Reality in Real Life

Lagi Kemalangan Maut Di Lorong Kecemasan

KM447-6 Lebuhraya Plus
Arah Ipoh
sebelum susur Lebuhraya Guthrie
30 Nov 2009
Lagi kemalangan maut di lorong kecemasan lebuhraya.
Juga membabitkan penunggang motosikal.
Motosikal mangsa merempuh belakang sebuah lori penyelenggara Lebuhraya, Propel yang sedang melakaukan kerja mengutip kon danpapantanda di lorong kecemasan.
Akibat rempuhan kuat, motosikal mangsa melekat di besi belakng lori menyebabkan kaki dan peha mangsa tersepit.
Kepalanya juga cedera parah.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Irwan Saleh, 29 tahun berasal dari jalan merdeka, Felda Sg Tengi, Kuala Kubu Bahru, Selangor.
Anggota bomba dari balai Bomba dan Penyelamat Rawang mengambil masa kira-kira 15 minuit bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit ini.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.
Saksi kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
INSP ABD RAHEMM ELIYAS

BALAI TRAFIK IPD GOMBAK
03-61262222

20 Comments

  1. 21/02/2011    

    betul bro kita yg bawa moto nie memang tak selamat tgh tak oleh tepi tak oleh abis nak pakai jln mana nie

  2. ramadhanblog's Gravatar ramadhanblog
    12/07/2010    

    hayati :
    pemandu kereta main ikut sedap je kuar masuk jalan. da belok masuk jalan baru bg signal. tak leh salahkan motor saja. kemalangan motor byk disebabkan kereta. bawk laju2 pastu ada kereta kat depan senang2 je datang menghimpit motor. sendiri mau ingat la,

  3. erie's Gravatar erie
    12/12/2009    

    lorong kecemasan bukan tempat parking kereta. then klo ada emergency.. at least kena boh hazard sign tu dlm 10 meter.. br org tau ada emergency kat depan…

  4. Anonymous's Gravatar Anonymous
    11/12/2009    

    moto murah..
    kete mahal..
    sebab 2 aku hanye mampu pakai moto jer..
    mane mampu nk pakai kete..

  5. hayati's Gravatar hayati
    09/12/2009    

    penunggang moto:jgn salahkan org lain la…..sendiri mau ingat beb!!!

  6. penunggang moto's Gravatar penunggang moto
    07/12/2009    

    penunggang motor sebenarnya anak tiri. sebab tu kerajaan tak kisah kat penunggang motor ni. Mereka dan pemandu kereta beranggapan penunggangang moto merupakan pengacau kat jalan raya.

    Sebenarnya motolah yg menyelamatkan jalanraya di Malaysia ni menjadi bertambah jem. Cuba bayangkan semua yg kerja kat KL menggunakan kereta utk ke tmpt kerja.

    Aku kalau bawa moto, aku tak bagi can kat kereta atau lori di lane yg sama potong aku. Bahaya beb kalau dia org potong moto. bergoyang moto. Kalau lane sebelah kanan potong takpe.

    Sebab tu aku kalau bawa moto, kelajuan aku sama dgn kereta kat depan atau aku potong dia org

  7. lol's Gravatar lol
    02/12/2009    

    Apa boleh buat memana negara pun la , orang yang bawak moto ni tak diberi perhatian sangat pasal lorong sendiri di lebuh raya . Senang cakap dorang fikir tak berbaloi berbelanja untuk moto ada lorong sendiri . Sedih jadi pemilik moto .. :|

  8. Anonymous's Gravatar Anonymous
    02/12/2009    

    sepatutnya dah tiba masa kerajaan bila nak bina lebuhraya baru kena buat la lorong utk motosikal… yg sekarang pun kenalah upgrade supaya ada lorong motosikal… ingat… lebuhraya tak sesuai utk motosikal berkongsi dengan kenderaan2 lain… yg kerajaan ni pon satu bangang… perabih duit berjuta2 bina lebuhraya pon tak reti2 nak carik solution utk kurangkan kemalangan lebuhrya melibatkan motosikal….

  9. ondscene's Gravatar ondscene
    02/12/2009    

    kampit -betul tu kampit. ramai yg tidk memahami fungsi sebenar laluan kecemasan dan ada juga yg sewenang2 menggunakannya semata2 utk kepentingan diri.

    azizuan- betul tu. sebenarnya bukannya penunggang motor tdk mahu guna lane kiri sekali, tetapi sealu dihimpit pemandu kenderaan lain yang kemudian memaksa mereka terlajak sehingga ke laluan kecemasan. tetapi ada juga yg memang menggunakan laluan kecemasan kerana tdk tahu ia bukan utk laluan motosikal, walaupun laluan masa itu tdk sesak.

    fadzly- ly, sebenarnya, kalau boleh dan seboleh mungkin, elakkan dari memotong melalui sebelah kiri. nasib baik le…

    bro-monday – betul bro, lorong kiri sekali digalakkan utk motosikal. tetapi, kes ini berlaku di lorong kecemasan, sebelah kiri lorong kiri…

    alex- semasa kejadian, lori propel sedang berada di lorong kecemasan utk mengutip kon2 dan papan tanda yg telah diletakkan di situ sebelumnya.

    anon- kenderaan itu memang telah ada lampu kuning yg terpasang ketika menjalankan tugas. dan kejadian di laluan kecemasan dan bukan di lane kiri.

    anza-ye benar,. tabir hijau itu baru sahaja dilaksanakan penggunaannya utk mengelakkan pengguna lain terintai2 atau busy body utk mengetahui keadaan kemalangan/mangsa kemalangan. bagaimanapun, kdg2 tabir hijau itu lambat sangat sampainya ke lokasi kerana ia perlu di bawa oleh pihak response team ke lokasi. maka sempatlah jem dulu berkilometer sementara tabir tu sampai…

    lol- betul kerana kadang2 apabila kita tdk melihat sebarang signal, kita akan menganggap kenderaan di hadapan sedang bergerak.

    hayati, anon- memang takdirnya mangsa meninggal dalam kemalangan ini, apa-apapun, kita kena berhati2 dan ingat, kelajuan mampu membunuh…

  10. Anonymous's Gravatar Anonymous
    02/12/2009    

    takziah kepada keluarga arwah.. pengguna motorsikal di lebuh raya perlu lebih berhati-hati ketika menunggang dengan kelajuan yg tinggi kerana lorong yg paling kiri sekali bukan lah diisytiharkan sebagai lorong motorsikal sebaliknya lorong kecemasan..
    pengguna yg parking di lorong kecemasan pula sepatutnya meletakkan penanda amaran supaya kenderaan lain sedar ada kenderaan rosak atau sebagainya di lorong emergency..
    tidak salah siapa..

  11. lol's Gravatar lol
    01/12/2009    

    takziah kepada keluarga mangsa . Tak sempat brek agaknya . Macam post aku sebelum ni , kalau kenderaan yang stop tak kasi signal dia memang tak bergerak memang susah nak agak lebih2 lagi bila kita sendiri bergerak laju .

  12. Anonymous's Gravatar Anonymous
    01/12/2009    

    Anza said

    Assalamualaikum,
    nak tanya apakai tabir hijau tu memang baguslah kurang sikit jem sebab orang nak tgk eksiden,dah lama saya tunggu ada tabir nih.macam jumaat lepas ada eksiden di NKVE pukul 6 lebih.saya tgk ada tabir bagus betul walaupun ada jugak jem tapi kurang sikit..

  13. hayati's Gravatar hayati
    01/12/2009    

    slmat pg seme…mgkin ajal penunggang ni mmg dah sampai..kdg2 bila ajal dah tiba w/pun ada kenderaan kat dpn kite tp kite x nampak papepun..line clear je,tp mmg ngeri r tgk accident cam ni..seb baik lm gmbo je kalo berdpan ngan realiti rsenyer tak leh tdo mlm…ngigau!!!!

  14. Anonymous's Gravatar Anonymous
    01/12/2009    

    nampak macam kenderaan propel tu tak pasang double signal pon…

  15. alex's Gravatar alex
    01/12/2009    

    salam ondscene…tsk3! inna lillahhh…masyaallahhh paling sedih yg dilanggarnya response team yg tkde respon pe pun.. tsk! :-(

  16. BRO_MONDAY's Gravatar BRO_MONDAY
    01/12/2009    

    ngeri lah bro…LORONG KIRI SEKALI adalah lorong bagi motosikal sebenarnya…jika kenderaan lain nak parking situ untuk wat ape² skali pun harus lah diletakkan kon atau pembalik cahaya 3 segi pada jarak selamat menandakan adanya kenderaan yam berenti di lorong itu…

  17. fadzly ex-extenders's Gravatar fadzly ex-extenders
    30/11/2009    

    pergh.. sampai nombor kat no plat pun tertanggal.. kalau plat tertanggal tak pe..

  18. fadzly ex-extenders's Gravatar fadzly ex-extenders
    30/11/2009    

    pernah satu ketika aku nak potong bas dari lorong kecemasan, tibe kat satu selekoh ada plak kete. nasib baik sempat mencelah.. kene himpit wooooo…

  19. azizuan's Gravatar azizuan
    30/11/2009    

    tak boleh jugak..kadang2 kenderaan besar2 x bagi can kat moto..kereta pown sama, lori lagi la..nak ikot lorong tuh ja..x mao injak lgsg..moto terpaksa la ikot lorong tuh kalau x mao kena sodok ngan lori or kena tampar ngan angin lori tuh..

    lagi 1,time jalan jem macam raya baru neh, kereta bukan main sakan lagi pakai lorong kecemasan. moto kalau main lorong tengah ada la kutu2 nak hon la, xmao bukak jalan la..nak ikot tepi x dpt gak..dah tuh cena..

    aku selalu kowt pakai hiway bangi-kulim naek moto kapcai aku neh. macam2 perangai boleh tengok.

  20. Kampit's Gravatar Kampit
    30/11/2009    

    Kena tukar nama lorong kecemasan di Malaysia.. ramai salah tafsir kecemasan utk cemas /cemas nk cepat.. cemas nk senang..
    Nama baru utk tukar : "Lorong Mati"
    ertinya matikan enjin kenderaan bila masuk di lorong.. ataupun matikan diri kalau mmg nak bunuh diri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting