Laluan ‘Bayangan Maut’ Menanti Anda…….

Nota:

Semua data/kes yang terdapat di dalam kajian ini, boleh anda dapati di dalam blog ini.

Tempoh kajian : 15.10.2008 -  3.09.2010 (687 hari)

Lebuhraya Utara Selatan

Jarak : KM388.0 (Behrang) – KM459.3 (InterChange Bukit Lanjan) – 71.3 KM

Sila klik pada Menu ‘Bayangan Maut’ di atas untuk akses kepada semua entry di dalam posting ini.

(Sila guna font lebih kecil pada browser anda jika carta ini tidak lengkap paparannya)

Tarikh KM Arah M C Kenderaan Masa Nota
1 SUSUR 388.0 U/S BEHRANG
2 LayBy 396.4 U TG MALIM
3 26.07.10 396.7 U 1 1 1 lori,1 kontena 0430 LK
4 RSA 398.8 S ULU BERNAM
5 SUSUR 400.3 U/S TG MALIM
6 14.01.09 400.3 U 2 2 lori 1030 LK
7 19.06.09 400.9 S 1 1kereta,1 treler 0540 LK
8 30.03.09 405.7 U 1 13 3 kereta 0530
9 20.03.09 406.6 U 1 pelbagai 0100
10 27.08.09 407.9 U 1 7 6 kenderaan 0130
11 SUSUR 409.9 U/S L BERINGIN
12 13.06.10 414.0 U 2 1 lori,1 kereta 1600
13 19.06.10 415.1 S 1 6 1 bas 0730
14 16.06.10 416.8 S 1 3 lori 0700
15 24.03.10 417.6 S 2 1 1 kereta 1500
16 19.04.10 418.7 S 1 2 kereta,1 lori 2100
17 16.11.09 418.8 S 1 1 kereta 0730
18 19.06.10 418.8 U 2 1 1 kereta,1 treler 0730
19 SUSUR 419.6 U/S B TAGAR
20 04.02.10 419.7 S 1 1 1 kereta,1 lori 1230
21 29.11.08 420.8 S 4 1 bas 1500
22 01.12.09 420.8 S 10 1 bas 1415
23 10.01.09 421.3 S 1 3 1 bas 0400
24 SUSUR 428.4 U/S B BERUNTUNG
25 14.01.10 429.0 S 5 1 treler 2330
26 21.08.10 429.2 S 1 - 1 kereta,1motor 1150
27 27.01.09 431.0 S 1 1 motor,1 kereta 0930
28 13.06.09 431.1 U 1 pelbagai 0230 PK
29 14.05.09 431.4 S 1 1 1 kereta 1650
30 30.04.09 432.4 S 1 1 motor,1 lori 2245
31 30.04.10 432.8 S 1 1 1 lori,1 treler 0730
32 26.02.10 433.0 S 1 1 motor,1 lori 0100
33 04.12.09 433.5 S 10 1 bas 1030
34 30.05.09 433.7 U 1 1 motor, 1 lori 1000 LK
35 16.02.09 434.3 U 1 1 motor 0615
36 14.01.09 436.3 S 2 1 kereta,1 lori 0830 LK
37 LayBy 436.4 S RAWANG
38 23.02.09 436.5 S 1 1 kereta,1 lori 0830 LK
39 10.04.10 439.7 U 1 pelbagai 2000 PK
40 RSA 440.0 U RAWANG
41 11.12.08 440.7 S 1 1 motor 1730
42 13.04.09 442.9 S 6 10 1 bas 0450
43 SUSUR 443.8 U/S RAWANG
44 15.10.08 445.0 U 3 1bas 0030
45 SUSUR 446.3 U/S RAWANG S
46 03.09.10 447.3 U 1 1 motor,1lori 2030 LK
47 30.11.09 447.6 U 1 1 motor,1 lori 1200 LK
48 05.11.09 448.7 S 1 kereta,1 treler 1430
49 05.11.09 448.7 U 1 1 motor,1kereta 1500 LK
50 26.08.10 448.8 S 2 - 1 kereta,1 treler 0600 LK
51 21.05.09 449.0 S 1 1 lori 0830
52 11.01.10 451.0 U 1 1 kereta 1250
53 20.08.10 451.3 S 1 1 1 lori,1 treler 0635
54 LayBy 453.6 S SG BULOH
55 SUSUR 453.8 U/S HSPTL S BULOH
56 03.08.10 455.7 U 2 - 1 kereta 1150 J
57 SUSUR 456.1 U/S S BULOH
58 05.07.10 456.2 U 1 1 kereta 1200
59 10.07.10 458.0 U 1 2 lori 0930
60 OBR 458.4 U/S S BULOH
61 22.07.10 458.5 U 1 3 kereta,2 motor 1800
62 30.06.10 459.0 U 2 1 lori 1030
63 SUSUR 459.3 U/S B LANJAN
JUMLAH 47 85

Panduan:

SUSUR – susur keluar/masuk
OBR – Overhead Bridge Restaurants (Restoran Jejantas)
RSA – Rest and Service Areas (Kawasan Rehat dan Rawat)
Lay-By – Hentian
M – maut
C – cedera
U – arah Utara
S – arah Selatan
U/S – arah Utara dan Selatan
LK – Laluan Kecemasan
PK – Pejalan Kaki
J – Jenayah

Kod Zon Waktu:

AP – Awal Pagi (0001 – 0600)
PG  – Pagi (0601 – 1200)
PTG – (1201 – 1800)
MLM – (1801 – 2400)
Sepanjang laluan ini, terdapat 9 laluan susur keluar/masuk dan 1 Interchange:
- Km 459-3 Interchange Bkt Lanjan
- Km 456-1 Sg Buloh
- Km 453-8 Hospital Sg Buloh
- Km 446-3 Rawang Selatan/Guthrie
- Km 443-8 Rawang
- Km 428-4 Bukit Beruntung
- Km 419-6 Bukit Tagar
- Km 409-9 Lembah Beringin
- Km 400-3 Tg Malim
-Km 388-0 Behrang
Terdapat 3 kawasan rehat, LayBy menghala ke Utara:
- Km 458-4 Restoran Jejantas Sg Buloh
- Km 440-0 R&R Rawang
- KM 396-4 LayBy Tg Malim
dan 4 kawasan rehat hala ke Selatan:
- Km 398-8 R&R Ulu Bernam
- Km 436-4 LayBy Rawang
- Km 453-6 LayBy Sg Buloh (lori)
- Km 458-4 Restoran Jejantas Sg Buloh

Fakta:

1 – Sepanjang tempoh kajian, 47 kemalangan berlaku membabitkan 47 kematian, dan 85 mengalami kecederaan (pelbagai tahap)

2. Dari 47 kemalangan, 36 adalah membabitkan kemalangan maut termasuk 1 membabitkan kes jenayah.

3. 26 kemalangan laluan arah Selatan, manakala 21 kemalangan arah Utara

4. Sektor  Bkt Beruntung – Rawang Selatan (KM 428.4 – KM446.3 mencatatkan kemalangan maut paling tinggi iaitu : 20 maut dan 27  cedera, walaupun laluan ini hanya sepanjang 17.9 KM

5.  10 kes berlaku di Laluan Kecemasan – membabitkan 12 kematian

6. 45 peratus dari kemalangan (21 kes) berlaku di waktu pagi iaitu antara jam 6 pg hingga 12 tghr.

(21 kes pagi, 11 kes petang, 5 kes malam dan 10 kes awal pagi)

7. Sila ambil perhatian lokasi ini – ini kawasan yang banyak meragut nyawa:

-  Antara KM 400 – KM 408 (Tg Malim – Lembah Beringin)

- Antara KM 414 – KM 422 ( Lembah beringin-Bkt Tagar-Bkt Beruntung_

- Antara KM 429 – KM 459 (Bkt Beruntung hingga Bkt Lanjan)

Fakta kebetulan:

21 29.11.08 420.8 S 4 1 bas 1500
22 01.12.09 420.8 S 10 1 bas 1415

Kes ini berlaku di kilometer yang sama (420.8), membabitkan bas dari syarikat yang sama, melanggar penghadang jalan yang sama, kedua-duanya arah Selatan dan berlaku  pada waktu dan tarikh yang hampir sama. Kedua-kedua kes tidak melibatkan kemalangan jiwa.

30 30.04.09 432.4 S 1 1 motor,1 lori 2245
31 30.04.10 432.8 S 1 1 1 lori,1 treler 0730

Kemalangan ini berlaku genap setahun pada tarikh yang sama, di lokasi yang hanya jarak 400 meter, kedua-duanya arah Selatan.  Seorang maut dalam setiap kes.

Insya Allah, panjang usia , kita akan menyambut Aidil Fitri minggu hadapan.

Ada yang telah mula bercuti dan beransur pulang ke kampung halaman.

Perjalanan jauh memerlukan persiapan dari pelbagai aspek jika kita jarang-jarang melakukannya.

Samada persiapan diri, kenderaan dan kewangan, ia perlu sempurna supaya perjalanan pergi dan balik tidak mengalami sebarang masalah, risiko ataupun musibah atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan risiko itu.

Sebagai panduan, saya sertakan kajian di atas yang saya jalankan dalam laluan yang saya panggil ‘Laluan Bayangan Maut’, sektor Lebuhraya PLUS antara Bukit Lanjan ke Behrang.

Saya percaya, ramai dari anda akan melalui laluan ini dalam tempoh terdekat samada untuk pulang ke kampung atau menziarahi sanak-saudara, rakan taulan kelak.

Saya benar-benar memohon kepada anda, tolonglah berhati-hati ketika memandu, kerana kecuaian walaupun hanya sedetik, mampu memusnahkan keseluruhan apa yang telah dirancang.

Saya yang saban hari membuat liputan kes-kes kemalangan maut dan juga kecederaan parah, dapat merasakan betapa sukarnya untuk ahli keluarga lain menghadapi hari mendatang dengan ketiadaan anda nanti.

Saban tahun, saya membuat liputan kes kemalangan maut ketika sambutan Hari Lebaran, berharap semoga tahun ini, tiada kes sebegini lagi.

Kepada anda yang akan melalui laluan ini, sila kaji fakta yang saya kemukakan, dan jika boleh, cetak kajian ini sebagai panduan perjalanan anda kelak.

Perhatikan pada kilometer kes-kes yang berlaku, dan jika anda melaluinya, anda sendiripun mungkin tidak menyangka, pernah berlaku kemalangan maut di lokasi itu.

Ini menunjukkan, kemalangan tidak berbau, tetapi dengan berhati-hati dan berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya, sekurang-kurang dapat mengurangkan risiko itu.

Ia bukan hendak menakut-nakutkan, tetapi sebagai peringatan kerana apa yang saya bentangkan ini adalah fakta beserta dengan bukti kes/foto dan bukannya berdasarkan andaian ataupun ‘hear-say’.

Kepada yang telah pergi, yang berugama Islam,Al Fatihah untuk mereka, semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.

Saya memohon maaf kerana tidak mempunyai butiran lengkap untuk Lebuhraya utama lain yang di luar jangkauan liputan yang saya lakukan.

Untuk makluman, fakta di dalam kajian ini meliputi kira-kira 70 peratus kes yang berlaku sepanjang tempoh itu, kerana ada beberapa kes yang tidak sempat untuk saya membuat liputan.

“Selamat Sampai Ke Destinasi”…

Post Lain Yang Berkaitan

12 Comments

  • Pada 2010.09.04 12:10, aReaL menulis:

    Info Yang Sangat Berguna… Thanks Bro Ondscene…
    aReaL recently posted..Maizawati Hanya Menang Anugerah Fotogenik Bagi Pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010

    • Pada 2010.09.04 15:56, mizi2054 menulis:

      Terima Kasih atas maklumat dan peringatan. Semoga Allah memberkati usaha Saudara

      • Pada 2010.09.04 16:49, PaksiKejahatan menulis:

        very good and informative posts… saya tadi lalu Plus Sungai Buloh ke JB pun nampak eksident dekat jalan…

        pada semua kita kene hati2 bawak kereta untuk balik kampung…
        PaksiKejahatan recently posted..Indonesia Maling Segala Maling!!! – Bukan Entry Benci!!!

        • Pada 2010.09.04 16:55, markcsc.blogspot.com menulis:

          had an accident on that road 417 jan 03 2010
          lucky to be alive !
          drive care fully all my friends and family!

          • Pada 2010.09.04 22:37, Pan menulis:

            Bayangan maut atau Bayangan Gurauan, ia adalah laluan harian saya..bermotor dari exit bukit beruntung ke jln Duta. Xcident dua kali, pertama thn 2007 langgar anjing jalan biasa sebelum susur keluar ke tol bkt beruntung, mc 2 hari. Kedua, dilanggar dari belakang di km438.8 arah ke selatan, berhampiran Petronas. Masuk icu dan mc 62 hari. Perbicaraan masih berjalan.
            TQ tuan blogger atas laporan kajian.
            Tanggungjawab kita ialah berhati-hati dijln raya, kalau ia berlaku di luar kawalan kita apa boleh buat. Maut ada di mana-mana.

            • Pada 2010.09.04 23:50, zezebel menulis:

              Terima kasih untuk statistik yang sangat berguna ketika di musim perayaan ini. Di harap semua boleh berhati-hati dan mengurangkan kemalangan maut di Hari Raya ini.
              zezebel recently posted..Gecko tokay tokek price

              • Pada 2010.09.05 20:06, Tany menulis:

                Saya baru balik dari KL ke Ipoh semalam tapi alhamdulillah xde apa berlaku, kereta pun xde yg bawak membahayakan. Cuma, area dkt bukit tagar tu, rasanya byk sgt accident berlaku sampai byk lagi serpihan kereta atas jalan. Saya terlanggar satu piece yg besar betul2 tgh jalan.. nasib tak meletup tayar.

                Berhati-hatilah kepada yg nak balik kampung. :)

                • Pada 2010.09.06 02:12, Zul menulis:

                  Akum bro ondscene..

                  1stly thank byk2la kerna adanye blog ni exspecially utk ruangan kemalangan jalan raya. Utk pengetahuan abg, sejak sy slalu tgk gamba2 kemalangan dlm blog ni, sy jd btul2 takut n insaf..boleh dikatakan setiap hari wajib ada org akan mati di jalan raya..itulah ketentuanNya yg maha esa..Dia tentukan cara kita mati..hanya kita boleh bertawakal dan berdoa supaya kita tidak ditakdirkan begitu..

                  Seperfect manapun kereta or jalan raya manusia cipta, jika kita cuai n lalai xguna juga..seberhati2 mana pun kita kt jalan raya, kita tetap berisiko kemalangan jika org lain cuai..

                  Tp yg paling penting sy nk bgtau abg, sjak tgk blog ni, tiap2 hari keluar rumah naik kereta sy akan membaca doa menaiki kenderaan, bertawakal dah berhati2 di jalan raya..betapa besarnye pahala yg abg dpt kerana byk mendidik org dgn cara ini..truskan keja mulia abg ni..paparkan kesan kemalangan yg sebenar supaya kita kcut prut nk cuai di jalan raya..tq bro

                  • Pada 2010.09.06 03:44, Zul menulis:

                    Doa naik kenderaan

                    Subhaanallazi sahhorolana haaza wama kunaa lahu muq’riniin. Wa innaa ilaa rabbina lamunqolibuun.

                    Amin

                    • Pada 2010.09.06 06:14, Amirul menulis:

                      salam bro..
                      i kongsi info nie kat fb utk kwn2 dan diri..
                      mohon copy link ondscene..
                      thanx utk info yg berguna.. laluan ni mmg bahaya kerana terdapat 3 lorong dan selekoh yg besar.. kenderaan dilorong kanan memang dipandu dengan kelajuan yg tinggi..
                      Amirul recently posted..SALAM AIDUL FITRI

                      • Pada 2010.09.06 09:56, lanwm menulis:

                        1- usah la memecut, mencucuk kereta dan memotong dengan bahaya/rakus
                        2- bertolak ansur di jalan raya
                        3- jalan raya bukan medan berlumba
                        4- berdoalah mohon keselamatan dalam perjalanan

                        Salam

                        • Pada 2010.09.15 09:55, Bayangan Maut :3 Rentung | on-d-scene menulis:

                          [...] kemalangan kawasan Bayangan Maut susur Behrang Lebuhraya Utara Selatan ( [...]

                          You must be logged in to post a comment.