Jalan Istana
susur Lebuhraya KL-Seremban
Kuala Lumpur
22 Sept 2012
8.30 pagi
Lagi kenderaan jatuh di laluan sama, dan dijangkakan, akan ada lagi yang akan jatuh…
Di lokasi sama seperti pada 20 Ogos lalu – Mitsubishi Lancer Terjun Tak Menjadi.
Pemandu Ford Ranger ini, Tan Chee Seng, 24 tahun, terselamat.
Kejadian berlaku apabila kenderaan ini hilang kawalan dan terbabas ke kiri merempuh besi penghadang jalan.
Akibatnya, Ford Ranger ini terhumban kira-kira 5 meter di laluan bawah.
Bagaimanapun kali ini, Ford Ranger terbabit jatuh di bahu jalan, dan bukan di atas laluan utama.
Muatannya, sebuah peti besi dianggarkan berat kira-kira 100kg, turut terhumban.
Kejadian hanya beberapa meter dari lokasi sebelumnya, yang sehingga kini, masih belum dibaiki.
Apakah akan berlaku lagi kemalangan sebegini di lokasi ini?
Untuk rekod, dianggarkan kira-kira 20 kenderaan telah ‘terjun’ di sini sejak beberapa tahun lalu…

















ish bahayanya… dah 2 kali kenderaan jatuh mesti ada sesuatu yg tak kena kat kawasan tu… minta pihak berkaitan membuat kajian dan mengambil tindakan apa2 yg patut
jawapan terbaik untuk jalan situ hanya pandu perlahan sikit .. itu aje ..
memang kalau bawak laju sikit akan melambung sebab ada line kuning tu yang melompat sikit kereta . bila melambung hilanglah traction .. kebetulan kat situ pun selekoh .
mcm ada somthingjer atas jalan tuh atau
ada dot dot..
[...] Dan hari ini, beberapa meter sebelum rempuhan sebelumnya, ia dirempuh pula oleh sebuah Ford Ranger. [...]
hari2 aku lalu jalan bawah tu balik keje, n tgk jalan atas tu terbukak luas je kesan dari excident lancer dulu. seram je takut lalu le tiba2 ade kete melompat ke bawah plak..
[...] fell over the flyover…..Kim-moh driver, from the picture. He must be related to Sky kor-kor. Lagi Kenderaan Jatuh Di Lokasi Sama… | ondscene.my Next time what vehicle, I wonder…. __________________ [...]
[...] 23 Sep 2012 – Lagi Kenderaan Jatuh Di Lokasi Sama [...]