Jalan Damansara
Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur
2 Mei, 2012
10 pagi
Pelbagai perkara atau kejadian bole berlaku di persimpangan lampu isyarat.
Jika lampu isyarat berfungsi dengan baik, maka laluan boleh menjadi lancar.
Jika lampu isyarat tidak berfungsi, boleh mengundah kemalangan.
Bagaimanapun, jika lampu isyarat berfungsi dengan baik sekalipun, sikap pengguna sendirilah yang mengubah sesuatu itu kepada kejadian buruk.
Dalam kes ini, 2 buah kenderaan terlibat, sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita dan sebuah Volkswagen Wald, dipandu seorang lelaki.
Wald dalam perjalanan dari arah Taman Tun Dr Ismail menuju ke Damansara.
Dan , sebaik menghampiri persimpangan lampu isyarat ketika lampu telah bertukar hijau di persimpangan Jalan Wan Kadir 3 ini, sesuatu tidak diduga berlaku.
Myvi terbabit yang datang dari arah Jalan Damansara, terus memasuki persimpangan ini membelok arah kanan ke Jalan Wan Kadir 3.
Ketika inilah Wald tidak sempat mengelak.
Sisi kiri Myvi dirempuh kuat menyebabkan Myvi terseret dan berpusing arah bertentangan.
Hasilnya, lihatlah foto-foto yang disiarkan ini…
Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.















Assalamualaikum,
Opsssss!
Nasib baik tak cedera…
kereta boleh beli lain kan? Tu pun kalau banyak Ringgitnya!
nasib baik la langgar camtue…..so berhati2 lah dijalanraya…especially yg pompuan tue…huhuhuhuh…..
tu la padahnya kalut sangat…
orang ramai yang lalu akan “ooouchh” terpinga-pinga dan mula mencipta sinopsi masing-masing.
bukan senang nak nampak aksi macam ni kat jalanraya.
ditambah lg kemalangan melibatkan kereta yg agak mahal. semoga insurans mereka cepat2 buat keje.
Yang penting kedua-dua pemandu selamat.
kereta rosak boleh claim insurans.
Siapa yg melanggar trafic light? pemandu perempuan itu kah?
Ish x3…