Reality in Real Life

Kisah Treler Terbalik

Susur Jalan Kuching
dari Lebuhraya Mahameru
Kuala Lumpur
21 April, 2012
11.45 pagi
 

Lokasi kejadian ini hanya kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian kereta terbakar semalam.

Treler ini membawa 5 gelungan besi keluli.

Ia dalam perjalanan dari Johor menuju Rawang.

Sebaik memasuki selekoh dari susur Lebuhraya Mahameru untuk memasuki Jalan Kuching, sesuatu tidak diduga berlaku.

Treler hilang kawalan dan melanggar tebing jalan menyebabkan ia hilang imbangan.

Akhirnya, beginilah yang terjadi.

Pemandunya cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Akibat dari kemalangan ini, muatan gelung kelulinya juga terjatuh.

Tumpahan minyak hitam dan diesel juga berlaku.

Dan, laluan ini terpaksa ditutup terus kepada semua lalu-lintas.

Sebaik menerima maklumat, kakitangan ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur segera ke lokasi , dan segera bertindak menutup laluan.

Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan termasuk motosikal tergelincir akibat minyak.

Anggota trafik turut bertugas mengawal keadaan.

Laluan ini terpaksa ditutup selama kira-kira 5 jam sehingga selesai treler dialihkan dan gelungan keluli dipindahkan ke treler lain.

Kerja-kerja mengangkat dan mengalih dilakukan dengan bantuan 2 buah kren termasuk sebuah milik DBKL.

Dan, agak bernasib baik kerana kejadian berlaku bukan pada hari bekerja…

 

4 Comments

  1. 22/04/2012    

    Satu kekesalan saya.
    Treler 4 axles tapi digantung 1 axle. (bogey)
    Dengan muatan gelung keluli (coil) yang memang amat tidak stabil itu, sepatutnya pemandu memaksimakan penggunaan axle untuk kestabilan.

    Entah lah, kadang-kadang saya kurang faham kenapa ada pemandu yang suka mengambil risiko menggunakan hanya 3 axles, sedangkan treler yang dipandu mempunyai 4 axles.

    Lori Scania P380 ni adalah model terbaru yang dilengkapi tali pinggang keledar. (tapi pemandu lori tak diwajibkan pakai tali pinggang keledar… ???)

  2. 22/04/2012    

    Tahniah pada semua anggota bertugas termasuk wartawan yang sanggup berpanas membuat liputan.

  3. 22/04/2012    

    nampak macam takde apa, tapi cedera parah tuu… fuhh

  4. 21/04/2012    

    Assalamualaikum,
    nasib baik hari Sabtu…kalau hari isnin, mau jem sampai malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting