.1922:46
2. tak larat bayar hutang, pura2 kereta hilang lupuskan pastu claim insuren..
3. none above.. XD
saya setuju dengan teori anda…mungkin kerete ini dicuri dan cuba dilupuskan..pasal tembok takde tanda2 pecah pon….
point saja nak claim insuran tu memang biasa dilakukan…. tanya sahaja agent2 general insurans yang siasat beribu2 kes mcm ni…:P
Dato’ Bendahara Buta Sejarah?
banyak spekulasi boleh timbul ni , boleh buat filem
1. cerita jenayah
2. cerita seram
boleh target 44 juta :p
masuk je dalam Misteri Nusantara…tunggu kat sana malam2. kot la nak jumpa orang ke cik han ke…macam2 boleh jadi tu…
pergh. walaupun kren tu mampu angkat kereta tu , yang tengok gambar kat sini pun jadi risau
salam, rasa x sabar menunggu cerita ini setel….misteri benor keter nih.
Salam…
kesian kereta tu…
Bile tengok balik gambar-gambar yang ade kat sini, rase seram sejuk pun ade… Dengan ketinggian dia, memang menyeramkan..
Ya lah, bila kita lalu kawasan ni, tak pernah terbayang kenderaan boleh terjunam sampai ke tahap macam ni.. Tawakal aje lah bila kita melalui jalan macam mana pun, moga kita selamat hendaknya..
Dan mengenai kes ni, moga dapat diselesaikan secepat mungkin…
Biarlah misteri ini dapat dirungkai dengan seberapa segera…
klu kenderaan jatuh kat situ dari arah mana? sbb takde tembok yg pecah pun?
Abang Syam,kembalik tu ape ek?
kembalik tu kenderaan berat yang kejenyer menarik kenderaan yang lain.
Salam, saya dari Kelantan ade melalui highway Karak nie pada 19/11/2010 sekitar jam 1400. Jalan jem start masuk terowong Karak lagi. Pelbagai spekulasi bermain fikiran. Pada mulanya terfikir roadblock polis, tapi tak mungkin polis nak buat roadblock di highway. Then terfikir jem sebab orang balik dari bercuti hari raya haji, tapi tak mungkin coz KL dan Lembah Kelang tak cuti hari Khamis & Jumaat (Kelantan cuti Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu). Last sekali saya fikir mungkin kemalangan jalanraya. Selepas 2 jam, baru saya ketahui punca jem. 2 lorong di tutup dan satu sahaja dibuka, terdapat kembalik melintangi jalan dan skuad K9 PDRM. So kalau ade skuad K9 nie biasenye ade unsur2 jenayah. Last-last saya ambil beberapa keping gambar sebagai memori. Then teringat blog ondscene nie, mane tau bleh saya bg info sedikit sekiranya tiada post berita kejadian di Karak nie..hehehhe..
To admin: ade beberapa keping gambar yang saya sempat snap, jika berkenan, email la ke saya ek…hehehehe
semalam 21/11/2010, jem teruk juga area karak…lepas tol karak, tengok sebijik wira tersadai tepi jalan dengan kesan belakangnya remuk..
sedang memandu arah kl, tetiba dari arah belakng ada sekumpulan “Mat Bodoh” yang menungang RXZ berlumba di tengah jalan..2 biji depan dengan laju sambil superman diikuti dengan beberpa biji motor lagik…memang laju..terdetik di hati saya, mencari maut budak2 bodoh ni.. memang benar,,tak lama kemudian, lebih kurang 10 minit,jalan jem lagi…
kelihatan di tengah jalan, RXZ dan penunggangnya tertiarap di tengah jalan…penunggangnya saya lihat tidak bergerak..tak tau lah sama masi hidup atau sudah mati..motor tersebut telah menghentam belakang sebijik Honda EK kalau tak silap.
saya tak sempat nak amik gambar..drive sensorang..kumpulan “Mat Bodoh” yang ramai2 tadi hilang ntah ke mana..saya lihat ada seorang berenti jauh di depan dan kemudian terus memecut menghilangkan diri..
begitula nasib salah sorang “Mat Bodoh” ini…masa bersukaria berlumba, ramai kawan2..bila terlentang kaku di atas jalan, semua lari..memang tak reti serik kumpulan “Mat Bodoh” ini..
Saya sarankan janganlah kita menyebut mereka ini dengan panggilan ” Mat Rempit” sebab mereka berbangga sebenarnya dengan gelaran itu..lebih sesuai dipanggil ” Mat Bodoh” sebab mencari maut dan mnyusahkan orang lain..mujurlah kes tadi, ambulan segera tiba..mungkin yng standby di kawasan tsb.
maaf saya bawa kisah lain..sebab berlaku di kawasan yang sama, saya selitkan sedikit.
betul tu aku sokong.Idup Mat Bodoh..bodoh punye mat rempit..
baik la aku nek sekuter.
salam…
2 kembalik leh rosak
M I S T E R IIIiiii
kesian anjing unit k-9 tu… penat hidu tanah xde mayat..
tu klau sakit sape nk ganti.. bukan murah sekor.. bole beli inspira sbijik.. :p
mahal ngat..perghhh!!!
setuju dengan siapatau
Cuba korang tengok disebalik pokok 2,…. korang nampak tak, apa yang ak nampak.
Menda yang ko nampak.
tapi macam misteri je yang benda angkat kereta tu 2-2 rosak.
seram!
misteri sungguh kete ni. tetiba je kembalik tu leh rosak. dah lah dua2 rosak tu.
Hbs mcm mana kete tu leh jatuh ek?????? ni mesti ada org yg buang kete tu kat c tu.
Harap misteri ni terjawab