Reality in Real Life

Laju-Faktor Utama Kemalangan Jalanraya

Foto-foto yang disiarkan ini adalah untuk rencana ini.

Semua kejadian berlaku di Malaysia.

Anda diminta berhati-hati melayari rencana ini kerana ada foto-foto yang amat mengerikan.
Foto-foto di dalam rencana ini tidak dikaitkan dengan mana-mana siatuasi di dalamnya, tetapi sebagai bahan tambahan dan panduan kepada pembaca.
Kepada mangsa berugama Islam, Al Fatihah di ucapkan dan takziah kepada keluarga, semoga mereka menerima takdir ini seadanya dan redha akan apa yang berlaku.
Harap maklum.
Tiada siapa yang mahu terbabit dalam kemalangan jalanraya
.
Apa lagi kemalangan maut.

Bagaimanapun, kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dari berlaku, atau setidak-tidaknya impak boleh dikurangkan.

Statistik menunjukkan, punca utama kemalangan datangnya dari kelajuan.
Kenderaan yang dipandu laju biasanya akan menyebakan kenderaan akan sukar dikawal.
Selain kelajuan, faktor tayar dan cuaca menyumbang kepada impak kemalangan itu sendiri.
Dalam foto-foto yang disertakan ini, kebanyakan kemalangan yang berlaku akibat dari kelajuan yang akhirnya kenderaan gagal dikawal dan memberikan impak melampau kepada kenderaan.
Kesan hentakan kuat menyebabkan kenderaan remuk, mangsa tersepit dan ada yang tercampak keluar.
Bagi kenderaan besar seperti bas dan lori, kelajuan yang melebihi had dibenarkan menjadikan ia akhirnya gagal dikawal terutama jika sesuatu berlaku pada tayar.
Akibatnya, inilah antara yang berlaku.
Ramai mangsa yang maut atau cedera parah , bukan dari kesalahan mereka sendiri.
Ada kenderaan terutama lori dan bas, terbabas dan merempuh kenderaan di hadapannya.
Semuanya berpunca dari laju kerana kenderaan berat akan menkadi sukar dikawal jika terbabas atau tayarnya tiba-tiba pecah.

Penggunaan tali pinggang keledar juga antara sebab yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Ramai dari mangsa yang maut apabila mereka tercampak keluar dari kenderaan akibat tidak memakai tali pinggang keledar.
Bagi penunggang motosikal, risikonya lebih tinggi mereka terbabit dalam kemalangan yang biasanya membawa maut
.
Kelajuan terlampau menyebabkan daya tindakbalas dan imbangan motosikal menjadi tidak stabil menyebabkan mereka tercampak keluar.

Dalam statistik di atas, untuk dua tahun 2007-2008, menunjukkan peningkatan ketara dalam jumlah kemalangan maut di seluruh negara iaitu dari 5672 kemalangan kepada 5952 kemalangan pada 2008 iaitu peningkatan sebanyak 4-9 peratus .

Tahun 2008 menyaksikan peningkatan kepada 6527 kematian berbanding 6282 kematian berbanding 2007.
Ini bermakna, dalam tahun lepas, purata kira-kira 18 orang maut setiap hari akibat kemalangan jalanraya.
Begitu juga untuk dua bulan pertama Januari-Februari tahun ini, kemalangan maut turut mencatatkan kenaikan berbanding dua bulan pertama tahun 2008
.


Jumlah 67,102 Kematian sepanjang 11 tahun

Atau 6,100 purata kematian setiap tahun

Atau 16-94 purata kematian setiap hari

atau 0-7 orang maut setiap jam
(atau anggaran setiap sejam, akan ada yang maut akibat kemalangan jalanraya)
Dari statistik yang dipaparkan, situasinya amat menggerunkan malah menunjukkan betapa ramai rakyat negara ini yang mati sia-sia hanya kerana kecuaian, kerakusan dan memandu tanpa ikut peraturan.


Kesan dari terbabit dalam kemalangan:

Kajian menunjukkan, pemandu dari golongan berusia muda (17-25 tahun) merupakan pemandu yang paling ramai terbabit dalam kemalangan.
Ini kerana sifat mereka yang suka cabaran tidak bertempat,kurang pengalaman, suka mengambil risiko, aggresif, tidak sabar, tidak mematuhi udang-undang jalanraya, dan sikap mereka yang mementingkan diri sendiri.

Kajian juga menunjukkan, kebanyakan kemalangan adalah berpunca dari sikap pemanduan itu sendiri berbanding dengan faktor fizikal kenderaan yang dipandu.

Tahukah dan sedarkah anda bahawa:
Kos Perubatan
Jika seseorang tercedera dalam kemalangan, dan kemalangan itu mengakibatkan cedera parah, dia akan dibawa ke hospital menyebabkan katil hospital yang sepatutnya digunakan untuk pesakit lain, digunakan untuk menempatkan mangsa.
Sudah tentu doktor akan merawat mangsa, tetapi ia menyebabkan mangsa sakit lain akan tidak mendapat perkhidmatan segera dari doktor tersebut.
Kos Industri

Pemandu berusia muda merupakan mereka yang paling banyak membuat tuntutan pihak ketiga (3rd party claims) dalam industri insurans.

Ini menyebabkan kos untuk kemalangan jalanraya menyebabkan sebahagian Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK digunakan semata-mata untuk menyelesaikan kes kemalangan jalanraya
.
Kesan Kesihatan

Kesan dari kemalangan, tiada apa yang dapat disimpulkan selain menjurus ke arah kematian. Kemalangan teruk boleh membunuh dan telahpun membunuh ramai mangsa.
Kemalangan jalanraya juga boleh menyebabkan mangsa hangus terbakar, badan hancur diglis, menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup, dan membunuh mangsa lain.
Bukan sahaja mangsa yang selamat akan mengalami kecederaan fizikal, malah secara psikologinya, mereka akan mengalami trauma yang dasyat kesan dari kemalangan itu dan mungkin mereka memerlukan rawatan pakar psikologi.
Risiko

Kemalangan jalanraya bukan sahaja menyebabkan anda dan orang lain di dalam kenderaan anda cedera, malah orang lain di dalam kenderaan atau motosikal yang terbabit dengan anda.

Apabila membabitkan kemalangan teruk, seseorang boleh maut, ketakutan sepanjang hayatnya atau memerlukan rawatan psikologi.
Kesan
Kemalangan jalanraya terutama kemalangan maut memisahkan yang hidup dengan yang mati.
Yang hidup tetapi cedera parah mungkin menderita sepanjang hayat, atau tidak dapat lagi bekerja atau lumpuh samasekali.
Anak-anak dan isteri akan bertarung kehidupan tanpa ayah atau suami yang terkorban yang menyebabkan krisis kekeluargaan yang amat teruk menimpa mereka.

Perancangan

Kemalangan jalanraya memang samasekali tidak dapat dihentikan dari berlaku, tetapi dengan mengurangkan kelajuan, matang dalam tindakan, bersabar serta berhati-hati, mampu mengelak atau mengurangkan kemalangan teruk.

Pelbagai kempen di jalankan pihak berkuasa seolah-olah tiada kesudahannya.

Saya harap, foto-foto di dalam entry ini sekurang-kurang dapat menyedarkan kepada kita semua, betapa kemalangan jalanraya sebenarnya merupakan igauan paling buruk dalam hidup ini.

Oleh itu, beringatlah
.

Ingat orang tersayang

Kelajuan MEMBUNUH…

20 Comments

  1. Nota Fikir's Gravatar Nota Fikir
    02/08/2010    

    Memandu laju dan sikap gopoh memang menjadi punca utama kemalangan jalan raya kat Malaysia nie…
    Tapi ada lagi punca2 kitorang tak berapa ambil peduli sangat :-

    1) Jalan yang tidak rata, licin, berlubang dan selekoh yang bahaya.
    2) Tiada lampu isyarat padahal dah banyak kes berlaku disimpang itu.
    3) Kelas Lesen Memandu bukannya nak ajar cara2 memandu dengan selamat, cuma ajar cara2 memandu kereta dan nak kejar duit aje…
    4) Polis2 trafik tak kisah kalau penunggang tak pakai keledar atau budak2 tak ada lesen bawa motor dll
    . Mak bapak tak tahu sebab kerja…
    5) Mat rempit bermaharajalela tapi tiada langsung tindakan pihak polis
    6) Bas2 ekspress /lori dipandu dgn amat laju sampai 100 – 120 km/j di lebuhraya, tapi apa pihak JPJ dan polis buatpada mereka? Tengok je..
    7) Banyak kereta2 mewah / import yang langgar undang2 laju, pakai lampu pijar dan cermin gelap, tapi apa JPJ dan polis trafik buat?
    8) Jalan selalu jem, sebab itulah pemandu2 panas hati dan hilang sabar. Risau kerja lambat punch card atau anak2 tunggu lama2 kat sekolah, takut ken culik….hu hu

  2. Anonymous's Gravatar Anonymous
    12/12/2009    

    Rakyat mesia bawak keter laju nak mampossss…macam babi… so they have to pay the price… unfortunately those whom innocent get involed tooo.. what a pity… fuck babi kepada yg bawak laju nak mamposss…

  3. alidyangon's Gravatar alidyangon
    21/05/2009    

    Bro Sham

    Sokong penuh 180% dengan apa yang ditulis oleh

    ‘PemanduBerkhemah’

    sekian

  4. PemanduBerhemah's Gravatar PemanduBerhemah
    20/05/2009    

    pemandu2 malaysia mmg secara am nya mcm(segala definisi yg buruk) dan tak sedar diri bile ade atas jalanraya. baik yg bwk kancil 660 mahupun range rover 4.6 liter same je. ckp pasal lesen memandu..mmg lesen malaysia tak laku pun kat negara2 maju – proven by experience.
    agaknye kebanyakan rakyat malaysia ni mmg cetek akal dan tak berkebolehan tinggi, maka utk menonjolkan diri dan memupuk keyakinan diri serta rasa bangga dengan satu2nye kebolehan yg ada (i.e memandu dgn laju dan merbahaya) maka jalanraya menjadi medan..what a bunch of loser…

  5. Anonymous's Gravatar Anonymous
    15/05/2009    

    Ya Allah minta dijauhkan dari diri kita. Tapi kadang-kadang orang yang berhati-hati menjadi mangsa kepada orang yang suka memandu laju dan suka menyelit diantara kenderaan yang menyebabkan orang lain hilang kawalan. Kepada yang suka menyelit dan memandu laju, fikirlah jika orang yang menjadi mangsa itu adalah ahli keluarga rapat anda…
    Berubah lebih baik dari Menyesal.

  6. cHaDacHaDa's Gravatar cHaDacHaDa
    14/05/2009    

    meremang bulu roma!

    my lecturer pnah bgtau,Malaysia punya record jalan raya paling teruk.agak-agak tak lakulah lesen memandu kita kat negara lain.

    setuju sgt psl advanced driving lesson tu.rasa masa belajar memandu tu mmg tak cukup dan kurang info.
    lepas dah habis kelas,ceramah bagai and lulus ujian,terus drive!walhal tak cekap mana.

    so mcm saya yang mmg kurang cekap memandu,baiklah sekiranya saya ambil extra classes.takut jugak kalau drive tak tentu hala susahkan org lain.

  7. Adzakael's Gravatar Adzakael
    14/05/2009    

    bro Sham,
    timer kasih atas ulasan bro.

    mmg betul ape bro ckp psl pemandu2 dr negara jiran kite tu.saya pernah hampir2 jd mangsa kemalangan psl sesetangah pemandu mereka bwk melampau laju sampai kereta saya bergegar ketahap hampir x bole dikawal.

    itu sbb saya ade mention,rasa bangga atas disiplin kita.bila kita bangga,kita akan berdisiplin dimana jua didunia ni.so,bile kite ke luar negara,org akan tabik spring kat kite setiap kali kita sebut “I’m from Malaysia”

    sbb tu saya rasa ade elok kite kurung org2 yg nak amik lesen kat tempat blajar memandu sampai 2-3 minggu,pastu kasi brainwash,kasi part disiplin atas jln raya gile hardwired dlm otak dan dlm jiwa,pastu kenakan bayaran RM ribu2 supaya kita dpt hargai betapa pentingnya lesen memandu kita tu.

    lagi satu saya fikir elok jugak kalu ade pilihan utk kelas advance driving lesson semasa blajar memandu tu.dimana kelas ni diajar cara2 utk memandu cekap dan diajar utk bertindak dgn betul semasa memandu.

  8. alidyangon's Gravatar alidyangon
    14/05/2009    

    Bro Sham

    Tumpang ye…

    Mr/Ms anonynous

    JKJR is one body that should trigger or alert or encourage the PBT to uphold their Road Safety Campaign.

    JKJR also should be able to advice and identify any road, point or any road, strets, highways or biways where all of the road safety sign and implementation must be done.

    Otherwise, JKJR and it’s campaign is just a waste of our money, the tax payer.

    anyway, i like the way you are thinking…

    Thank you

  9. Anonymous's Gravatar Anonymous
    14/05/2009    

    I thought its the local council or the JKR responsible to build speed bumps? JKJR is the agency responsible to built it?

  10. s a L o m a's Gravatar s a L o m a
    13/05/2009    

    eh..lagi satu.gambar brader kaki berpintal kat atas ni memang hardcore la.sempat buat call.haha

  11. s a L o m a's Gravatar s a L o m a
    13/05/2009    

    nak blame driver je pun,tak jugak..

    adik saya sendiri amik lesen,dia kata orang JPJ tu,dah petang2,mau cepat habis,main tick tick tick kasi pass semua..habis macam mana?orang tak sepatut dapat lesen boleh drive atas jalan?

    dan lagi satu.jalanraya kat malaysia teruk sangat.govt should do something bout it lah.kempen keselamatan sana sini mau rakyat take part,tapi diorang takat kempen je lah?benda lain ada fikir?

  12. alidyangon's Gravatar alidyangon
    13/05/2009    

    Bro Sham

    Perkara ‘LAJU’ ini telah 4 tahun dulu saya kemukakan kepada JKJR (Jabatan Keselamatan Jalan Raya) iaitu mengawal semua kenderaan daripada memandu laju di se setengah kawasan:

    Cadangan saya kepada JKJR ialah:
    1. Memasang bonggol di kawasan Sekolah, university dan pusat latihan.

    2. Membina bonggol di semua kawasan kediaman dan komersial

    3. membuat jaluran ‘speed breaker’ di kawasan yang di kenal pasti pemandu selalu memecut

    4. Papan tanda dan bonggol di kawasan trafik light

    5. bonggol bonggol ini harus di bina di semua kawasan padat penduduk dengan jarak binaan 10 meter antara satu sama lain.

    Ini telah di praktikkan di luar negara termasuk Brunei Darul Salam, Yangon, Myanmar, Bangkok, Pnom Pehn dan Hanoi.

    Malangnya, cadangan saya ini telah di tolak oleh JKJR kerana mereka lebih mengutamakan ‘kehendak’ pengguna jalanraya.

    Betapa bodohnya JKJR, kerana jika memakai talipinggang keledar hingga 8 lapis sekalipun, jika pemandu memandu secarayatalaju, membabi buta dan cuai, kemalangan tetap akan berlaku.

    Telah banyak email dan surat saya hantarkan, tapi JKJR tetap ‘bertindak BODOH’, dengan mennyatakan mereka akan mendidik pengguna jalanraya dan memasang CCTV.

    Pada saya, biar berjta CCTV di pasang di seluruh jalan raya di Malaysia ini, ia cuma akan mengambil gambar kemalangan yang sudah berlaku, bukan mencegah.

    Sehingga kini, JKJR masih lagi BODOH!!!!!

    Bro Sham mungkin boleh tolong sedarkan JKJR yang pada pandangan saya cuma menghabiskan duit rakyat denan kempen kempen BODOH mereka itu.

    Setelah bertahun tahun ‘mendidik’, hasilnya masih tiada. Berapa orang kah pemandu Malaysia yang sudah terdidik????

    Pada saya eloklah kita mencegah pemandu memandu laju dengan bonggol bukan memasang CCTV yang kosnya ribuan malah jutaan ringgit, tapi kemalangan tetap berlaku.

    Akhir sekali, JKJR memang bodoh!!!

    Sekian.

  13. on the scene's Gravatar on the scene
    13/05/2009    

    Anon – sebenarnya,kemalangan di Malaysia terutama maut merupakan antara yg tertinggi di dunia berbanding dgn nisbah penduduk. Dan jika dicongak memang benar, lebih ramai rakyat negara ini maut akibat kemalangan berbanding dgn mereka yang mati di palestin.

    mizzy- oleh itu, berhati-hati di jalanraya, memandu ikut peraturan dan akal, bukan ikut nafsu.

    jawa- dan akan lebih berbahaya selepas tengah malam, kerana jalan di negara ini, selalunya dijadikan litar lumba oleh bangang2 dan tak sayang nyawa itu.

    evo – rasa tak perlu ubah, sebab saya tulis “Laju faktor Utama”. bermakna, selain faktor utama, ada faktor sampingan atau faktor kedua, ketiga, keempat. anyway, memang betul, ada yg tak tahu langsung etika di jalan raya. nak guna lorong yg betul pun terkial2…

    adzakael – sebenarnya, byk faktor menyebabkan kmalangan, terutama kemalangan maut. laju itu salah satu faktor, dan merupakan faktor utama. bila laju, bermakan wujud unsur cuai. dan unsur kebodohan.

    kelajuan membunuh bermaksud, kelajuan yg terlampau, tidak kena tempat dan sengaja menempah van mayat.
    kecuaian itu berlaku hasil tindak balas kepala otak yg sudah tidak boleh menilai situasi dan risiko bakal ditempuh, menyebabkan pemandu menjadi manusia gila ketika di jalanraya.

    contoh2 yg anda bagi juga penyebab kepada kemalangan maut malah jika disenaraikan, amat2 panjang yg memerlukan saya membuat entry lain di sini.
    itu belum diambil kira pemandu yg memandu macam robot dan tak peduli pengguna lain, mcm dia sahaja yg memandu di jalanraya ini.

    Memang disiplin perkara utama, dan jika seperti di jerman itu dipraktikkan, mungkin ada kebaikannya.
    Tetapi, ambil contoh oemandu Singapura. Mereka amat berdisiplin di negara sendiri. tetapi bila masuk Malaysia, mereka antara pelesit paling kurang ajar ketika memandu dan mencabar undang2 negara ini. Itu sebab , PDRM dah tambah unit Evo dlm trafiknya.

    Dayana- terimakasih kerana melawat blog ini. Sukar utk saya membuat pilihan foto2 yg beratus ribu dlm simpanan saya. Kalau boleh semua nak saya postingkan supaya dapat memberi peringatan kepada kita semua mengenai kemalangan jalanraya. Tetapi bukan semua org melihat atau masuk ke blog ini, dan bukan semua org ambil tahu mengenai ini semua. Saya cadangkan, foto2 di sini, tampal buat wallpaper kat PC pejabat ke, kat rumah ke…

    Sebab itu, ketika memandu, jika kita tidak mahu ingat diri sendiripun, ingatlah juga org tersayang. Dan jika kita tiada siapa utk disayangi, ingatlah juga org lain yg hilang org tersayang akibat perbuatan kita itu…

    Semoga anda sekeluarga sentiasa selamat dlm perjalanan.

    mariam- takziah utk anda , semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Memang byk kejadian langgar lari maut setiap tahun, dan masih byk kes yg rasanya tidak akan selesai sampai bila2 kerana kekurangan bukti…

  14. mariam's Gravatar mariam
    13/05/2009    

    “Kematian Dlm Kemalangan Maut 1998-2008
    2007 – 6,282″

    dlm 6,282 tu pasti tercatat nama arwah abang saya… kes langgar lari… maut ditempat kejadian…

    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin. Al-Fatihah…

  15. Dayana's Gravatar Dayana
    13/05/2009    

    Salam Encik,

    setelah melihat gambar2 yg dipost kan ia nya memberi seribu kesedaran pada kami suami isteri agar lebih berhati2 semasa memandu. Memang betul bukan nyawa kita aja yg berharga , kita harus menghargai nyawa manusia lain juga.

    Semoga usaha Encik ini untuk menyedarkan kita agar lebih berhati2 semasa memandu diberkati Allah..Amin

  16. Adzakael's Gravatar Adzakael
    12/05/2009    

    KELAJUAN TIDAK MEMBUNUH

    tp kecuaian membunuh
    knp?
    sbb walupon bwk 50km/j,tp pemandu cuai tak tgk depan maka makcik yg baru balik pasar mlm maut ketika melintas
    sbb walopun bwk 40km/j tp sebab penunggang motor degil x nak berenti tidur kejap terperosok bwh lori sbb mengantuk
    sbb walopun bwk 30km/j tp sbb x bg signal nak masuk kanan,org yg bwk ikut halaju maksimum terlanggar mamat 30km/j

    kecuaian pemandu menilai situasi jln raya juga menyebabkan kemalangan
    takkan la jln bandar 2 lane nak bwk 180km/j kot?gilo ke apo?

    kecuaian pemandu menilai kemampuan kenderaan pun satu hal…dah tau keter kureng pikap lg mau potong 5 bijik lori sekaligus…kalu bole pegi 0-100km dlm 3 saat lain la citer…tp kalu brek jenis cap ayam pun payah jugak…

    yg tak pakai seatbelt satu hal,tak bg signal satu lg hal…menyusahkan org lain je…

    blom masuk pemandu sakit jiwa…asal kena hon je x nak kasi clear line kanan (walhal bwk mcm kura2)..pastu pantang ken potong,die kejar balikkkk….

    Autobahn di Jerman,bole bwk 300km/j tp eksiden jauh lagi sikit dari kita
    knp?
    psl disiplin diorng atas jln raya bagus
    keter yg laju duduk kat fastlane (kiri) dan keter yg tau die slow duduk elok2 kat laluan kanan.

    jd utk menangani masalah ni,kite perlu jd pemandu yg sgt berdisiplin dan berbangga atas disiplin kite.

    kena buat mcm org Jerman jugak kot,nak amik lesen kena bayar ribu2 euro,pastu duduk kat asrama skolah memandu selama 2 minggu…

  17. Evo's Gravatar Evo
    12/05/2009    

    Aku rasa kau kena ubah statement kau tu… tak semestinya laju je…
    Orang yg bawak slow pon faktor kemalangan jalanraya… sebab dia terhemut hemut… org sibuk nak potong dia… tu yg jadi kemalangan tu… :-)

  18. jawa peranakan's Gravatar jawa peranakan
    12/05/2009    

    anon..
    benar agaknya..
    org kata jalan dari KL ke shah alam lebih merbahaya berbanding jalan dari haifa ke ramallah..

  19. mizzyN's Gravatar mizzyN
    12/05/2009    

    speed memang membunuh.

  20. Anonymous's Gravatar Anonymous
    12/05/2009    

    Allahuakbar..
    Minta-minta di jauhkan
    Bang nak tanya kalau statistik kematian di malaysia dan di palestin mana banyak?
    ada cakap malaysia paling ramai yang meninggal dunia dalam sehari?
    Betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting