KM 11.7
Lebuhraya Besraya
arah Sg Besi
Kuala Lumpur
13 Jan 2011
10.30 pagi
Dalam beberapa hari ini, ramai pemandu yang terlibat kemalangan, tersepit di dalam kenderaan mereka.
Mujur tiada yang mengakibatkan kematian, namun kejadian yang berlaku, ada yang akan menjadikan mangsa menderita kemudian.
Hari ini, seorang lagi pemandu lori tersepit di dalam lorinya yang remuk.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi.
Mangsa , yang hanya dikenali sebagai Kumar, memandu lorinya membawa muatan besi buruk.
Muatan ini dibawa dari Bukit Bintang menuju Sg Besi.
Setibanya di selekoh tajam di lokasi ini, lorinya hilang kawalan, lalu merempuh tembuk dereta beberapa kedai.
Sebahagian tembuk pecah.
Kumar tersepit bahagian kakinya di dalam lori.
Manakala kelindannya , warga Bangladesh,selamat dan mengalami cedera ringan.
Balai Bomda dan Penyelamat Bandar Tun Razak menerima panggilan kecemasan jam 10.02 pagi dan tiba di lokasi 13 minit kemudian, diketuai ketua balainya, Mohd Sofi Abd Majid.
Anggota perubatan dari Pusat Perubatan UKM juga tiba tidak lama kemudian.
Akhirnya, setelah kira-kira sejam, Kumar yang cedera akibat tersepit, berjaya dibawa keluar.
Kumar dibawa ke PPUKM untuk rawatan lanjut.



















minggu ni 3 kemalangan di Jalan Pulau Indah melibatkan lori…
~ trend accident tersepit je skrang
ye lah…..dua hari lepas treller ngan treller, yang ni lori langgar tembok… ape pun, berhati2 dijalan raya… kredit untuk pasukan bomba malaysia yang cekap mengendalikan kes-kes tersepit sebegini….tahniah
tadi pun aku terserempak lagi dgn kemalangan di lebuhraya GCE..sempat le aku tangkap gambar untuk dipertontonkan kepada pengunjung…berhati-hati dijalanraya .malang tidak berbau..
latep, ko selalu lalu GCE ek….kalau ade ape2 kol aku… ko ade no aku kan.
baru2 ni aku g medan, indonesia..serious jalan kat sana akan membuatkan perut korang cuak!! jalan sempit, kereta2 laju masing2 nak cepat, lampu merah kuning hijau sama jer…tapi yang pelik jarang berlaku kemalangan…
Kenapa dalam situasi kemalangan Bomba akan sampai terlebih dahulu dari Ambulan?Sekadar ingin tahu..
sebab kalau tesepit ke ape ke, ape yg attendant and pemandu ambulance boleh buat… kene tunggu bomba gak…