KM 431-4
Lebuhraya Utara Selatan
arah Selatan
Bukit Beruntung
Selangor
14 Mei, 2009
Sekali lagi, kelajuan yang melampau, akhirnya membawa padah.
Dan, apabila memandu terlalu laju, mengawal kenderaan akan menjadi amat sukar jika sesuatu terjadi pada tayar kenderaan.
Dalam kes ini, tayar kanan hadapan kereta ini tiba-tiba pecah.
Akhirnya kenderaan gagal di kawal lalu terbabas ke arah besi penghadang lebuhraya.
Kejadian kira-kira jam 4-50 petang di KM 431-4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kira-kira 2 KM selepas susur Bukit Beruntung.
Lokasi ini, amat popular dengan kemalangan maut walaupun laluan ini sebenarnya tiada apa yang silapnya.
Pasangan suami isteri ini dalam perjalanan dari Ipoh menuju Melaka.
Akibat rempuhan yang amat kuat, bahagian hadapan kereta Proton Wira ini remuk dan enjinnya pecah.
Mangsa, R, Danalasimi, 50tahun, yang tersepit di tempat duduknya, maut di tempat kejadian.
Manakala suaminya yang memandu, Ramasamy Singaram, 61 tahun,warga emas, yang juga tersepit, hanya mampu melihat isterinya maut di sebelahnya.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang mengambil masa kira-kira setengah jam mengeluarkan kedua-duanya.
Ramasamy dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan.
Mayat Danalasini dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.




bagaimanalah perasaan apabila melihat orang yang tersayang maut di sisi akibat kecuaian kita sendiri..
IKTIBAR!!
takziah kepada keluarga mangsa…
jawa- benar, semua ii iktibar utk kita semua.
mariam- hati2 di jalanraya..
beliau merupakan keluarga saya.
terima kasih kerana mengucapkan takziah.
[...] 15 Mei 2009 – Laju, Tayar Pecah, Terbabas – Maut dan 29 Jan 2011 – Pantang Maut [...]