KM 303.5
Lebuhraya Utara Selatan
berhampiran susur Kajang
Selangor
19 Dis 2011
2 pagi
Nama mangsa: Mohamad Imran Haris, 20 tahun, Bukit Mahkota, Bangi
Lagi kemalangan maut membabit penunggang motosikal di lebuhraya.
Pembaca ondscene, Fadzli Spec sekali lagi menghantar bahan berita untuk ondscene pagi ini.
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 2 pagi.
.
Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa cuba memotong tetapi terlanggar belakang kereta terbabit di bahagian kanan menyebabkan motosikal hilang kawalan.
.
Mangsa, Mohamad Imran Haris kemudian terjatuh dan 2 buah kereta yang mengekori dari belakang tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.
.
Paramedik bersama Ambulan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Serdang yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, perut dan dada.


















bila ajal menjemput…alfatihah untuk mangsa…