Reality in Real Life

Kereta Ubah Haluan – 3 Penunggang Nyaris Maut

IMG_20140704_152632
Taman Wahyu
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
4 Julai 2014
3.10 petang
 

Nama : Sjn Shahrul Nizam , Mindef, Kuala Lumpur

IMG_20140704_151000

Memandu dari Jalan Kucing terus memasuki Jalan Ipoh di Taman Wahyu arah bulatan Caves, di sebelah kanan seberang jalan, pada jarak kira-kira 200 meter, sesuatu mengejutkan berlaku – terlihat seorang penunggang melambung tercampak ke atas jalan.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan serta-merta kedua-dua laluan menjadi sesak, dan kelihatan beberapa orang berlari untuk membantu mangsa.

IMG_20140704_153254

Saya mengambil keputusan untuk membuat pusingan di Bulatan Batu Caves untuk menuju ke lokasi dan tiba kira-kira 15 minit kemudian kerana kesesakan teruk.

Dalam perjalanan ke lokasi, saya menelefon rakan dari Jabatan Pertahanan Awam untuk bantuan ambulan dan ITIS DBKL untuk menyalurkan segera maklumat ke Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur.

IMG_20140704_153407

Dalam kejadian ini, menurut ramai saksi dan mangsa sendiri, kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi tiba-tiba mengubah haluan dari kanan ke kiri menyebabkan 3 buah motosikal merempuh Myvi terbabit.

Seorang dari mangsa, Sarjan Shahrul Nizam (maaf, nama penuh saya tidak dapat kerana bertanya ketika mangsa dalam kesakitan), cedera parah – kaki dan tangannya dipercayai patah dan luka di mulut.

IMG_20140704_153458

2 lagi penunggang cedera ringan.

Dan secara kebetulan, 2 anggota Jabatan Pertahanan Awam Sentul melalui lokasi dan segera memberikan rawatan awal kepada mangsa.

IMG_20140704_154433

Dalam tempoh itu, beberapa orang awam merungut kerana ambulan masih belum tiba – menjadikan saya terpaksa masuk campur.

“Ambulan tak boleh terbang, dan apabila panggilan dibuat, ambulan bukan boleh sampai serta-merta. Jalan pula sesak manakala laluan kecemasan turut digunakan oleh kenderaan lain. Jadi kena sabar.”

IMG_20140704_154205

Akhirnya, ambulan dari Hospital Selayang tiba diikuti seminit kemudian dari Jabatan Pertahanan Awam.

IMG_20140704_154220

Sesuatu yang menjadi pertikaian di sini apabila pemandu Myvi mempertahankan mereka tidak bersalah kerana kenderaan mereka dilanggar dari belakang.

IMG_20140704_154248

Bagaimanapun, mangsa dan ramai saksi kejadian mempertikaikan apabila Myvi menukar haluan secara tiba-tiba.

Maka berlakulah kemalangan ini.

IMG_20140704_154517

Dalam kejadian sebegini, semua mangsa terlibat akan membuat laporan polis dan mana-mana pihak yang bersalah akan ditentukan hasil siasatan polis dan juga mungkin rakaman percakapan saksi-saksi bebas jika mereka mahu tampil.

Kepada pemandu kereta, berhati-hatilah ketika menukar haluan dan pastikan anda gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang dan bukan terus menukar haluan, dan lebih dasyat jika tidak menggunakan lampu isyarat.

IMG_20140704_154539

Kepada penunggang motosikal, ada yang menunggang sambil membunyikan hon berkali-kali, tetapi ianya juga tiada makna jika anda menunggang dengan melulu dan laju dengan harapan anda diberi laluan dan kenderaan lain akan mematuhi bunyi hon anda.

Peka kepada keadaan sekitar , bertimbang-rasa dan sentiasa berhati-hati adalah antara kunci untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

IMG_20140704_154626

Tetapi tidak kurang juga, apabila jika kita sahaja yang berhati-hati, peka dan bertimbang rasa, tapi ada malaun lain yang memandu/menunggang macam celaka, maka berlaku jua akhirnya kemalangan.

Siapa yang hendak dipersalahkan?

6 Comments

  1. Wisemen's Gravatar Wisemen
    18/07/2014    

    “Sesuatu yang menjadi pertikaian di sini apabila pemandu Myvi mempertahankan MEREKA tidak bersalah kerana kenderaan mereka dilanggar dari belakang.” – Aku syak mereka tu dua org — lelaki dan pompuan yg duk dekat kereta Myvi putih dalam gambar ke-5 tu.
    Korang bawak kereta mcm org gila, so korang kena bertanggungjawab la. Nak salah2kan org lain pulak, huh!!!

  2. kurma's Gravatar kurma
    06/07/2014    

    memang tak de tanggungjawab pemandu myvi tu…. amoi la tu yg drive

  3. hafizhamdan's Gravatar hafizhamdan
    05/07/2014    

    bolehla ko tak mengaku bersalah sebab moto je yang langgar, kalau lori simen langgar ko dari belakang, depan ko pulak lori balak, memang jadi burger myvi la ko

  4. Anwar's Gravatar Anwar
    05/07/2014    

    Harap mangsa cepat sembuh.. Senangnya driver bagi alasan langgar belakang. Agaknya kalau yang langgar belakang dia tu treler 18 tayar baru nak sedar kot. Penunggang motor takkan saja-saja nak langgar belakang kalau tukar lane pakai kepala lutut. Ini mesti kes tukar lane tak bagi signal. Dah trend biasa driver di Malaysia. Huh!

  5. Ah Kai's Gravatar Ah Kai
    05/07/2014    

    Kadang2 pemandu kereta hanya tahu bagi signal dan terus masuk lane lain tanpa tengok sekeliling. Tu kalau bagi signal, yang lagi bangsat main masuk aje. Kalau driver perempuan, mmg perlu extra careful. Bukan sebab nak salahkan org perempuan tapi sebab dah banyak berlaku tu pasal sy cakap camtu. Saya cakap camni sebab sy juga penunggang motorsikal dan juga pemandu kereta..

  6. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    05/07/2014    

    Pernah terlibat dlm kemalangan dgn situasi pemandu yg memberi jawapan ‘cliche’ di atas – “aku tak salah sebab kau yang langgar aku” walhal sebelum kejadian langgar,golongan makhluk ini secara tiba-tiba hilang ingatan (selective amnesia) yg ia dh melakukan kesalahan terlebih dahulu; buat illegal u-turn,tukar haluan tanpa merujuk cermin sisi/memberi signal dan sebagainya lagi kesalahan-kesalahan dari kekurangan logik akal+ kecuaian di jalanraya, baik motosikal atau kenderaan besar.Penggunaan driving cam utk kereta atau action cam utk motosikal amatlah digalakkan zaman sekarang supaya kita yg kelihatan seperti mangsa ini mempunyai bukti kukuh utk mengajar golongan sebegini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting