KM 12.5
Lebuhraya Baru Lembah Klang NKVE
Shah Alam, Selangor
9 Jun 2012
1.45 petang
Nama mangsa : Abdul Samad Abd Manap, 37 tahun, Sg Sireh, Tg Karang, Selangor
Nota – Ada panduan ringkas mengenai lorong kecemasan di bahagian bawah berita ini
Kemalangan maut terutamanya membabitkan penunggang motosikal di lorong kecemasan semakin membimbangkan.
Hampir setiap hari kemalangan sebegini berlaku dan pembaca perlu mengetahui akan kejadian sebegini supaya dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.
Peringatan ini ditujukan kepada SEMUA , kerana tanpa kenderaan yang berhenti di laluan kecemasan atas apa jua sebab, kemalangan sebegini tidak akan berlaku.
Dalam kejadian yang membabitkan 3 kenderaan ini, seorang maut manakala seorang lagi cedera parah – kedua-duanya penunggang motosikal.
Sebuah van Ford Econovan sebelumnya berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah enjin.
Tiada sebarang penanda di letakkan beberapa meter di belakang van.
Tidak lama kemudian, sesuatu yang tiada siapa mahu berlaku, akhirnya terjadi juga.
Abdul Samad Abd Manap yang menunggang Modenas Krissnya, dipercayai tidak menyedari atau cuba mengelak akan van terbabit menyebabkan motosikalnya terus merempuh bahagian belakang sisi kanan van.
Mangsa tercampak kira-kira 10 meter di laluan paling kiri dan maut akibat cedera parah di kepala.
Di masa sama, seorang penunggang lagi yang mengekori di belakang, gagal mengelak kemalangan di hadapan menyebabkan mangsa dan motosikalnya terseret lebih 10 meter.
Mangsa yang cedera parah bernasib baik kerana tidak tercampak ke laluan yang sibuk dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Akibat kemalangan ini, laluan NKVE arah Shah Alam dari Damansara mengalami kesesakan sepanjang lebih 10 kilometer.
————————————
Peringatan: Pergerakan di lorong kecemasan adalah dikhususkan untuk kenderaan kecemasan seperti ambulan, bomba, polis, selain untuk kenderaan yang mengalami kerosakan dan sebab-sebab tertentu.
Lorong kecemasan BUKAN untuk kenderaan awam yang bergerak.
Ia untuk kenderaan yang berhenti/terhenti/pegun tanpa pergerakan.
Untuk laluan 3 lorong + 1 lorong kecemasan:
Laluan paling kanan ialah lorong memotong /lorong laju
Laluan tengah untuk pemanduan biasa/setelah memotong
Laluan kiri untuk kenderaan bergerak perlahan/kenderaan berat
Laluan paling kiri iaitu diistilahkan sebagai laluan/lorong kecemasan untuk kenderaan yang berhenti.
Bagaimanapun, untuk berhenti di lorong kecemasan, walau apa sebab sekalipun, mesti diletakkan penanda segitiga/apa-apa penanda seperti kon, dan ketika inilah penggunaan lampu ‘hazard’ dipraktikkan.
Bagi penunggang motosikal, lorong kecemasan BUKAN laluan motosikal. Penggunaannya di negara ini terutama di lebuhraya adalah atas ehsan/budibicara.
Penunggang motosikal harus mengingatkan dalam fikiran, bahwa sebarang objek di hadapan di lorong kecemasan, mesti difokuskan sebagai kenderaan yang berhenti.
Ini sebagai memberi peringatan kepada mereka supaya segera beralih ke laluan kiri untuk meneruskan pemanduan jika terlihat objek di hadapan..

















Assalamualaikum,
terima kasih dengan info yang sangat berguna ini, moga memberi manfaat kepada ramai orang termasuk saya
Saya tak faham….
Banyak yang kemalangan ni, tak tumpu ke apa dihadapan mereka?
Kalau kenderaan besar terpaksa berhenti, memang kene berhenti, tetapi nak berhenti kat mana kalau bukan lorong kecemasan ni?
Ketiadaan penanda amaran/hazard memburukkan keadaan lagi.
Serious saya tak faham dengan penunggang ni…
jadilah penunggang terutamanya di lebuh raya dan anda akan tahu kenapa.. =)
kpd semua penunggang, semoga lebih berhati2..
takziah tuk keluarga mangsa…ya..jadila penunggang motor dulu baru anda tahu…setiap pagi lg2 bila laluan ke tempat kerja jam dan kereta berbaris setiap lorong dan letika itu jugalah laluan itu menyebabkan penunggang motosikal tidak berani melalui jln itu…maka laluan kecemasan menjadi tumpuan bg penunggang motor..kemana lg penunggang2 ini nak lari..ada juga kereta2 yg mengambil kesempatan bila laluan sekecil itupun diambil oleh mereka..mgkin kita2 ini ada cari lain selain menjadikan penunggang motosikal menjadi magsa plg ramai menjadi mangsa kemalangan seperti ini? kdg2 juga dissbkan tiada amaran awal diberikan oleh mereka yg berhenti dilaluan kecemasan…apakah ini juga penunggang? maka sm2 kita berhati2 di jalan raya n slg bertimbang rs antara satu sm lain….
Maaf, masih tak faham..
Rata-rata disini explain kenapa motor guna laluan kecemasan…
Tapi bagaimana dengan cara kendalian/maneuver? Kekerapan kejadian begini berlaku menunjukkan, penunggang tidak boleh menggagak kedudukan dan kelajuan objek dihadapan.
Betul?
Takkan penunggang tak perlahankan kenderaan bila “menghampiri” objek dihadapan?
Dalam kes ni gambar kedua, menunjukkan tayar kiri van berada hampir di atas tanah.
Pengalaman saya sendiri ketika berhenti menukar tayar, saya sendiri takut dirempuh motor, kerana cara mereka menunggang menunjukkan mereka tak sedar (atau barangkali tak peduli) objek di hadapan mereka.
Dalam kes ini juga, ketiadaan penanda amaran juga menjadi punca.
Maaf, jangan salah faham, saya nak bantu beri buah fikiran juga. Bukan menyalahkan.
P/S: Selama hampir 5 tahun saya menunggang ke UiTM S.A. Alhamdulillah, tiada kejadian besar berlaku. Tapi sekarang, dah tak menunggang dah.
disiar di berita tv jam lapan rasanya ….
takziah untuk keluarga mangsa …
banyak update mengenai motosikal di laluan kecemasan dan van/lori …. mungkin dengan statistik lengkap kita dapat tengok pattern motosikal dan van/lori di laluan kecemasan … dan boleh kaji masalah dia.
antara yang terfikir van dan lori selalu mempunyai lampu belakang yang kecil dan selalunya rosak (dan dibiarkan begitu sehingga saat nak ke puspakom baru repair)
tidak dinafikan meletakkan tanda amaran memungkinkan tidak terjadinya perkara sebegini.
ambillah iktibar dari begitu banyak kes yang dipaparkan di ondscene mengenai kemalangan di lorong kecemasan.
sama-samalah kita beringat dari sekarang – lorong kecemasan bukan untuk kenderaan yang bergerak. kita jaga diri kita, yang selebihnya bertawakal kepada Allah.
Al Fatihah dan takziah untuk keluarga mangsa. semoga tabah hadapi dugaan ini.
kebanyakkan motor bukan taknak guna lane kiri, tapi mereka dihimpit sehingga masuk ke lane kecemasan. ini semua terjadi apabila van sayur, lori pasir, kereta proton zaman pak kaduk, TRAKTOR!! di pandu lebih 100kmj (lane kiri) di belakang motor kriss pakcik pakcik yang bertenologi tempatan ni, iskh yang saya rasa top speed mungkin dalam 70-80 sahaja..
sama juga sekiranya mereka berada di lane tengah, dengan kelajuan terhad ini mereka tetap menghadap risiko dilanggar oleh kenderaan. contoh kereta yang memecut di lane kanan cuba mengelak “pemandu tidur” (pemandu yang pandu mcm makan angin buat lane kanan tu bapak dia punya)
bagi saya la, pemandu kereta pun kena kerjasama la sikit.. kalau nampak motor kat depan tu cuba la bagi mereka pergi dulu, tayah la nak berebut. mcm contoh naik flyover yg ada cornering, aiyak come on la, moto tu kalau rider dia skill rossi pun bole terbalik kalau tersisih dgn keta yang cuba potong kiri …beringatlah, kecuaian membawa kematian, besar dosanya
kalau ondscene share teknik/cara cara terbaik utk memandu di highway 3lane bagi semua jensi kenderaan mesti lebih baik =)
sokong penyataan anda..hanya penungang sejati yg biase masuk higway je tahu perasaan penunggang lain..apa yg sy paham,rakyat malaysia terutama pemandu kenderaan 4roda dan 2roda..sudah di didik bahawa motosikal hanya LAYAK berada dilorong kecemasan di jalan raya,ini dapat kite lihat pada diri sy sendiri apabila sy memandu di laluan kiri seperti didalam undang2..maka lori,bus,kenderaan perasaan mcm bwk ferari selalu memberi high beam,hon dan cucuk2 belakang..ini membuat penungang seperti kami ini ketakutan,malah benda ini berlaku saban hari lalu memebentuk sesuatu benak didalam fikiran rata2 rakyat malaysia bahwasanya lorong kecemasan itu LAYAK untuk laluluan motosikal..diaharap adalah di adakan kempen/ketegasan kesedaran dari pihak berkuasa/bertanggungjawab untuk menyadarkan perkara ini dari belarutan..lagi2 kepada pemandu lori untuk laluan plus utara selatan yg masih mengendahkan peraturan yg dibuat untuk pemandu kenderaan berat itu menggunakan laluan utara selatan hanya pada waktu2 yg ditetapkan..sekian..
Sokong 200%. Aku paling menyampah kalau lori exit kat ELITE tapi tak bagi signal. Memang dapat middle finger daripada aku.
mungkin sepanjang lorong kecemasan ni perlu di “cat” dan ditambah dengan line belang kuning kot. supaya lebih alert & mendidik pemandu..
tolong la naik sndiri motosikal nek hgway…bila brada kat lorong kiri slalunya lori,bas n kete akan hon,bg high beam sume kat penunggang..nak x nak terpaksa la guna lorong kcmasan