Kia Spectra Terbakar-2 Penumpang Hangus
2 penumpang sebuah kereta, rentung apabila kereta yang dinaiki terbabas lalu terbakar malam tadi.
Kedua-dua mangsa yang merupakan wanita, dipercayai terperangkap di dalam kereta dan gagal keluar kerana api marak dengan cepat.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 8-55 malam di km 11, Jalan Batang Kali-Genting Highland.
Kereta Kia Spectra ini dinaiki oleh 4 orang.
Pemandu kereta dan isterinya, kedua-duanya berusia lingkungan 50 han, berjaya menyelamatkan diri sebaik kemalangan berlaku.
Mereka melecur di beberapa bahagia badan, dan berasal dari Kg Baru Hulu Yam Baru.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affendi, kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah tayar kereta itu pecah.
Akibatnya pemandunya gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke kiri jalan.
Mereka dalam perjalanan pulang dari Genting Highland menuju ke Hulu Yam.
Kereta ini kemudian terhumban ke dalam longkang sebelum tiba-tiba terbakar.
Orangramai yang kebetulan melalui tempat kejadian, gagal menyelamatkan kedua-dua mangsa di tempat duduk belakang kerana api marak dgn cepat.
2 jentera bomba dari Genting Highland dan Kuala Kubu Bahru bersama 14 anggota tiba di lokasi utk memadam kebakaran.
Menurut Supt Norel Azmi, pihaknya juga meminta bantuan pasukan forensik bagi menyiasat samada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.
Mangsa dikenali sebagai Low Lian Hooi, usia 60 han dan Tee Eng 62 tahun.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.
Post Lain Yang Berkaitan
8 Comments
You must be logged in to post a comment.





aduhai.. cina rasanya ni.. r.i.p to both of them!
Kia boleh dikategorikan krete mati.. KIA (Killed In Action)
kes cam gini mmg aku ngeri beno…laki aku pulak jenis isi minyk kete tak matikan enjin..selalu aku bising tp die wat dhek je..hhhmmm…org laki mmg kers kepala…selalu die je yg betul!!!!
YATI,setuju, laki aku slalu cam tu gak, puas ckp tp wat tk endah2 jerk
Ni lah pkai kete buatan korea.
ermmm…cakap tak pakai otak…
Semua jenis keluaran keter dah pernah terbakar. Selagi kenderaan menggunakan petrol….kalau nak meletup…guna NGV…he..he..he.
Suka saya mengulas melalui apa yang saya lihat di dalam gambar ini:
Kereta ini berkemungkinan terbabas dan terbalik berdasarkan keadaan bumbung kenderaan berkenaan kemek.
Bahagian hadapan kenderaan ini dalam keadaan baik dan tiada tanda bahawa penumpang dan pemandu hadapan terperangkap. Bukti lain ialah keadaan steering dalam keadaan baik (tidak bengkok) dan pintu boleh dibuka atau terbuka.
Saya berpendapat, mangsa yang maut adalah penumpang belakang. Bukti pertama ialah penyelamat telah mengopak pintu belakang, bukan pintu hadapan untuk mengeluarkan mangsa. Berkemungkinan penumpang belakang tidak memakai talipinggang keledar atau tiada talipinggangg keledar bagi model Spectra tahun 2005.
KIA Spectra dilengkapi fuel cut-off jika berlaku kemalangan, tetapi dalam kes ini, kenderaan ini munkin tidak menyebabkan alat berkenaan berfungsi kerana impaknya tidak kuat.
Bagai mana petrol boleh keluar? Seperti yang saya katakan sebelum ini, kenderaan ini telah terbalik dan mengelungsur, dalam pada masa itulah petrol akan keluar melalui salur tekanan atmosfera pada tangki dan penutup petrol. Bila ada percikan api, ia menyalakan tumpahan petrol berkenaan. Kebocoran tangki juga boleh berlaku semasa kemalangan.
Kenderaan ini bertransmisi automatik, jika kemalangan atau kenderaan berhenti tiba-tiba (walau apa cara sekali pun) enjin tidak akan mati.
Mangsa mungkin cedera parah atau tidak sedarkan diri menyebabkan dia tidak dapat keluar dari kenderaan.
Sekian.