Taman Connought
Kuala Lumpur
8 Februari 2012
9.45 pagi
Nama mangsa: Chia Khean Ling, 32 tahun, UEP Subang Jaya.
Kemalangan membabitkan penunggang motosikal semakin kritikal.
Paling tragis apabila ia membabitkan nyawa melayang.
Dalam kejadian terbaru sebentar tadi, mangsa Chia Khean Ling, 32 tahun, maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas ke arah tembok pembahagi jalan.
Mangsa tercampak, dan berkemungkinan juga dilanggar lari oleh kenderaan lain.
Berdasarkan kesan darah di atas jalan, mangsa dipercayai terseret beberapa meter.
Kecederaan parah di kepala menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Polis bagaimanapun meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.
Nota – berdasarkan carian di Google, Chia satu ketika dulu pernah memenangi hadiah anjuran Shell/Bonuslink

















MasyaAllah… again n again..
Takziah untuk keluarga mangsa..
[...] Saya rakamkan ketika di lokasi kemalangan maut di Taman Connought dalam kes di bawah – Lagi Penunggang Motosikal Maut Kemalangan. [...]